Petua PemakananSihat

10 Khasiat Mujarab Bawang Putih

Khasiat Bawang Putih - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Foto: Sekadar Hiasan

Khasiat Bawang Putih. Selain sebagai penyedap masakan, ternyata khasiat bawang putih ini tidak ternilai!

Bawang putih banyak digunakan dalam setiap masakan. Di samping itu, bawang putih juga berkhasiat sebagai ubat-ubatan untuk pelbagai jenis penyakit. Jadi, anda perlu tahu apa sahaja manfaat ataupun khasiat bawang putih.

1. Mengatasi Masalah Jerawat

Bawang putih merupakan ubat semulajdi yang mampu mengusir jerawat kerana mengandungi antioksidan yang boleh membunuh bakteria. Gosok hirisan bawang putih pada jerawat di wajah secara perlahan-lahan.

 

2. Menyembuhkan Penyakit Kulit

Khasiat bawang putih dikatakan sangat berguna untuk mengurangi infeksi penyakit kulit. Cuba sapu sedikit minyak bawang putih di kawasan yang telah dijangkit itu. Lakukan secara rutin untuk hasil kulit yang lebih sihat dan halus.

 

3. Mencegah Rambut Rosak

Bawang putih boleh mengatasi masalah rambut rosak. Dengan kandungan ‘allicin’ yang tinggi, khasiat bawang putih ini dipercayai sangat berkesan untuk mencegah rambut rosak.

Urut kulit kepala dengan minyak bawang putih bagi merangsang pertumbuhan rambut.

 

Baca Juga: Masalah Rambut Gugur

 

4. Mencegah Serta Mengubati Perut Kembung

Pengambilan bawang putih secara teratur boleh menjaga kesihatan sistem penghadaman. Bawang putih menghancurkan  bakteria usus berbahaya dan membuatkan penghadaman menjadi lebih lancar.

 

5. Mencegah Kanser

Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat membantu mencegah kanser. Jika anda adalah seorang yang kuat merokok, anda boleh mengunyah bawang putih mentah untuk melindungi tubuh dan mencegah kanser.

 

Baca Juga: Cegah Kanser Payudara

 

6. Meredakan Rasa Kebas Sendi

Jika anda menderita arthritis, hancurkan bawang putih mentah kemudian tuamkan  pada bahagian lutut atau sendi-sendi yang kebas. Bawang putih akan meredakan rasa kebas tersebut.

 

7. Mengatasi Diabetis

Jika anda penghidap diabetis, bawang putih juga baik untuk mengawal jumlah kadar gula di dalam darah.

 

8. Melancarkan Perjalanan Darah

Mengunyah bawang putih juga dapat membantu melancarkan perjalanan darah serta membuka pembuluh darah yang tersumbat.

 

9.  Menghilangkan Gatal Akibat Kulat

Dengan sifat anti kulat, bawang putih dapat menjadi ubat paling mujarab untuk menghilangkan rasa gatal di kaki. Rendak kaki dalam bekas berisi air suam dan cincang bawang putih tersebut.

 

Baca Juga: Masalah Kaki Berbau

 

10. Menghalau Nyamuk Dan Serangga

Bukan ‘hantu’ sahaja yang takut dengan bawang putih (hehhehe…), tapi anda patut  mencuba petua ini, bahawa nyamuk juga takut dengan bawang putih.

Gosok bawang putih pada kulit untuk menghalau nyamuk atau letakkan sahaja bawang putih yang sudah dikupas kulitnya di mana-mana tempat yang anda rasakan banyak nyamuk.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

 << Jom kenali makanan yang berlemak boleh kuruskan badan disini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kenali 8 Jenis Seluar Jeans Wanita Yang Sesuai Untuk Anda

Next post

6 Manfaat Senam Aerobik

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *