ResepiSajiSelera

Resepi Ayam Masak Rendang

resepi ayam masak rendang - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Hari ini apakah rancangan misi memasak anda? apa kata hari ini anda mencuba resepi ayam masak rendang pula.

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau dan orang Melayu. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut, kerisik dan daging batang pinang atau ayam adalah bahan utamanya. Ini kerana dagingnya yang lembut dan sedap.

Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, di mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.

Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, harijadi dan sebagainya.

Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak.

Di bawah ini adalah bahan-bahan untuk membuat ayam rendang;

Bahan-bahan ayam rendang:

1 kg ayam – potong 12 bahagian

4 cawan santan pekat

1 cawan kelapa parut – goreng tanpa minyak dan kisar untuk dijadikan kerisik

3 keping asam gelugur

hirisan daun kunyit

5 helai daun limau purut

garam/ gula / perasa pilihan secukupnya

minyak

Bahan kisar ayam rendang:

10 biji cili kering

2.5cm kunyit hidup

2.5cm halia

3cm lengkuas

5 batang serai – hiris kasar

1 labu bawang besar

Bahan tumis ayam rendang:

5ulas bawang putih – tumbuk kasar

5 biji bawang merah – tumbuk kasar

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

3 kuntum bunga cengkih

Cara-cara untuk memasak ayam masak rendang:

1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.

2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau.

3.  Kemudian masukkan semua bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam, dan asam keping. Gaul sebati hingga ayam lembut.

5. Masukkan santan pekat dan masak dengan api perlahan hingga ayam empuk.

6. Masukkan kerisik, garam / gula / perasa secukupnya.

7. Biarkan seketika sehingga kuah pekat dan taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.

8.  Angkat dan hidangkan.

<< Anda berminat resepi cupcakes, klik sini untuk ke halaman berikutnya..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Penaja Utama Peraduan " Selfie Time With Mama " - Duvita

Next post

Cara Terbaik Si Kurus Naikkan Berat Badan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. October 21, 2017 at 1:50 pm — Reply

    It seems very good~~~!

    • May 4, 2019 at 12:45 pm — Reply

      Thank yo,dont forget to keep supporting us!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *