Gaya HidupMotivasi

5 Cara Bangkitkan Semangat Yang Hilang

semangat yang hilang - women online magazine

Kredit Foto: telegram

Semangat Yang Hilang. Hilang semangat untuk bekerja atau pergi kerja boleh datang dan pergi pada bila-bila masa sahaja.

Biasalah tu… ada masanya anda cukup bersemangat untuk ke tempat kerja serta melaksanakan apa yang telah dipertanggungjawabkan. Namun, ada waktunya semangat yang ada itu hilang entah ke mana.

Ternyata, tanpa anda sedari keseronokkan dalam dunia pekerjaan  merupakan perkara yang sangat berpengaruh. Tanpa adanya keseronokkan itu anda tidak boleh melaksanakan pekerjaan dengan sebaik mungkin.

Semangat atau motivasi kerja merupakan rangsangan bagi setiap pekerja untuk bekerja dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Semangat yang tinggi akan membuatkan anda menjadi lebih bersemangat dalam bekerja. Namun, tak dinafikan ada ramai di antara kita yang  hilang semangat untuk bekerja di sebabkan oleh beberapa perkara.

 

Baca Juga: Cara Mendapat Ketenangan Diri

 

Akibatnya, hasil kerja anda menjadi tidak memuaskan atau di bawah paras sederhana ataupun ‘biasa-biasa' sahaja. Jika berterusan, tentulah tak ‘best' . Hari-hari anda akan berhadapan dengan stress! Mahu tak mahu,  anda perlu segera menanganinya.

Caranya, anda perlu mencari penyebab menurun atau hilangnya semangat kerja anda itu. Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh membuatkan semangat kerja anda itu hilang.Tak kiralah sama ada masalah eksternal ataupun internal, kedua-duanya boleh mempengaruhi semangat dan motivasi anda dalam bekerja.

 

1. Selalu Tidak Puas Hati Dengan Gaji

Inilah realitinya, wang sering dijadikan pertimbangan untuk mengukur tinggi dan rendahnya motivasi kerja.

Semakin tinggi pendapatan yang anda raih, semakin tinggi pula motivasi kerja anda. Apabila pendapatan yang anda raih sedikit atau kurang daripada rakan-rakan sekerja yang lain, sudah pasti semangat dan motivasi kerja anda juga menurun.

Kenyataan yang tidak boleh pihak majikan nafikan, para pekerja boleh bekerja lebih gigih dan penuh semangat jika hasil kerjanya dihargai dengan imbuhan yang sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul.

 

2.Rutin Yang Sama

Tugasan atau pekerjaan yang anda hadapi sepanjang hari dan relatif membosankan juga membuatkan semangat kerja anda hilang ataupun  menurun. Ini adalah kerana anda mula merasakan apa yang anda lakukan itu statik sahaja. Anda seolah-olah sudah bosan dengan apa yang anda buat pada setiap hari, tidak menampakkan peningkatan atau nafas baru dalam karier anda.

 

Baca Juga: Penyebab Dan Bahaya Hasad Dengki

 

3. Suasana Kerja Tidak Menyeronokkan & Membosankan

Persekitaran atau suasana kerja yang tidak selesa atau menyeronokkan juga boleh membuatkan anda rasa stress untuk berada lebih lama di pejabat.

Misalnya, hubungan dengan rakan-rakan sekerja kurang baik. Begitu juga dengan ketua ataupun majikan yang suka bersikap pilih kasih, semua ini boleh mempengaruhi semangat dan motivasi kerja anda. Namun, jika suasana di tempat kerja anda cukup kondusif, anda pun akan jadi lebih bersemangat dalam bekerja dan tidak bosan untuk berada lebih lama di pejabat  pada setiap hari.

 

4. Kurang Menyerlah

Seseorang yang memiliki semangat dan motivasi yang tinggi selalunya berasa yakin bahawa dia mempunyai kemampuan dan potensi dalam melakukan pekerjaan yang telah dipertanggungjawabkan.

Potensi yang ada dalam diri akan membuatkan anda menjadi lebih yakin dan semakin bersemangat bekerja. Jika anda kurang yakin dengan apa yang anda lakukan, rendah diri serta ragu-ragu mampu melakukannya, tidak mustahil pekerjaan anda tidak akan mencapai hasil yang optimum.

 

5. Tidak Ada Hala Tuju

Motivasi yang tinggi biasanya dimiliki oleh mereka yang mempunyai hala tuju yang jelas terhadap apa yang sedang dilakukannya.

Melalui tujuan yang jelas, barulah setiap langkah dan fikiran anda akan mencapai matlamat yang lebih pasti. Tanpa adanya hala tuju yang jelas, motivasi kerja anda akan jadi tidak menentu sehingga semuanya menjadi cukup membosankan.

Motivasi dan semangat bekerja anda akan terus berkembang dengan baik jika anda sudah mengetahui ke mana hala tuju karier anda yang sebenar-benarnya.

 

Tips Ekstra!

Menjaga semangat kerja sebenarnya tidak sukar, asalkan anda kuatkan semangat serta tekadkan niat dari dalam diri. Peruntukkan waktu untuk fokus bekerja dan juga ‘refreshing'  Bezakan dua waktu itu supaya  anda menjadi lebih sukses dalam dunia pekerjaan.

Selain itu, cuba amalkan, bangun sahaja dari tidur tanamkan ‘mood' gembira di dalam fikiran. Segala ‘bad mood' yang menghampiri akan ‘dipancung' oleh semangat yang berkobar-kobar yang sudah anda sematkan sejak awal pagi tadi.

Di samping itu, cubalah anda mensyukuri apa yang anda telah peroleh. Jika anda berasa ‘stuck' dalam apa yang telah anda usahakan itu, maka cara terakhir yang harus anda lakukan adalah dengan bersyukur. Anda boleh meningkatkan motivasi atau semangat kerja yang semakin hilang itu ketika bersyukur!

 

 << Jom dapatkan cara terbaik hadapi tekanan di sini.. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Jenis Masker Yang Boleh Buat Payudara Cantik Dan Seksi

Next post

10 Cara Mudah Mengatasi Bibir Kering Dan Pecah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *