Gaya HidupMotivasi

7 Cara Bangkit Dari Kegagalan Hidup

cara bangkit dari kegagalan-Women Online Magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Bangkit Dari Kegagalan.Nak tahu bagaimana caranya bangkit dari kegagalan?Anda pasti boleh dan menjadi kuat serta bersemangat setelah membaca artikel ini.

Hidup manusia adalah seperti roda, kadangkala kita mengecap kejayaan dan kebahagiaan.Kadang kala kita jatuh ke bawah, ditimpa kegagalan,kecelakaan dan juga musibah. Kegagalan seseorang itu mungkin ia melibatkan dari segi akademik, kerjaya,kehidupan, percintaan mahupun kewangan.

Jatuhnya seseorang bukan bermakna anda tak mampu untuk bangkit semula. Bangkit dari kegagalan dan penyesalan bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Anda memerlukan kekuatan lahiriah dan jasmani untuk terus maju kehadapan.

Antara cara yang boleh diterapkan untuk anda bangkit dari kegagalan atau kejatuhan ialah:

1. Sentiasa Menerima Hakikat

Benar, kegagalan memang pahit untuk ditelan bagi sesiapa yang menghadapinya. Mungkin anda berusaha dengan begitu bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajati. Ada juga yang banyak mengeluarkan wang ringgit untuk berjaya dalam bidang perniagaan, pelaburan, perhubungan atau pendidikan.

Bagi yang menghadapi situasi ini, cubalah bangkit dari kegagalan sedikit demi sedikit. Terima kenyataan yang anda sedang ditimpa musibah. Yakinlah sesuatu buruk yang terjadi pasti akan ada hikmahnya. Bina kembali kekuatan untuk bangkit dari kejatuhan.
Cuba susun dan mengkaji kembali misi dan visi anda, mungkin memerlukan sedikit perubahan untuk memastikan anda dapat mencapai kejayaan.

Baca Juga: Motivasi Diri Untuk Berjaya

2. Sentiasa Mencuba Benda Baru

Jelas tanpa bersuluh, anda telah gagal dengan mungkin perkara yang anda minati atau yang anda ingin cuba. Mungkin kegagalan anda berpunca kerana anda kurang mahir atau kurang minat dengan bidang yang anda ingin ceburi.

Anda hendaklah mengkaji sedalam-dalamnya adakah anda akan berjaya dan pergi jauh dengan perkara yang menyebabkan anda gagal? Jika anda yakin dan pasti akan bangkit dari kegagalan dan mampu meneruskan kembali apa yang anda hajati, jadi teruskan usaha anda segigihnya.

Jika sudah serik dengan kegagalan tersebut, anda hendaklah mencari cabang yang baru untuk memastikan anda tidak sentiasa terperosok di bawah.Mungkin dengan mencuba sesuatu yang baru akan memberikan sinar baru pada hidup anda.

Baca Juga: Motivasi Kerja

3. Bangkit dari kegagalan

Gagal bukan bermaksud anda gagal untuk selama-lamanya. Ramai tokoh-tokoh perniagaan dan politik yang pada mulanya gagal namun dengan segala usaha dan fikiran yang positif telah membuatkan mereka bangkit dari kegagalan.

Antara tokoh yang pernah merasai kegagalan adalah pengasas Microsoft, Bill Gates, yang juga dikenali sebagai orang paling kaya di dunia. Beliau sebelum ini pernah gagal untuk melanjutkan pelajarannya, tapi lihatlah, hasil usaha gigihnya telah membuat beliau antara manusia paling berjaya di muka bumi.

Baca Juga: Cara Mengatasi Kesedihan Hidup

4. Kaji Kekuatan & Kelemahan

Inilah masa yang sesuai untuk anda menilai diri anda sendiri. Melalui kegagalan kita dapat mengetahui banyak kesilapan yang mungkin kita pernah lakukan atau memang acap kali kita sering lakukan.

Kaji sedalam-dalamnya apa punca yang menyebabkan anda gagal. Cari punca kekuatan dan kemahiran anda dan senaraikan juga apa titik kelemahan dan kekurangan anda. Cara ini dapat menjadikan anda lebih mengetahui punca segala permasalahan.

Anda juga boleh melakukan ‘kajian’ pada diri anda dengan bertanyakan pada orang sekeliling yang rapat dengan anda tentang pandangan orang lain terhadap anda. Pasti anda dapat muhasabah diri untuk memperbaiki kesilapan yang pernah anda lakukan secara sedar atau tidak sedar.

Dari sini anda akan dapat mengetahui jika anda benar-benar sesuai dengan pilihan yang anda pilih atau lakukan kerja yang sesuai dengan kemahiran dan kekuatan anda. Yakin pada kekuatan diri sendiri akan menjadi kunci kepada kejayaan seseorang.

# Pendapat orang lain terhadap kita juga penting untuk memastikan semua yang kita jalankan mendapat sokongan dan membuatkan orang lain berbahagia.

Baca Juga: Mengatasi Depresi

5. Sentiasa Berfikiran Positf

Memang lebih mudah bercakap dari melakukanya. Memang diperakui sukar untuk kita memandang positif tentang perkara yang kita sudah gagal. Namun setidak-tidaknya cubalah suntik elemen positif di dalam diri anda.

Cuba serapkan fikiran positif anda bahawa ini bukan penghujung bagi anda. Yakini anda boleh bangkit dan mampu membuktikan kepada orang lain bahawa kegagalan bukan membuatkan anda semakin lemah, sebaliknya membuatkan anda lebih kuat dan bersedia menghadapi apa jua rintangan yang bakal tiba.

Sesungguhnya, sepatutnya kita hendaklah menetapkan di dalam fikiran kita supaya bersyukur kerana kemungkinan apa yang kita alami mungkin tidak seteruk seperti mana yang dialami oleh orang yang lebih teruk nasib yang menimpanya daripada kita.

Menyuntik eleman positif di dalam badan secara tidak langsung akan memberi tenaga baru kepada anda untuk membuka buku baru di dalam hidup.

Sesungguhnya, kegagalan bukanlah titik noktah kepada hidup anda. Jangan sesekali mengalah dengan dugaan yang menimpa pada diri anda. Berpeganglah kepada prinsip ‘buka buku baru, mulakan buku baru’.

Bangkitlah daripada kegagalan anda dan berpandang ke depan untuk memastikan anda terus bangkit dan mencuba segigih yang mampu untuk mengecap kejayaan pada masa depan yang bakal tiba.

Contohilah semangat kebangkitan Jepun yang ditimpa musibah seperti peristiwa Pengeboman Atom di Hiroshima yang membuatkan mereka lumpuh dari segi ekonomi, namun mereka tetap bangkit dari kejadian itu dan sekarang telah menjadi antara kuasa besar ekonomi di dunia.

Baca Juga: Cara Untuk Hidup Lebih Bahagia

6. Solat & Doa

Mungkin sebelum ini kita lupa akan ikatan dan perhubungan kita dengan maha pencipta lagi maha berkuasa iaitu Allah S. W. T. Mungkin kita lalai melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Muhasabah diri anda dan kembalilah bertaubat padaNya. Tunaikan solat 5 waktu solat yang diperintah oleh Allah S. W. T dan jikalau anda mampu, tunaikan solat sunat lain untuk menambahkan amalan kita pada Allah.

Sesuatu usaha itu tidak akan sempurna jika tidak menyembah diri dan meminta pertolongan dari Allah S. W. T, iaitu melalui doa. Perbanyakkanlah doa untuk membina kekuatan untuk bangkit dari kegagalan dan dimurahkan rezeki semoga dapat mengecapi kejayaan.

# Lebih banyak anda solat dan berdoa, supaya lebih dekat diri anda dengan Allah. Pastikan anda melakukannya dengan hati yang ikhlas.

Baca Juga: Cara Membersihkan Hati

7. Mendampingi Orang yang Berjaya

Hadis nabi ada mengatakan anda hendaklah bergaul dan mendampingi orang yang berjaya, ibarat apabila kita mendapingi orang yang menjual minyak wangi akan wangilah badan kita, jika kita mendampingi tukang besi maka busuklah badan anda.

Dampingilah orang berjaya tidak kira berkawan atau bersahabat dengannya, Anda juga boleh bekerja di bawah orang yang sudah berjaya dengan bidang yang anda hendak ceburi. Dari situ anda boleh cuba untuk mencungkil rahsia dan etika kerja mereka.

Bagi yang tidak mampu untuk mendekati orang yang berjaya, anda juga boleh belajar dan mengetahui tips orang-orang berjaya dengan membeli buku rahsia kejayaan mereka atau tips kejayaan seseorang individu itu di internet.

Sesungguhnya, kegagalan bukanlah titik noktah kepada hidup anda. Jangan sesekali mengalah dengan dugaan yang menimpa pada diri anda. Berpeganglah kepada prinsip ‘buka buku baru, mulakan buku baru’.

Bangkitlah daripada kegagalan anda dan berpandang ke depan untuk memastikan anda terus bangkit dan mencuba segigih yang mampu untuk menucup kejayaan pada masa depan yang bakal tiba.

Contohilah semangat kebangkitan Jepun yang ditimpa musibah seperti peristiwa Pengeboman Atom di Hiroshima yang membuatkan mereka lumpuh dari segi ekonomi, namun mereka bangkit dari kejadian itu dan sekarang telah menjadi antara kuasa besar ekonomi di dunia.

Nota Kaki: Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini. SHARE juga artikel ini kepada kawan-kawananda, semoga mereka juga boleh mendapat manfaat daripadanya.

<< Dapatkan juga tips motivasi diri di sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

12 Cara Hilangkan Parut Jerawat Cepat Dan Berkesan

Next post

Apa Nak Buat Bila Kekasih Curang?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *