ResepiSajiSelera

Resepi Pulut Kuning Enak Dimakan Begitu Saja

resepi pulut kuning - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Pulut Kuning.Ianya memang enak dimakan bersama rendang ayam, rendang daging, serunding ataupun inti kelapa. Jom dapatkan resepi yang telah disediakan oleh Chef WOM.my

Jika suka, boleh juga dimakan bersama bubur yang berlemak santan ataupun serawa durian. Terdapat pelbagai cara untuk membuat pulut kuning, sama ada mengukusnya dengan cara tradisional ataupun kaedah menggunakan rice cooker.

Semua itu terpulang kepada anda, tapi jika mahu mendapatkan pulut kuning yang cantik berkilat dan sedap, lebih baik mengukus pulut cara tradisional seperti Resepi Pulut Kuning ini.

Berikut Resepi Pulut Kuning:

Bahan-bahan yang diperlukan:

750 g beras pulut

300 ml santan, daripada sebiji kelapa

10 cm kunyit tua, parut dan ambil airnya

2 helai daun salam

2 batang serai (diketuk-ketuk)

1 1/2 sudu teh garam

2 sudu teh air perahan limau nipis

1 helai daun pandan

Dapatkan Juga: Resepi Rendang Ayam

Cara Membuat Pulut Kuning:

1.Cuci beras pulut, rendam selama 1 jam dengan asam keping dan serbuk kunyit, toskan. (keluarkan asam keping)

2.Panaskan air dalam alat pengukus. Kukus beras pulut sehingga masak. Ketepikan.

3.Masak santan bersama air kunyit, daun salam, serai, dan garam, kacau supaya santan tidak pecah.

4.Setelah mendidih, angkat, tapiskan dan buang hampasnya.

5.Masukkan air perahan limau nipis, dan tuang santan ke dalam bekas berisi beras pulut tadi.

6. Masak di atas api yang sederhana, kacau sesekali sehingga santan mengering. Kemudian angkat.

7. Didihkan air dalam alat pengkukus, masukkan beras pulut yang sudah kering tadi ke dalamnya.

8. Kukus sampai masak kira-kira 30 minit, angkat.

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Jom Dapatkan juga resepi rendang dagging di sini…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

9 Khasiat Misai Kucing

Next post

6 Inspirasi Pilih Bunga Pahar

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *