Gaya HidupKarier & Wang

Motivasi Kerja: Tips Cemerlang Dalam Kerjaya

motivasi-kerjaya-woman-online-magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

 

Motivasi Kerja. Di sini ingin di kongsikan 5 tips bagi membantu anda menjadi lebih produktif di tempat kerja.

Tips Motivasi Kerja #1 – Mulakan Setiap Hari Dengan Positif

Bagi memastikan hari-hari anda berjalan lancar dan penuh bersemangat pastikan yang anda memulakan hari dengan memikirkan perkara-perkara yang positif sahaja.Walaupun mungkin ada hari yang anda mungkin berasa kurang motivasi untuk ke pejabat, nyatakan pada diri anda perkara-perkara yang boleh memberi semangat seperti “ Hari ini akan menjadi hari yang cemerlang buat diriku”.

Ulangi kenyataan tersebut beberapa kali dan pasti mood anda akan mula berubah menjadi positif dan lebih bersemangat. Selain itu, sejurus anda bangun, luangkan sedikit masa untuk melakukan meditasi warna.

Cara bagi melakukan meditasi warna ini sama seperti anda melakukan meditasi yang kebiasaannya; perbezaannya adalah apabila anda menarik nafas – bayangkan warna diri anda (sekiranya anda seorang yang berwarna putih bayangkan warna tersebut) memasuki tubuh badan anda dan bergerak dari atas kepala hingga ke hujung kaki.

Ulangi proses ini untuk beberapa minit. Frekuensi warna diri yang sedia ada pada diri anda akan bertambah dan menjadikan anda berkeyakinan yang sekaligus membuat anda bersemangat.

 

Baca Juga: Warna Pernafasan Anda

 

Tips Motivasi Kerja #2 – Kenakan Pakaian Kemas & Cantik

Ramai yang tidak sedar bahawa dengan mengenakan pakaian yang membuatkan diri anda kelihatan kemas, cantik dan profesional bukan sahaja menyerlahkan penampilan diri yang menarik tetapi ia turut memberikan keyakinan diri kepada si pemakai.

Selain itu juga orang yang berinteraksi dengan anda contohnya pelanggan ataupun bos, akan turut berasa lebih yakin untuk berurusan dengan anda apabila tenaga yang disalurkan secara tidak langsung menyatakan bahawa anda tahu mengendalikan kerja anda secara profesional.

 

Baca Juga: Lebih Yakin Dengan Penampilan Mengikut Warna Hari

 

Tips Motivasi Kerja #3 – Tetapkan Senarai “To-Do”

Tetapkan 6 matlamat setiap hari sebagai senarai “To-Do” anda. Matlamat tersebut tidak semestinya sesuatu matlamat yang besar. Mulakan dengan matlamat kecil yang akan membawa kepada matlamat anda yang lebih besar.Dengan mempunyai matlamat, anda akan merasakan hari anda lebih bermakna kerana anda sudah ketahui apa yang perlu dilakukan untuk sesuatu hari itu dan sekaligus menjadikan anda lebih produktif.

Ini akan turut membantu anda menjadi lebih fokus kepada apa yang ingin anda kecapi dalam kerjaya anda dalam jangka masa panjang. Selain itu, bagi menambah daya fokus dalam usaha untuk menyelesaikan perkara yang tertulis dalam senarai “To-Do” tersebut, suntikan sedikit warna ungu di tempat kerja anda kerana warna tersebut mempunyai elemen yang dapat membantu meningkatkan penumpuan.

 

Baca Juga: Tips Menghargai Waktu Yang Ada

 

Tips Motivasi Kerja #4 – Berangan-Angan

Ramai yang menyalah anggap bahawa apabila seseorang itu membayangkan apa yang diingini, ianya dilabelkan sebagai “angan-angan kosong”. Sebenarnya tidak salah untuk anda berangan-angan asalkan anda mengambil tindakan untuk memastikan bahawa angan-angan anda menjadi kenyataan.

Bayangkan apa yang anda inginkan secara terperinci dan bagaimana anda akan mendapatkannya ia sebenarnya secara separa sedarnya membuatkan diri anda bersiap sedia untuk bertindak bagi mendapatkan apa yang ingin dikecapi dan menyediakan diri anda untuk menerima perkara tersebut.

Sebuah ujian pernah dilakukan sebelum ini ke atas pelari-pelari olimpik yang mana mereka di suruh berlari di dalam minda sahaja dan apabila mesin pengukur di letakkan pada badan mereka untuk mengukur degupan jantung serta pergerakan otot, adalah didapati bahawa degupan jantung serta otot-otot mereka bergerak seolah-olah mereka sedang berlari secara fizikal.

 

Tips Motivasi Kerja #5 – “Take A Break”

Apabila anda menghadapi jalan buntu, ketandusan idea atau mencari inspirasi dalam apa jua projek atau kerja yang perlu diselesaikan, jadikan satu tabiat untuk anda keluar dari ruang kerja anda untuk menghirup udara segar untuk seketika.

Dalam pada itu, cuba anda bayangkan bahawa anda sedang melihat diri anda dan sesiapa jua yang mungkin terlibat dengan projek atau kerja tersebut dari kaca mata seorang pemerhati. Ini akan membantu anda melihat perkara tersebut dari suatu sudut yang baru yang akan memberikan anda perspektif baru terhadap projek atau kerja tersebut.

Masukkan juga unsur-unsur warna kuning atau oren di tempat kerja bagi menjadikan anda lebih ceria dan melahirkan minda yang lebih kreatif kerana warna-warna tersebut berpotensi untuk menjadikan anda sebegitu.

Artikel ini ditulis oleh Puan Shuhada Alauddin, Pengasas MYRYL

<< Ketahui tips untuk kurus dengan warna di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Wajib Baca! Tips Elak Rasa Mengantuk Ketika Memandu

Next post

Muka Bermasalah? Jom Kenali Jenis Jerawat Dan Cara Mengatasinya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *