Gaya HidupSantai

6 Tips Sebelum Pergi Bercuti

6 tips sebelum pergi bercuti- women online magazine

Anda nak pergi bercuti ? tunggu dahulu ketahui tips dari kami sebelum pergi bercuti. Jom baca post dari kami ..

Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong mahupun pergi bercuti, anda perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.

ANTARANYA:

1. Buat persiapan awal

Nak Pergi bercuti bagusnya anda merancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai, serta menjimatkan.

Cuba peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Contohnya, asingkan dua atau tiga ratus setiap bulan.Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi menjadi masalah kepada anda untuk pergi bercuti.

2. Percutian yang terancang

Sebelum pergi bercuti pastikan anda mendapatkan maklumat berkaitan tempat percutian di internet dahulu. Hal ini membolehkan anda membuat perancangan dengan teliti dan akan melancarkan perjalanan percutian anda.

Sebagai contoh, jika anda ingin bercuti di kawasan Pulau Langkawi, sudah pasti anda perlukan maklumat mengenai hotel yang murah, kereta sewa dan tempat-tempat makan yang menarik di sana.

Apabila anda merancang percutian anda, sudah pasti anda tahu di mana tempat yang sesuai untuk di kunjungi mengikut bajet kewangan anda.

3. Tempahan tiket lebih awal

Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh demikian, adalah lebih baik jika kita menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah.

Jika anda mendapat tahu ada promosi dari syarikat penerbangan untuk tambang lebih murah anda boleh beli dahulu tiket itu dan selepas itu rancang percutian anda.

Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.

4. Mengira bajet semasa bercuti

Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.

Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda.

Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah dan berjalan-jalan.

5. Bijak memilih pakej promosi

Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum.

Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan. Hal seperti ini dapat menjimatkan kos kita untuk melancong dari perlu membelanjakan duit yang banyak kerana pakej promosi adalah lebih murah sedikit.

6. Langsaikan kerja yang tertunggak

Jika kamu sedang mengendalikan projek atau sebarang kerja di tempat kerja, apa kata kamu selesaikan segala kerja bahagian kamu dahulu sebelum pergi bercuti. Hal ini penting agar percutian anda tidak diganggu oleh masalah berkaitan kerja anda. Perlu korbankan sedikit masa untuk menyiapkan semuanya supaya ketika bercuti nanti.

Jika anda mempunyai orang yang tersayang sudah pasti anda inginkan kenangan manis bercuti bersama-sama mereka. Jika anda menyiapkan kerja-kerja anda sebelum pergi bercuti, sudah pasti percutian anda akan menjadi lebih baik lagi tanpa tekanan kerja.

KESIMPULAN

Bercuti merupakan aktiviti yang digemari dan disukai ramai orang. Dengan bercuti ia boleh membuatkan kita melupakan segala beban yang menghantui kepala kita serta rutin harian yang membosankan.

Kita boleh melupakan seketika masalah kerja atau yang berkaitan semasa kita bercuti. Minda kita akan kembali ‘fresh’ dan ‘relax’ selepas pulang dari melancong . Walaubagaimanapun percutian yang tidak dirancang akan mengubah dari keadaan yang ‘happy’ menjadi kelam kabut dan serabut.

Kredit foto kepada  en-shahdi II

<< Jom Baca tips elak gaji tak cukup di sini

Previous post

4 Senaman Ringkas Untuk Langsing

Next post

5 Cara Didik Anak Urus Wang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *