CantikKulit

12 Cara Hilangkan Parut Jerawat Cepat Dan Berkesan

cara hilangkan parut jerawat - women online magazine

Kredit Foto: stylecraze

Cara Hilangkan Parut Jerawat.Wajah yang bebas daripada jerawat turut menjadi impian setiap wanita.Namun,bukan semua orang berjaya memiliki kulit yang cantik serta bebas daripada masalah jerawat.

Malahan, ada yang berasa geram dengan kesan parut jerawat yang tidak mahu hilang.Biasanya parut jerawat (terutama apabila dipicit atau dipecahkan) tidak  akan hilang serta merta. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk hilang dengan sendirinya. Tetapi, sebenarnya ada cara hilangkan parut jerawat dengan cepat.

Cara hilangkan parut jerawat ini lebih mengarah pada penggunaan bahan-bahan semulajadi. Semak!

1. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Tomato:

Menjadikan tomato sebagai ubat untuk hilangkan parut jerawat tidaklah terlalu sukar. Hiris tomato dan tampal pada parut jerawat. Cara mudah ini cukup berkesan untuk menghilangkan parut jerawat anda.

 

Baca Juga: Cara Tanam Tomato

 

2. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Minyak Zaitun:

Penggunaan minyak zaitun sebagai ubat semulajadi memang bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Urut dengan lembut wajah anda dengan minyak zaitun terutama pada bahagian yang terdapat bekas jerawat. Pakai secara teratur supaya bekesan kerana selain daripada boleh menghilangkan parut jerawat juga boleh mengecutkan bekas jerawat.

 

3. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Jus Mentimun :

Jus mentimun merupakan toner kulit semulajadi yang boleh memperbaiki tekstur kulit.  Mentimun dapat mengurangi peradangan, menghaluskan kulit dan menyembuhkan luka yang disebabkan jerawat.

 

Baca Juga: Khasiat Mentimun

 

4. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Putih Telur:

Putih telur cukup efektif untuk mengatasi  masalah jerawat. Sapukan putih telur pada jerawat dan biarkan semalaman agar jerawat anda reda. Untuk menghilangkan parut jerawat, anda boleh mencampurkan putih telur dengan madu. Gaul sebati dan sapukan ke bahagian parut jerawat anda.

 

5. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Kunyit:

Salah satu khasiatnya adalah mengurangi luka parut jerawat.

 

Baca Juga: Khasiat Kunyit

 

6. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Lidah Buaya:

Lidah buaya terlalu banyak khasiatnya, , termasuk untuk menghilangkan bekas jerawat. Sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke bahagian parut jerawat secara teratur.

 

7. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Pati Lemon:

Sapukan pati lemon pada kesan parut berjerawat dan biarkan  15 minit sebelum membasuhnya dengan air bersih. Lemon memiliki kandungan yang boleh mencerahkan warna kulit dan membuang sel kulit mati serta membuat kulit lebih elastik.

 

8. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Madu:

Madu adalah pelembab semulajadi. Masker madu membuatkan kulit wajah menjadi lebih cerah dan bersinar. Sediakan madu secukupnya, kemudian sapukan ke bahagian parut jerawat. Biarkan selama 15 minit sambil diurut dengan lembut. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Pastikan anda menggunakan madu asli, bukan yang tiruan.

 

9. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan menggunakan Sengkuang:

Kandungan air pada sengkuang mampu mengangkat sel-sel kulit mati. Jika digunakan secara rutin, parut jerawat akan hilang sedikit demi sedikit.

 

10. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Limau Nipis:

Limau nipis mengandungi vitamin C (citric acid) yang mampu membersihkan sel kulit mati pada wajah dan membersihkan wajah daripada minyak berlebihan. Untuk hilangkan parut jerawat, ambil limau nipis dan rendam bersama beberapa kelopak bunga ros ke dalam sebuah mangkuk yang berisi air. Ramas. Setelah itu, perahkan sebiji limau nipis ke dalam air tersebut. Gaul rata, dan sapukan pada wajah. Biarkan selama setengah jam dan bilaslah dengan air sejuk.

 

Baca Juga: Khasiat Limau Nipis

 

11. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Hampas Teh:

Hampas teh juga mampu menghilangkan parut jerawat. Tempelkan hampas tersebut ke bahagian parut jerawat.

 

12. Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Bawang Merah:

Manfat bawang merah cukup banyak, antaranya menghilangkan parut jerawat. Ambil bawang merah secukupnya, kisar sehingga lumat dan sapukan ke kawasan bahagian parut jerawat anda.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini.

<< Adakah anda mengalami masalah keputihan? Ketahui jenis keputihan yang dialami itu di sini.

Previous post

Teknik Cantik Make Up Untuk Kulit Gelap

Next post

7 Cara Bangkit Dari Kegagalan Hidup

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *