ResepiSajiSelera

Resepi Mee Udang Sedap

resepi mee udang - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Mee Udang. Rasa dan aroma Mee Udang sangat membuka selera.Jom, semak Resepi Mee Udang.

Bagi pengemar makanan laut yang satu ini, sudah pasti merasakan kenikmatan rasa yang luar biasa.  Cara memasaknya juga cukup bervariasi. Namun, Chef WOM.my menyediakan Resepi Mee Udang sedap dan mudah untuk anda  cuba memasaknya.

 

Berikut Resepi Mee Udang:

Bahan-bahan yang diperlukan:

Dua biji tomato(dikisar)

Sebiji kentang (dilenyek bagi memekatkan kuahnya nanti)

2 ulas bawang putih (dimayang halus)

3 biji bawang merah (dimayang halus)

2 batang daun bawang(dipotong-potong)

Sepeket mee kuning

10 ekor udang ukuran besar

3 sudu besar sos tomato

1 sudu besar gula pasir

3 sudu besar cili kisar

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu besar sos tiram

Dua biji telur ayam

3 keping tauhu goreng (dipotong nipis)

2 keping fish cake (dipotong nipis)

Sedikit taugeh dan sayur sawi

Sedikit bawang goreng

 

Dapatkan Juga: Resepi Mee Goreng Simple

 

Cara Membuatnya:

1.Kisar tomato dengan sedikit air. Ketepikan.

2.Rebus telur hingga masak dan belah dua. Ketepikan.

3. Didihkan air, celur mee kuning , sawi dan taugeh. Angkat, siram dengan air sejuk dan toskan. Ketepikan.

4.Tumis bawang putih dan merah yang telah dimayang halus.

5.Kemudian masukkan cili kisar sehingga garing dan naik bau.

6. Masukkan tomato yang telah dikisar,sos tamoto, gula,kicap pekat dan sos tiram. Kacau higga sebati.

7.Kacau dan masukkan air, biarkan mendidih. Masukkan kentang yang sudah dilenyekkan tadi bersama fish cake dan tahu goreng. Lagi lama kuah ini direnehkan ia akan jadi lebih sedap.

8. Setelah itu kuah sudah cukup rasanya, masukkan udang. Biarkan seketika.

9. Apabila sudah siap anda boleh tuang kuah tersebut ke atas mee , taugeh dan sawi yang sudah dicelur tadi.

10. Sebagai penyeri tambahan, tabur daun bawang dan bawang goreng serta letakkan telur rebus.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi mee udang ini ya!

<< Dapatkan resepi Ayam Goreng Berempah di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Kebaikan Luar Biasa Krim Mata

Next post

Cara Mengecilkan Pinggang Dengan Cepat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *