Gaya HidupMotivasi

Cuba 5 Cara Sederhana Hidup Bahagia

Hidup Bahagia - woman online magazine

Kredit Foto : multiplemayhemmamma

Hidup Bahagia. Sihat dan hidup bahagia menjadi impian semua orang.

Bagi wanita yang sudah berkahwin dan telah menjadi ibu, sudah pasti banyak kehilangan waktu untuk memanjakan dirinya sendiri.Kesibukan menguruskan rumahtangga serta tugas seharian adakalanya membuatkan anda tak menang tangan!

 

Berikut beberapa tips sederhana yang boleh cuba untuk hidup bahagia dan sihat walaupun sudah beranak pinak!

1.Luangkan Waktu Untuk Ke Gym

Jaga dan sayangi tubuh anda. Jaga pola pemakanan anda, perbanyakkan pengambilan makanan segar termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan dan gandum. Ia akan menyihatkan tubuh dengan menghasilkan energi yang bersemangat dan sihat.

Selain itu, luangkan waktu untuk ke gym. Jika anak anda masih terlalu kecil, carilah tempat gym yang menyediakan kemudahan untuk menjaga anak seketika atau mintalah bantuan saudara mara dan sebagainya.

 

2. Beli Peralatan Senaman

Jika anda tidak suka meninggalkan anak anda di bawah jagaan orang lain, tidak ada salahnya jika anda asingkan sebahagian wang untuk membeli peralatan senaman. Misalnya ‘treadmill’ atau tali skipping. Anda boleh bersenam sebentar ketika anak anda ke sekolah atau sedang tidur di siang hari. Sekiranya anak anda sudah besar, elok juga jika anda ajak dia bersama-sama anda melakukan senaman.

 

Baca Juga: Kebaikan Senaman Yoga

 

3. Tidur Siang

Setelah mempunyai anak, anda pasti akan menjadi lebih penat. Jangan lupa untuk luangkan sedikit masa untuk tidur sejenak pada siang hari bagi mengembalikan semangat dan kesegaran tubuh anda dalam mencapai hidup bahagia. Ketika anak-anak ke sekolah atau sedang tidur di siang hari, ada baiknya anda gunakan kesempatan tersebut untuk berehat.

 

4. Masak Makanan Yang Sihat

Perkenalkan anak-anak pada makanan sihat sejak dari kecil lagi. Beri dan ajarkan mereka untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan pada setiap hari. Jangan lupa juga sediakan sarapan yang penuh khasiat seperti oatmeal buat mereka. Hindari junk food yang boleh merosakkan sistem ketahanan tubuh serta kesegaran tubuh .

 

5.  Lepaskan Emosi Negatif

Duduklah dengan selesa, hirup dan hembuskan nafas yang panjang dengan lambat. Ketika anda mengeluarkan nafas, bayangkan anda telah melepaskan semua emosi negatif seperti marah, dendam, sakit hati dan sebagainya itu.

Ketika anda menarik nafas, bayangkan anda sedang menghirup kualiti positif yang memberikan ketenangan, keberanian dan kemahuan. Lanjutkan aktiviti ini selama beberapa minit. Dengan senaman ini, anda akan menjadi lebih mudah untuk melepaskan perasaan negatif.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui 9 petua kebahagian suami isteri di sini. 

 

 

Previous post

7 Sebab Kenapa Anda Elok Makan Ikan Sardin

Next post

Cara Mencegah Menjadi Mangsa Cuaca Panas Di Malaysia

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. December 29, 2015 at 9:40 pm — Reply

    […] suasana hati yang extreme boleh menjadi salah satu petanda dari migraine. Anda mungkin akan berasa tertekan, […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *