Gaya HidupMotivasi

5 Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Mengatasi Kesedihan Hati

cara mengatasi kesedihan - woman online magazine

Kredit Foto : handsinthegarden

Cara Mengatasi Kesedihan.Anda sedang bersedih? Anda perlu tahu cara terbaik untuk mengatasi kesedihan yang dialami.

Dalam hidup ini, tak mungkin selamanya kita dalam keadaan bahagia. Dan tidak mungkin juga untuk selamanya kita akan menderita. Siapa sangka, besok, minggu depan atau sekejap lagi, anda akan diulit bahagia! 

Kebahagiaan hidup berada di tangan anda sendiri. Jika anda selalu positif, kehidupan yang anda jalani juga akan jadi lebih positif. Untuk itu, anda perlu tahu cara mengatasi kesedihan yang anda alami supaya anda boleh cepat-cepat meneruskan kembali kehidupan anda yang seolah-olah sudah tidak bermakna itu.

Berikut beberapa cara mengatasi kesedihan yang wajar anda ketahui. Antaranya:

 

  1. Senyumlah!

Walaupun hati anda dalam keadaan gundah, cubalah untuk selalu tersenyum. Senyuman mampu menimbulkan gelombang positif yang sama seperti denyutan jantung,tekanan darah dan aktiviti otak. Dengan tersenyum juga anda akan dapat menyamarkan kesedihan dan membangkitkan rasa bahagia.

 

  1. Terimalah Diri Anda Seadanya

Jangan sesekali bandingkan diri anda dengan orang lain. Tak kiralah soal kerja, gaji, bentuk badan anda,pasangan hidup anda dan sebagainya.Semua orang punya kesedihan, kekurangan serta kelemahan dan anda patut ingat semua itu. Dalam hidup ini juga, semua orang pernah gagal, buat silap dan tidak sempurna! Jika anda terus bersedih, ianya akan melemahkan energi serta semangat yang anda miliki. Jadi, bangkitkan metabolisme anda dengan ‘move on’! Secara tak langsung ia akan memperbaiki kerangka pemikiran anda. Selalu berfikiran positif dan fokus kepada momen-momen bahagia boleh menghilangkan aura negatif.

 

  1. Carilah Seseorang Yang Anda Percayai

Di saat sedang gundah, adalah lebih baik jika anda mencari seseorang yang boleh membuatkan anda berasa lebih tenang untuk menjadi diri sendiri. Seseorang yang anda senangi atau dia menyenangi anda atau seseorang yang memberikan layanan terbaik kepada anda serta mampu membuatkan anda ketawa adalah yang terbaik anda dampingi di saat anda ditimpa kesedihan.

 

Baca Juga: Cara Sederhana Hidup Bahagia

 

  1. Yakinkan Diri Bahawa Anda Mampu Bahagia!

Berhentilah daripada berfikir bahawa kehidupan bahagia anda sudah berakhir.Berhentilah daripada berfikiran bukan-bukan atau negatif tentang kehidupan anda di masa akan datang. Anda tidak perlu memasukkan aura-aura negatif yang mana akan terus menenggelamkan rasa bahagia anda.

Cuba ubah persepsi diri dan tulis beberapa sasaran bahagia yang boleh anda capai dalam tempoh 24 jam ini! Nikmati kebahagian biar sekecil mana pun sebagai tanda anda mensyukuri nikmati kehidupan ini. Di samping itu, belajarlah daripada kesalahan dan cuba perbaiki diri. Jangan biarkan anda larut dari kesalahan atau kekalahan masa lalu.

 

Baca Juga: Cara Bangkitkan Semangat Yang Hilang

 

  1. Belajar Menghargai Diri Sendiri

Jangan biarkan kesedihan yang melanda merosakkan kesihatan tubuh badan anda. Anda perlu menghargai diri anda dan jangan takut untuk memperbaiki penampilan anda. Cuba ubah gaya dandanan rambut atau tudung anda. Pakai mekap serta kenakan pakaian yang mampu membuatkan anda nampak lebih cantik dan natural.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui tips belajar menghargai waktu yang ada agar tidak sia-sia di sini.

Previous post

8 Cara Diet Ketika Puasa

Next post

Resepi Buah Melaka

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *