Ketahui Penjagaan Payudara Yang Wajib Anda Lakukan
Kredit foto: ahmadpi
Penjagaan Payudara.Ramai wanita yang kurang mengambil kisah tentang penjagaan payudara.Padahal, penjagaan payudara sangatlah penting.
Payudara berisiko diserang kanser jika tidak dijaga dengan baik.Hormon estrogen adalah hormon yang penting untuk wanita. Estrogen adalah senyawa steroid yang dikenali sebagai hormon seks wanita.Kekurangan estrogen boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan termasuk kurang ghairah dalam melakukan hubungan intim. Namun, apabila tahap estrogen terlalu banyak dalam tubuh ia boleh menyebabkan daya tahan estrogen menjadi bahaya buat kesihatan, sehingga membawa kepada kanser payudara.
Kebanyakan wanita mempunyai tahap estrogen yang seimbang dalam tubuh, tetapi terdapat ramai juga yang berjuang untuk meningkatkan ketidakseimbangan hormon ini. Phytoestrogens adalah estrogen semulajadi yang boleh ditemui dalam beberapa jenis makanan.Untuk menyeimbangkan kadar estrogen dalam tubuh, anda boleh membentuk hormon ini dengan pengambilan makanan kaya estrogen.Seperti yang sedia maklum phytoestrogens mempunyai kebaikan kepada penjagaan payudara wanita.Dari mana datangnya phytoestrogens?
Mengikut kajian yang dikeluarkan oleh Journal Of Clinical Oncology menunjukkan sayuran hijau mengandungi tinggi phytoestrogens.
Phytoestrogens boleh juga didapati sebagai makanan tambahan dan ada dijual di kedai farmasi. Kenapa pula kita perlu berbelanja lebih sedangkan element itu ada pada sumber makanan kita seharian.
Apakah pentingnya phytoestrogen ini?
“Ia adalah satu unsur yang sangat penting untuk wanita kerana keupayaan melindungi setiap sel dalam badan wanita terdedah kepada radikal bebas. Radikal bebas ini agak berbahaya kerana ia boleh merangsang sel payu dara untuk membesar dan seterusnya menyebabkan terjadinya kanser payudara.
Baca Juga: 7 Jenis Buah Bantu Cegah Kanser Payudara
Antara sayur-sayuran atau bijirin yang mengandungi phytoestrogen adalah :
1) Bijirin seperti gandum, oat, barli, beras,gandum,jagung
2) Sayuran seperti brokoli,kangkung,sawi,kobis,lobak merah dan sebagainya.
Baca Juga: Khasiat Brokoli
Baca Juga: Khasiat Kangkung
Payudara adalah aset wanita yang harus dijaga dan dibelai sama seperti penjagaan badan, kulit, wajah dan rambut. Malah, memiliki payudara sihat dan cantik juga idaman setiap wanita.
Dipetik dari artikel myMetro
Penjagaan Payudara Yang Wajib Anda Lakukan:
1. Periksa Payudara Anda
- Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali
- Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid
- Mengikut kajian , selepas haid payudara anda masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa doktor
2. Menjaga Kebersihan Payudara
- Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik
- Apabila anda melakukan pemeriksaan anda haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak
- Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian puting dan arela supaya tidak kering serta kulit tidak pecah minyak
- Cara pengunaan kapas dan minyak zaitun boleh dipraktikkan untuk bersihkan kalenjar minyak
Baca Juga: Cara Membersihkan Payudara
3. Bra Wajib Sesuai
- Apabila anda memilih baju dalam anda haruslah memilih mengikut kesesuaian anda contohnya memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu anda haruslah sesuai ikut situasi tersebut
- Ini kerana untuk memastikan payudara berada dalam keadaan yang betul.
Jangan lupa SHARE artikel ini.
<<Anda Berminat nak tahu 10 rahsia teh hijau, klik sini
No Comment