Petua PemakananSihat

Tidak Selera Dengan Lobak Putih? Ini Khasiatnya!

Tidak Selera dengan Lobak Putih? Ini Khasiatnya!

Seringkali kita mendengar orang bercerita mengenai khasiat lobak merah. Jarang kita mendengar tentang khasiat lobak putih. Lobak putih juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Orang yang mengetahui khasiat lobak putih telah lama menjadikan lobak putih sebagai makanan ataupun minuman mereka.

Admin kongsikan kepada anda khasiat lobak putih yang bagus untuk tubuh kita. Antara khasiatnya adalah;

1. Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan

Sesiapa yang menjadikan lobak putih sebagai amalan, ianya mampu meningkatkan sistem imunisasi badan. Ini kerana antioksidan di dalam lobak putih yang didapati daripada kandungan vitamin C.

Peningkatan sistem imunisasi badan ini terjadi kerana vitamin C telah memperbaiki metabolisme badan. Bukan sahaja vitamin C, terdapat juga vitamin B, dan vitamin E yang turut membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Oleh itu, anda boleh mencegah diri daripada jatuh sakit dengan menjadikan lobak putih sebagai bahan untuk makanan ataupun minuman anda.

2. Menurunkan Berat Badan

Mempunyai berat badan yang berlebihan sudah pasti membuatkan seseorang tidak senang duduk. Apabila berat badan berlebihan, ia biasanya membuatkan seseorang kurang yakin dengan penampilan dirinya.

Bukan sahaja kurang yakin dengan penampilan diri, malah ia juga tidak bagus untuk kesihatan seseorang. Seringkali kita mendengar berat badan berlebihan adalah salah satu punca yang mengundang pelbagai penyakit. Antaranya adalah kencing manis, jantung dan sebagainya.

Oleh itu, lobak putih boleh dijadikan sebagai salah satu bahan dalam menu diet anda.  Anda boleh buat jus lobak putih. Jika jus ini diminum dengan konsisten pasti berat badan akan turun. Ini kerana jus ini mampu membuatkan perut anda kenyang lebih lama.

3. Bagus untuk Sistem Penghadaman

Khasiat pemakanan dan kandungan nutrisi yang tinggi yang terdapat pada lobak putih adalah baik untuk sesiapa yang mengalami masalah penghadaman. Perut yang meragam terjadi kerana ketidakhadaman makanan bukan saja menyakitkan perut malah mengakibatkan seluruh badan tidak selesa.

Lobak putih boleh menjadikan salah satu perubatan tradisional untuk merawat masalah perut yang meragam punca daripada masalah sistem penghadaman.

4. Menjaga Kesihatan Kulit

Terdapat banyak kandungan air dalam lobak putih yang bagus untuk memastikan kelembapan kulit anda. Jika anda mempunyai masalah kulit yang kering, bersisik atau mengelupas, anda digalakkan untuk minum jus lobak putih dengan konsisten sekurang-kurangnya ambil masa dalam sebulan hingga dua bulan.

Terdapat pelbagai nutrisi dalam lobak putih yang bagus untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Antaranya adalah vitamin C, vitamin B kompleks, dan banyak lagi. Selain itu, lobak putih juga boleh mengatasi masalah ruam, kulit gatal dan infeksi.

5. Bagus untuk Masalah Buang Air Kecil dan Batu Karang

Lobak putih secara semulajadi mengandungi banyak air yang membantu memperbanyak penghasilan air kencing. Jika anda sedang mengalami masalah untuk buang air kecil, lobak putih secara semulajadi dapat merawat masalah anda.

Lobak putih juga boleh melarutkan batu karang dan dapat keluar melalui air kencing.  Malah dengan minum jus lobak putih juga dapat merawat keradangan atau rasa sakit ketika buang air kecil. Lobak putih juga boleh membersihkan ginjal dan organ lain yang berkaitan dengan sistem urinari.

6. Bagus untuk Meredakan Demam dan Panas Badan

Sesiapa yang demam dan panas badan boleh memakan sup lobak putih. Ini kerana lobak putih boleh menurunkan suhu badan dan merawat peradangan yang menjadi punca demam.

Selain sup lobak putih, jus lobak putih yang dicampur sedikit garam juga berkhasiat untuk meredakan demam dan panas badan.

Mungkin selama ini anda fikir lobak putih tidak mempunyai khasiat. Sebenarnya  terlalu banyak khasiat yang terdapat pada lobak putih. Oleh itu, anda boleh amalkan lobak putih ini jika anda mempunyai masalah ataupun penyakit tertentu seperti yang admin kongsikan di atas.

Nota kaki: Jangan lupa  SHARE artikel khasiat lobak putih ini dengan rakan-rakan anda. Semoga bermanfaat.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

1001 Khasiat Chia Seed Selain Untuk Kurus.

Next post

Bidai Tingkap Terkini Berbaloi Untuk Dimiliki

WOM.my

WOM.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *