Gaya Hidup

5 Tempat Percutian Menarik di Pahang

5 Tempat Percutian Menarik di Pahang

Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Pahang dikenali sebagai salah satu negeri pantai timur kerana ianya terletak di timur.

Anda sedang mencari tempat percutian yang menarik sekitar negeri Pahang? Kami kongsikan dengan anda senarai tempat yang top dan wajib anda kunjungi jika bercuti di Pahang.

1. Cameron Highland

Cameron Highland - Women Online Magazine

Sebut sahaja Cameron Highland, sudah pasti anda akan terbayangkan keindahan kawasan tanah tinggi yang tidak asing lagi dengan ladang teh, strawberi dan suasana yang sejuk. Cameron Highland ini terletak 206km daripada bandaraya Kuala Lumpur. Ianya mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan jika anda menaiki kereta.

Cameron Highland merupakan salah satu destinasi untuk bercuti dan berbulan madu yang popular di negeri Pahang. Di sekitar Cameron Highland juga terdapat banyak aktiviti yang santai ataupun lasak yang boleh anda lakukan. Antaranya aktiviti memanah dan berkuda di sana.

Disebabkan Cameron Highland adalah salah satu tempat yang popular, maka jika hendak bercuti di sana anda hendaklah membuat perancangan dan tempahan awal bagi mengelakkan hal yang tidak diingini seperti jalan raya sesak dan hotel penuh berlaku.

Di Cameron Highland, anda boleh menikmati buah strawberi segar dengan memetiknya sendiri di ladang strawberi. Malah di sana terdapat juga pelbagai jenis makanan lain ataupun pencuci mulut yang diperbuat daripada buah strawberi. Contohnya, nasi lemak sambal strawberi, dan aiskrim Malaysia strawberi.

Selain itu, anda juga boleh merasai sendiri pengalaman bagaimana cara untuk memetik daun teh yang anda minum selama ini. Di sana juga antara tempat yang anda boleh lawati adalah Lavender Garden. Di ‘Lavender Garden’ anda boleh menikmati aiskrim berperisa lavender. Selain itu, anda juga boleh lawati:

  1. Pasar Cameron Highland
  2. Taman Agroteknologi MARDI
  3. Time Tunnel Museum
  4. Cactus Valley Farm
  5. Ladang Madu Lebah

2. Genting Highland

Genting Highland - Women Online Magazine

Genting Highland terletak lebih kurang 59km daripada Bandaraya Kuala Lumpur. Melalui jalan darat dengan menaiki kereta ianya memakan masa perjalanan lebih kurang 1 jam 20 minit sahaja. Jika anda mencari tempat percutian yang menarik dalam masa yang singkat Genting Highland adalah destinasi yang sesuai untuk anda. Di Genting Highland terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan. Contohnya ‘indoor game’, shopping, menikmati permandangan yang mendamaikan dan banyak lagi.

Sesiapa yang kaki shopping dan ingin mencuba shopping di tempat yang berketinggian 6 000 kaki dari aras laut anda boleh pergi ke Sky Avenue. Di Sky Avenue, terdapat lebih daripada 100 kedai pelbagai jenis barangan yang dijual untuk anda shopping di sana. Pastinya anda akan rambang mata jika masuk ke dalam kedai-kedai di sana.

Selain itu, bagi anda yang gemar membeli-belah barangan berjenama, Genting Highlands Premium Outlets pastinya menjadi tempat wajib untuk anda kunjungi. Di sana anda boleh menambahkan koleksi barangan berjenama kegemaran anda seperti Kate Spade, Calvin Klein, Coach, Adidas, Furla, Hugo Boss, Under Armour, Polo Ralph Lauren, Michael Kors dan banyak lagi.

Malah anda juga boleh menaiki kereta kabel yang menghubungkan kawasan tanah rendah dan puncak Genting Highland. Terdapat dua kereta kabel yang terdapat di Genting Hingland iaitu Genting Skyway ataupun Awana Skyway.

Anda minat dengan bunga orkid? Hah World of Phalaenopsis sudah pasti mampu membuatkan anda terbayang umpama berada di taman bunga luar negara. Terdapat pelbagai warna bunga orkid yang di tanam di sana.

Selain itu terdapat pelbagai lagi tempat menarik yang anda boleh lawati di Genting Highland. Antaranya adalah;

  1. Fashion Forest
  2. Indoor Theme Park
  3. Bona Cinemas
  4. The Arena of Stars
  5. Gohtong Jaya
  6. 20th Century Fox World
  7. Snow World
  8. Butterfly Wonderland
  9. SkySymphony Genting
  10. Fox World Studio Store

3. Bukit Tinggi

Bukit Tinggi Pahang - Women Online Magazine

Anda seorang yang gemar bergambar dan inginkan tempat yang menarik untuk bergambar? Bukit Tinggi sangat sesuai untuk anda lawati. Bukit Tinggi ini terletak di Bentong, Pahang kira-kira 55km daripada bandaraya Kuala Lumpur. Masa perjalanan bagi anda yang menaiki kereta daripada Kuala Lumpur adalah lebih daripada 1 jam.

Bukit Tinggi adalah salah satu tempat yang sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu dengan menginap selama 2 atau 3 hari di sini kerana suasananya yang dingin dan nyaman. Banyak aktiviti dan tempat menarik yang boleh anda lakukan dan lawati ketika berbulan madu di Bukit Tinggi. Selain itu, Bukit Tinggi juga sesuai untuk anda yang inginkan percutian yang singkat dan ringkas. Bagi anda yang tidak mempunyai banyak masa dan hendak datang  bercuti balik hari sahaja di Bukit Tinggi, admin cadangkan anda untuk datang awal pagi bagi membolehkan anda melawati banyak tempat menarik di sini dalam masa 1 hari.

Di Bukit Tinggi terdapat sebuah perkampungan Perancis iaitu Colmar Tropicale. Apabila anda datang ke sana, anda umpama berada di sebuah perkampungan Perancis. Ini kerana seni binanya mendapat ilham daripada Colmar Tropicale Alsace Perancis.  Anda bukan sahaja dapat bergambar malah anda dapat menikmati suasana seolah-olah berada di Perancis.  Di sana juga anda boleh melakukan aktiviti lasak seperti ‘mountain biking’, dan ‘rock climbing’. Selain itu, anda juga boleh ke Colmar Adventure Park untuk lebih banyak lagi aktiviti lasak di Bukit Tinggi.

Untuk menikmati suasana seperti di Jepun pula, anda boleh datang ke Japanese Village. Seorang arkitek Jepun iaitu Kaio Ariizumi telah memberikan ilham membuat taman di sana untuk menarik minat para pengunjung yang mencintai alam sekitar dan kehijauan hutan tropika di kawasan tanah tinggi yang mempunyai suasana yang dingin dan nyaman.

Jika anda dalam keadaan stres, dan inginkan percutian yang mendamaikan tetapi tidak jauh dari Kuala Lumpur, Japanese Village,Bukit Tinggi  ini adalah salah satu destinasi yang sangat sesuai . Selain menikmati permandangan, anda juga boleh mencuba teh Jepun di Japanese Tea House. Selain itu, di Japanese Village anda juga berpeluang untuk cuba memakai pakaian tradisional orang Jepun iaitu yukata dan kimono ini. Jika anda ingin relak dan rehatkan diri, anda boleh ke Tatami Spa.

Terdapat banyak lagi tempat menarik untuk anda kunjungi di Bukit Tinggi. Antaranya;

  1. Botanical Garden
  2. Horse Trails
  3. Rabbit Park
  4. Organic Farm
  5. Berjaya Hills Golf & Country Club

Bukit Tinggi adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda bercuti kerana lokasinya yang sangat cantik, keindahan alam yang semulajadi, suhunya yang dingin dan nyaman dan terdapat banyak tempat yang menarik di sana dapat membuatkan minda anda tenang dan kembali cerdas.

4. Pulau Tioman

Pulau Tioman - Women Online Magazine

Pulau Tioman merupakan pulau yang paling popular dan menarik di negeri Pahang. Bagi mereka yang minat dengan keindahan alam, Pulau Tioman ini adalah destinasi percutian yang terbaik untuk anda.

Pulau Tioman berada di sempadan antara negeri Pahang dan negeri Johor. Ianya  berkedudukan di Laut China Selatan iaitu kira-kira 56km di luar pesisir pantai Pahang. Jika anda datang dari Pahang, anda boleh menaiki bot dari Tanjung Gemok,Pahang. Manakala jika anda dari Johor, anda boleh menaiki feri di Jeti Mersing, Johor.

Aktiviti yang boleh anda lakukan di pulau ini sudah semestinya ‘scuba diving’ dan juga  snorkeling. Anda juga boleh menikmati keindahan kehidupan di sekitar pulau tersebut. Ini kerana air di Pulau Tioman sangat jernih. Terdapat banyak tempat yang anda boleh snorkeling di sana. Antaranya di  Monkey Bay, Taman Laut, Pulau Tulai, Pulau Rengis, Salang.

Di Pulau Tioman juga mempunyai air terjun semulajadi. Air Terjun Asah adalah antara yang paling besar di mana airnya mengalir turun ke kolam yang berbatu di bawahnya. Anda boleh mandi dan berkelah di sana.

Selain itu, anda juga boleh membuat aktiviti ‘jungle trekking’ meneroka hutan di Pulau Tioman sambil menikmati pemandangan yang indah dan mendamaikan. Berjaya Tioman Resort ada menyediakan pakej aktiviti ‘jungle trekking’ untuk mereka yang berminat untuk melakukan aktiviti tersebut.

Pulau Tioman sememangnya salah satu tempat percutian menarik di Pahang. Admin cadangkan anda untuk menginap 2 atau 3 hari di Pulau Tioman agar anda dapat menikmati kepuasan bercuti di Pulau Tioman. Panorama Pulau Tioman ini pasti dapat memukau mata anda. Anda boleh bercuti sambil menikmati keindahan alam yang mendamaikan.

5. Pulau Cherating

Pantai Cherating - Women Online Magazine

Cherating ini terletak di Kuantan, Pahang. Dari Kuala Lumpur ianya mengambil masa perjalanan selama 3 jam lebih dengan menaiki kereta. Di sini terdapat banyak tempat yang boleh anda kunjungi. Antaranya adalah Pantai Cherating. Pantai Cherating ini adalah antara yang terkenal di Kuantan. Pantai Cherating sangat luas dan lapang, bersih dan sangat sesuai untuk aktiviti air bersama keluarga ataupun kawan-kawan. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sana. Contohnya mandi-manda, ‘surfing’, berkayak dan berkelah. Jika ke Cherating, Pantai Cherating adalah salah satu tempat yang harus anda datang.

Selain itu, anda juga boleh ke Limbong Art. Di sana anda boleh mengenali batik dan belajar proses untuk menghasilkan batik. Anda juga boleh beli kain kosong yang ada jual di sana dan mencanting batik sendiri mengikuti kreativiti anda. Selepas siap mencanting anda boleh bawa pulang batik hasil cantingan tersebut sebagai kenangan dan ia juga boleh dijadikan sebagai perhiasan di rumah. Di sana bukan sahaja ada  penghasilan n jualan batik, malah terdapat pelbagai lagi kraftangan lain yang dijual dan boleh dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang.

Jika anda teringin melihat kelip-kelip yang bercahaya pada waktu malam, anda boleh pergi ke Sungai Cherating. Untuk merasai umpama ada ‘bintang’ yang bercahaya di sekeliling anda, anda boleh menyewa bot yang disediakan oleh pihak pengurusan. Bukan waktu malam sahaja, anda juga boleh pergi waktu siang untuk melihat kecantikan sungai itu. Bagi mereka yang suka aktiviti fotografi,  tedapat keunikan pokok bakau yang menghiasi tebing di sepanjang Sungai Cherating yang boleh anda jadikan sebagai sudut penggambaran yang menarik.

Oleh itu, jika anda mencari tempat percutian yang menarik di Pahang, Cameron Highland, Genting Tinggi, Bukit Tinggi, Pulau Tioman dan Cherating adalah antara tempat yang wajib anda masukkan dalam perancangan anda.

Bagaimana dengan artikel berkenaan Tempat Percutian Menarik Di Pahang yang dikongsikan? Bermanfaat untuk anda?

Nota Kaki: Jangan lupa untuk share dengan kawan-kawan anda. Semoga bermanfaat untuk semua.

Previous post

Kuih Raya Simple Tapi Premium, Tak Perlu Oven Atau Pengukus!

Next post

MENAKJUBKAN! 5 Kebaikan Buah Zaitun yang Sangat Hebat!

WOM.my

WOM.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *