Cara Terbaik Memilih Pakaian Ibu Mengandung
Foto: Sekadar Hiasan
Pakaian Ibu Mengandung.Ketika kandungan anda sudah semakin dekat menunggu hari bersalin, secara automatik tubuh akan menjadi semakin membesar dan berat badan anda pun jadi bertambah.
Sebagai wanita normal sudah pasti anda ingin sentiasa nampak sihat dan cantik.Bahkan dalam bab bergaya, para ibu mengandung juga sebenarnya tidak mahu kalah!Jadi, anda harus tahu atau bijak memilih pakaian ibu mengandung yang sesuai buat anda. Untuk itu, baca tips pakaian ibu mengandung ini sehingga habis.
Berikut beberapa cara memilih pakaian ibu mengandung agar sentiasa kelihatan yakin dan cantik:
- Pakailah Pakaian Berwarna Terang
Cubalah pakai pakaian berwarna terang atau cerah seperti pink, oren, kuning atau merah. Pakaian ibu mengandung daripada warna-warna terang mampu menunjukkan personaliti anda sebagai ibu mengandung yang penuh semangat dan energetik.Di samping itu, kekalkan keyakinan diri anda ketika bergaya dan nescaya anda akan kelihatan cantik dan penuh personaliti.
Baca Juga: Psikologi Warna
- Kenakan Pakaian Bercorak
Pakaian ibu mengandung yang menampilkan renda, manik-manik atau corak mampu melengkapi penampilan ceria anda. Pakaian ibu mengandung yang dekoratif juga boleh dijadikan pilihan anda dalam bergaya.
Cardigan atau sweater yang tepat dengan ukuran badan sesuai dan selesa anda gayakan walaupun nampak simple. Pakaian ibu mengandung seperti cardigan dan sweater panjang sesuai digayakan dengan legging.
Baca Juga: Seluar Legging
Aksesori sememangnya boleh menyerlahkan lagi gaya para ibu mengandung. Apatah lagi jika ia serasi dengan pakaian ibu mengandung yang anda gayakan. Tak ada salahnya jika anda bergaya dengan scarf cantik, anting-anting, shawl, sandal dan sebagainya jika anda mahu kelihatan lebih cantik dan bergaya ketika mengandung.
Baca Juga: Shawl Murah
Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda. Semoga bermanfaat!
<< Ketahui 9 jenis makanan yang boleh perbanyakkan air susu di sini.
No Comment