Petua PemakananSihat

Khasiat Madu Kelulut yang Perlu Anda Tahu

Ramai orang tahu yang madu merupakan salah satu makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Terdapat pelbagai jenis madu yang ada. Antaraya adalah madu kelulut, madu akasia, madu tualang, madu ratu(royal jelly), madu manuka dan sebagainya.  Setiap jenis madu mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Hari ini admin kongsikan tentang madu kelulut serta khasiat madu kelulut.

Madu kelulut ini dihasilkan oleh lebah kelulut. Ia mampu menghasilkan madu, propolis, dan juga debunga seperti lebah madu biasa. Propolis merupakan campuran getah, air liur lebah dan lilin lebah yang dikumpulkan daripada bunga dan tunas muda oleh kelulut. Propolis ini berfungsi untuk memberi perlindungan pada pintu masuk sarangnya sekaligus mensterilkan(membersihkan daripada bakteria) setiap lebah yang masuk ke dalam sarang tersebut.

Beza lebah kelulut dan lebah madu biasa adalah kelulut tidak bersengat dan ia boleh menghasilkan lebih banyak propolis jika dibandingkan dengan lebah madu biasa. Ianya dijadikan sebagai mekanisme untuk pertahanan diri yang berfungsi mensterilkan sarang daripada diganggu organisma lain seperti cendawan, pemangsa, bakteria dan virus.

Seterusnya, lebah kelulut dapat mengambil nektar daripada bunga yang kecil disebabkan saiz lebah ini yang kecil. Buah-buahan, bunga atau daun tertentu yang menghasilkan cecair manisan dan cecair tersebut selalu diambil oleh haiwan lain seperti lebah yang dijadikan sumber tenaga serta sumber makanan dikenali sebagai nektar.

Madu kelulut ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Antara 4 khasiatnya adalah:

1. Antioksidan

Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) telah melakukan penyelidikan dan hasil penyelidikan mendapati madu kelulut bukan sahaja rendah kandungan gula malah ia turut kaya dengan antioksidan.

Madu lebah kelulut mempunyai antioksidan yang lebih tinggi daripada madu lebah biasa. Kandungan antioksidan dalam madu kelulut adalah empat hingga 10 kali ganda lebih daripada kandungan antioksidan madu biasa. Hal ini adalah lebih baik kerana membantu untuk mencegah sesuatu penyakit. Antioksidan ini dijadikan sebagai penentang radikal bebas yang menjadi punca penyakit Alzheimer, kanser dan sakit jantung.

2. Anti Bakteria serta Bagus untuk Pencernaan

Lebah kelulut menghasilkan propolis yang mengandungi antibiotik semulajadi dan juga anti bakteria. Oleh kerana itulah sarangnya tiada fungus. Kelulut juga menggunakan resin(getah) daripada pokok dan diproses di dalam badannya untuk mencegah pembiakan bakteria. Madu kelulut mengandungi mineral, enzim, asid amino dan vitamin yang penting dan diperlukan untuk proses pencernaan.

Selain itu, madu kelulut yang mempunyai anti bakteria yang boleh mencegah pertumbuhan bakteria di dalam salur pencernaan manusia. Jika anda mempunyai masalah pencernaan, anda boleh ikhtiar dengan mengamalkan madu.

3. Menyembuhkan Luka

Memandangkan madu merupakan bahan semulajadi, maka ia boleh mengekalkan sanitasi pada bahagian luka sehingga membantu menghasilkan penyahbauan yang baik untuk luka. Malah madu kelulut juga boleh dijadikan sebagai mekanisme untuk penyembuhan luka dan mendorong pembentukan tisu serta penghasilan sel baru pada luka.

Selain 3 khasiat di atas, terdapat beberapa lagi khasiat madu kelulut. Antaranya adalah:

  1. Mencegah pembentukan batu karang
  2. Melancarkan penafasan
  3. Meningkatkan daya tahan tubuh

Madu kelulut ini mempunyai banyak khasiat jika diamalkan. Bagi anda yang ada masalah kesihatan khasiat madu kelulut ini boleh membantu anda, saya sangat syorkan anda agar menjadikan madu kelulut ini sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

Nota kaki: Jangan lupa  SHARE artikel khasiat madu kelulut ini dengan rakan-rakan anda. Semoga bermanfaat.

Previous post

7 Kuih Muih Bulan Puasa Sedap, Anda Mesti Cuba!

Next post

Kuih Raya Simple Tapi Premium, Tak Perlu Oven Atau Pengukus!

WOM.my

WOM.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *