ResepiSajiSelera

6 Makanan Untuk Orang Demam

makanan untuk orang demam - women online magazine

Kredit Foto: e-health101

Makanan Untuk Orang Demam.Adakah anda buntu  mencari menu untuk makanan orang demam?

Sebagai manusia biasa kita tentunya tidak terlepas daripada terkena penyakit seperti demam ataupun selsema. Apabila sakit, secara automatik kita akan mengalami kehilangan selera makan.

Selalunya kita akan makan kurang daripada kebiasaan dan adakalanya langsung tak makan! Sedangkan makan makanan itu sangat penting bagi proses pemulihan demam yang cepat dan betul.

 

Lagipun kekurangan zat makanan secara mendadak boleh menyebabkan jangkitan menjadi bertambah buruk kerana sistem immuniasi kita akan teranggu sehingga tidak mampu untuk melawan jangkitan secara optimum.

 

Jadi, apakah makanan yang sesuai untuk anda ataupun orang-orang yang anda sayangi sewaktu demam?

Berikut adalah makanan yang sesuai diambil ketika seseorang itu demam:

1. Sup ayam yang diletak bersama bawang putih

Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan demam. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Manakala daging ayam juga merupakan sumber protein untuk memberikan kita tenaga yang penting. Makanan ini mudah untuk disediakan dan lazat dimakan panas ketika demam.

 

Baca Juga: Khasiat Bawang Putih

 

2. Makan madu asli

Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

 

3. Sup Ikan

Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Jika anda malas untuk membuat sup, ikan juga boleh dimasak dengan perlbagai jenis masakan. Yang penting, ia mempunyai khasiat  yang baik untuk orang yang kurang sihat.

 

Baca Juga: Manfaat Ikan Tuna

 

4. Sup Sayur

Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti salad roket (arugula) dan kale atau juga dipanggil ‘borecole’ , sejenis kubis berwarna hijau dan jarang ditemui di pasaran. Sayuran tersebut  mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Ia akan membantu melawan sejuk dan selesema. Resepi sup sayur ini sangat mudah disediakan dan tidak rumit. Selain itu, lobak juga mempunyai zat yang tinggi .

 

5. Buah Beri Biru

Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ia mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti seseorang dalam menentang sejuk dan selesema.

 

Baca Juga: Khasiat Kunyit

 

6. Masakan yang mempunyai kunyit

Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan ketika anda diserang selesema. Selain itu, anda juga boleh menambah kunyit ke dalam susu panas bagi melegakan selesema dan demam.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<<Jom cuba resepi sayur kailan yang sedap di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cegah Kanser Payudara Dengan 7 Jenis Buah Terpilih

Next post

Ketahui Penjagaan Payudara Yang Wajib Anda Lakukan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 21, 2015 at 11:44 am — Reply

    […] Mengurangkan panas badan dan ketidakselesaan. […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *