ResepiSajiSelera

Resepi Nasi Tomato Bersama Ayam Masak Merah

resepi nasi tomato - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Nasi Tomato.Pasti anda nak tahu resepi nasi tomato ini serta bahan-bahannya. Anda boleh mencubanya di rumah sekarang dengan resepi yang disediakan oleh Chef WOM.my

Bahan-bahan untuk membuat nasi tomato ini lebih kurang sama dengan nasi minyak atau nasi hujan panas, perbezaannya apabila ditambah dengan pes tomato. Resepi nasi tomato ini sangat mudah.

Nasi tomato ini sering dijadikan juadah semasa majlis kenduri kahwin, majlis khatam Al-quran, majlis cukur jambul, jamuan sekolah dan ada juga dijadikan juadah semasa hari raya. Nasi tomato ini sungguh enak dimakan dengan ayam masak merah dan juga acar sayur. Aromanya hingga menusuk kalbu dan menarik perhatian orang untuk makan.

Antara  Bahan-Bahan yang di gunakan untuk Resepi Nasi Tomato adalah: 

Bahan A

2 sudu besar minyak sapi

1 batang kayu manis + 5 kuntum bunga cengkih + 3 biji buah pelaga + 1 kuntum bunga lawang

1 biji bawang besar (dihiris)

2 ulas bawang putih (dicincang)

1 inci halia (dititik)

 

 

Baca Juga: Khasiat Kulit Kayu Manis &  Khasiat Bunga Lawang

 

 

Bahan B

1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)

1 sudu besar pes tomato

2 sudu besar sos tomato

Garam secukup rasa

3 cawan beras basmathi (cuci dan rendam 30 minit)

1 helai daun pandan (disimpul)

3 ½ cawan air

 

Bahan Hiasan

Hirisan daun bawang / daun sup

Bawang goreng

Kismis

Kacang pie

Cara-Cara Membuat Resepi Nasi Tomato adalah: 

  1. Tumis bahan A sampai naik bau dan masukkan bahan B kecuali beras, kacau sehingga sebati. ( Anda boleh tumis di dalam kuali atau rice cooker)
  2. Kemudian masukkan beras dan air dengan sukatan yang betul.
  3. Kacau nasi tomato setiap 10 minit supaya kandungannya sebati.
  4. Hidangkan nasi tomato dengan menabur  bahan hiasan supaya nasi berbau wangi dan kelihatan menarik.

 

 

Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Lemon

 

 

Bahan Untuk Membuat Ayam Masak Merah;

½ ekor ayam dipotong kecil

1 biji bawang besar (dihiris nipis)

8 sudu besar cili giling

8 sudu besar sos tomato

2 inci halia (dipotong nipis)

2 batang serai (dititik)

Garam + gula

Carannya:

Tumiskan bawang + halia + serai sehingga naik bau dan masukkan cili giling dan sos tomato, biarkan sehingga mendidih.

Kemudian masukkan ayam dan gaulkan sehingga rata, masukkan juga gula dan garam secukup rasa.

Masak sehingga kering sedikit dan hidangkan dengan taburan bawang goreng.

 

Bahan-bahan Acar

Timun + Lobak merah + Bawang besar ( di mayang )

Cili padi + Cili merah (dipotong kecil)

Cuka + Garam + Gula

Caranya:

  1. Letakkan timun, lobak merah, bawang dan cili ke dalam mangkuk, dan gaulkan.
  2. Masukkan cuka, gula dan garam. Gaul rata dan siap dihidangkan.

 

Nota Kaki: Selamat mencuba resepi nasi tomato di rumah dengan jayanya. Terima kasih kerana setia bersama mengikuti tips dan resepi saji dari Women Online Magazine.Jangan lupa SHARE resepi ini dengan kawan-kawan anda.

<< Dapatkan Resepi Nasi Arab yang cukup enak ini di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Ciri-Ciri Sperma Yang Sihat

Next post

5 Tips Cepat Tidur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

5 Comments

  1. December 13, 2018 at 1:47 am — Reply

    nampak macam susah tapi worth trying..tapi takleh tahann…. rase nak kunyah sekarang jugaaa.. terima kasih atas resepinya

    • May 4, 2019 at 11:22 am — Reply

      Sama sama puan dan selamat mencuba,In Shaa Allah menjadi dan sedap!

  2. April 27, 2019 at 4:45 pm — Reply

    wahh terima kasih seba sudi share resepinya .. =)

    • May 4, 2019 at 11:09 am — Reply

      Sama sama puan,semoga ilmu yang dikongsikan dapat membantu serba sedikit puan!

    • May 4, 2019 at 11:25 am — Reply

      Sama sama puan,moga bermaanfaat 🙂

Leave a Reply to WOM.my Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *