Resepi Istimewa Sayur Kailan Ikan Masin

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )
Foto: Sekadar Hiasan.
Resepi Sayur Kailan. Anda pernah masak sayur kailan tapi rasa tidak sedap ? Jom cuba resepi sayur kailan ini di sini..
Sayur Kailan merupakan salah satu jenis sayur yang sedap dimakan. Kailan dimakan mentah, digoreng atau dimasak. Masakan yang popular menggunakan sayur ini ialah seperti kailan ikan masin dan kailan sos tiram.
Tahukah anda? Kajian menunjukkan bahawa orang yang kerap makan sayur kailan dikatakan kurang berisiko mendapat penyakit kanser paru-paru dan barah payudara.
Selain itu,kailan juga mengandungi Vitamin C yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan tisu, baik untuk kesihatan kulit serta menjaga kesihatan sistem penghadaman dan perkembangan mata dengan baik.
Dapatkan Juga: Resepi Kerabu Kerang
Bahan-bahan Sayur Kailan Ikan Masin:
200 gram kailan
30 gram ikan masin
2 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 camca besar sos tiram
¼ cawan air
Bawang goreng sebagai hiasan.
Dapatkan Juga: Resepi Bihun Singapore
Cara Membuat Sayur Kailan Ikan Masin:
- Cuci sayur kailan, asingkan tangkai dan daunnya dan potong daun sayur kailan tadi. Manakala batang kailan dihiris nipis.
- Ikan masin, dicuci dan dipotong dadu kecil dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan masin yang dipotong dadu. Goreng sehingga garing.
- Kemudian terus tambah hirisan bawang merah, bawang putih dan cili merah, kacau rata dan tuang sos tiram.
- Masukkan air dan batang sayur kailan.
- Bila batangnya lembut sedikit, masukkan daunnya pula, kacau, hingga layu sedikit dan tutup api. Siap untuk dihidangkan dan anda boleh taburkan bawang goreng untuk mewangikan lagi hidangan anda.
Nota Kaki: Boleh SHARE resepi ini dengan kawan-kawan anda ya.
<< Jom cuba resepi menarik hari ini iaitu resepi chicken chop di sini..
No Comment