Petua PemakananSihat

Antara Manfaat Ikan Tuna Adalah Mampu Cegah Kegemukan

Manfaat Ikan Tuna - Woman Online Magazine

Kredit : khasiat

Ikan merupakan salah satu menu makanan sihat. Ikan tuna merupakan salah satu makanan laut yang menyihatkan.Ikan tuna kaya dengan vitamin B kompleks dan juga asid lemak Omega-3. Selain itu, ikan tuna juga kaya dengan sumber protein baik dan tinggi kalium,sehingga ia menjadi salah satu makanan terbaik untuk kesihatan.

Terdapat banyak manfaat ikan tuna yang boleh anda peroleh, di antaranya adalah:

  1. Mencegah Kanser

Ikan tuna mengandungi silenium dan vitamin E yang boleh membantu mencegah beberapa jenis kanser seperti kanker di pankreas dan beberapa organ yang memiliki saluran penghadaman seperti kerongkong, perut dan usus besar. Kandungan asid lemak Omega-3 dalam ikan tuna juga boleh membantu mencegah kanser payudara dan mengawal risiko penularan leukemia.

  1. Menjaga Kesihatan Jantung

Ikan tuna juga bermanfaat untuk mengawal risiko penyakit kardiovaskular. Asid lemak Omega-3 yang terkandung di dalamnya membantu mengurangkan pembekuan darah, mencegah serangan jantung dan stroke. Selain itu, manfaat ikan tuna juga mampu mencegah peradangan dan perubahan kolesterol menjadi plak yang menyumbat saluran arteri.

  1. Menurunkan Tekanan Darah

Kandungan Omega-3 pada ikan tuna juga berguna untuk menurunkan tekanan darah,memperlancarkan peredaran darah dan menghilangkan penyumbatan pada aliran darah. Pengambilan ikan tuna secara rutin lebih tahan terhadap serangan darah tinggi.

  1. Mencegah Obesiti

Manfaat lain dari asid lemak Omega-3 yang ditemui dalam ikan tuna adalah kemampuannya untuk mengurangkan risiko obesiti sekaligus meningkatkan respons insulin tubuh. Asid lemak Omega-3 mampu merangsang hormon yang disebut ‘leptin’, yang membantu metabolisme tubuh dan turut mengatur berat badan dan makanan tambahan tubuh. Di samping itu, ikan tuna juga rendah kalori dan memiliki kandungan lemak baik. Makanan ini cukup selamat dimakan oleh anda yang takut gemuk!

  1. Menjaga Kesihatan Mata

Tingginya tahap asid lemak Omega-3 dalam ikan tuna juga bermanfaat untuk kesihatan mata  dan dapat membantu mencegah ‘degenerasi macula’, yang berkaitan dengan usia dan mata kering.

  1. Sumber Protein Tinggi

Tuna mengandungi banyak nutrisi bermanfaat, tetapi protein adalah salah satu yang tertinggi daripada semua itu.Protein bermanfaat supaya kulit lebih bersinar, kuku, rambut dan darah yang sihat.

<< Ketahui kebaikan beras merah di sini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Cara Mudah Supaya Bayi Anda Cepat Tidur

Next post

Apakah Warna Pernafasan Anda? Ketahui Di Sini…

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *