ResepiSajiSelera

Nasi Goreng Udang Keenakannya Memikat Selera!

resepi nasi goreng udang - women online magazine

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Nasi Goreng Udang. Hari ini Chef WOM.my ingin kongsikan resepi nasi goreng udang. Ada yang berminat nak cuba, boleh salin resepi di sini.

Nasi adalah sumber tenaga yang hebat. Nasi banyak mengandungi karbohidrat yang bertindak sebagai sebagai bahan bakar untuk tubuh dan membantu otak berfungsi  secara normal.

Nasi juga bebas dan rendah kolestrol yang bagus untuk kesihatan. Nasi dikatakan tidak mengandungi lemak berbahaya iaitu kolesterol atau sodium dan ini melengkapkan lagi program diet yang seimbang.

Bahkan nasi juga kaya vitamin dan mineral seperti niacin, vitamin D, kalsium, serat,  zat besi, thiamine dan riboflavin.

 

Dapatkan Juga: Resepi Nasi Hujan Panas

 

Bahan-bahan yandg diperlukan: ( 5 orang makan )

4 cawan nasi

12 ekor udang – ikut citarasa

2 biji telur

1 peket serbuk nasi goreng cina Adabi

Cili merah dan cili api (dihiris) – ikut pedas

daun sup (dihiris)

garam

 

Cara-cara Membuat Nasi Goreng Udang:

1. Lerai-lerai nasi supaya tidak berketul untuk memudahkan anda menggoreng. Ketepikan.

 

2. Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng telur dahulu. Angkat dan letakkan di atas nasi kita tadi. Ketepikan dulu.

 

3. Dalam kuali yang sama juga, panaskan minyak sikit dan goreng pula udang kita dengan sedikit garam sampai keluar air udangnya. Angkat dan letakkan atas nasi kita tadi. Ketepikan dulu.

 

4. Kemudian , panaskan minyak sikit dan goreng cili pula sampai garing sikit. Pastu, masukkan nasi kita tadi bersama-sama dengan telur dan udang yang telah kita sekalikan tadi.

 

5. Teruskan menggoreng, gaul serata sebelum masukkan serbuk nasi goreng cina dan gaul sebati.

 

6. Terakhir, masukkan daun sup dan gaul sekejap dan terus tutup api. Siap untuk dihidangkan.

 

Dapatkan Juga: Resepi Roti Jala

 

Nasi Goreng Udang ini bukan sahaja mudah untuk disediakan. Paling penting, keenakannya cukup memikat selera. Bagi yang tidak suka pedas, buangkan biji cili tersebut agar rasa pedasnya berkurangan. Ok, selamat mencuba dan SHARE ya resepi ini.

<< Nak tahu resepi ayam percik buatan sendiri, jom klik di sini untuk resepi yang seterusnya..

Previous post

Trik Buat Bilik Air Sempit Jadi Luas

Next post

Jom... Jom... Rasai Keseronokkan Bercuti Di Krabi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *