Gaya HidupKarier & Wang

4 Cara Berjimat Cermat Paling Mudah Setelah Nikah

CARA BERJIMAT CERMAT-WOMAN ONLINE MAGAZINE

Kredit Foto : umarvellous

Cara Berjimat Cermat. Bagi anda yang gemar berbelanja, memang bukan perkara mudah untuk berjimat cermat.

Anda tentunya punya banyak alasan untuk berbelanja, dan sedikit sahaja alasannya untuk tidak berbelanja.Ada di antara kita, sebelum gaji memang berkobar-kobar semangat untuk berjimat cermat atau berjanji untuk tidak boros lagi nanti. Tetapi, bila dah gaji lain pula jadi. Ada-ada sahaja yang menarik minat anda untuk membelinya biarpun barangan tersebut bukanlah satu kepentingan.

Mengawal kewangan ketika anda masih solo atau hidup bujang dan setelah berkahwin sangat berbeza. Setelah berkahwin, perubahan kedudukan kewangan anda perlu difikirkan. Masalah wang merupakan perkara yang cukup emosional, dah salah satu punca utama penceraian atau retaknya mahligai yang terbina.

Memang ramai orang mengalami masalah kewangan sehingga sukar untuk memenuhi keperluan hidup yang semakin lama semakin banyak. Dan cara berjimat cermat juga ada bermacam-macam jenis.

Mudah-mudahan 4 cara yang WOM.my sarankan ini boleh anda praktikan agar anda kedudukan kewangan anda stabil.

  1. Mulakan Menabung

Kurangkan pengeluaran dan menabunglah dnegan lebih banyak! Anda mungkin telah menghabiskan semua wang tabung atau simpanan anda untuk majlis perkahwinan tersebut. Inilah saatnya untuk anda bangun kembali untuk menyimpannya. Bukan bermakna anda harus mengikat perut berhabis-habisan semata-mata untuk membuktikan anda telah berjimat cermat.

Anda perlu mengubah cara berfikir, berjimat cermat bukan hanya untuk pengeluaran wang yang besar sahaja, sebaliknya perkara kecil juga tetap berpengaruhi.Sebagai langkah awal, kumpulkan paling kurang sisihkan enam kali pengeluaran bulanan untuk menyimpan sebagai dana darurat.

 

Baca Juga: Macam Mana Nak Jadi Kaya

 

Selain tu, mulakan mengatur cara berjimat cermat yang terbaik untuk perbelanjaan keluarga. Utamakan pembelian dan buatlah senarai perbelanjaan termasuk belanja dapur, rumah, kenderaan dan sebagainya.

 

  1. Saling Berkongsi Pendapatan

Setelah berkahwin, anda dan pasangan harus lebih bertolak ansur. Pastikan wang yang ada, adalah milik anda berdua. Elok juga jika anda membuka akaun simpanan bersama bagi tujuan kewangan bersama.

 

  1. Keluar Daripada Beban Hutang

Keluar dari hutang dan hidup bebeas daripada hutang adalah salah satu cara untuk hidup stabil daripada segi kewangan. Jika pasangan adan belum tahu menahu tentang kedudukan kewangan atau hutang piutang anda, perkara tersebut hendaklah anda bincangkan. Melalui perbincangan tersebut anda boleh memutuskan bagaiman anda berdua akan menyelesaikan pinjaman tersebut.

 

Baca Juga: Dia Lelaki Pilihan Saya!

 

4. Cari Punca Utama Ke Mana Wang Anda Habis Dibelanjakan

Hindari memiliki kad kredit lebih daripada yang anda perlukan. Seperti zaman bujang, anda berdua tentu telah menikmati dan menghabiskan wang selama bertahun-tahun tanpa meminta pendapat daripada sesiapa pun.

Tetapi setelah berkahwin, anda dan pasangan perlu saling berbincang dan menangani setiap kelemahan yang anda, terutama dalam pengurusan kewangan. Apakah salah seorang daripada anda pemboros orangnya? Atau, pasangan anda lebih berjimat cermat berbanding anda? Jadi, carilah cara untuk menangani perbezaan tersebut bagi mencapai suatu tujuan bersama.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini ya!

<< Semak 7 ciri orang malas bekerja di sini.

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

3 Ciri Utama Air Mani Lelaki Itu Sihat

Next post

6 Cara Semulajadi Besarkan Payudara

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

3 Comments

  1. July 11, 2015 at 10:10 am — Reply

    terima kasih berkongsi tips kewangan ini.. saya baru saje berkahwin 1 bulan lepas.. memang sangat berguna tips ni utk saya.. 🙂

  2. October 29, 2017 at 4:58 am — Reply

    Saya pun tengah mencari cara berjimat.. belum lagi bernikah, cuma sekadar untuk persediaan masa depan..

    • May 4, 2019 at 12:44 pm — Reply

      Bagus puan,sediakan payung sebelum hujan.Jangan lupa share post kami ya!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *