Gaya HidupOh! LelakiRomantika

Ketahui Ciri-Ciri Sperma Yang Sihat

women online magazine

Sperma Yang Sihat.Sperma yang sihat sangat penting untuk mendapatkan baka keturunan keluarga dalam mendirikan alam rumahtangga.

Seorang lelaki yang mempunyai volume sperma yang cukup banyak ternyata tidak menjamin ia mampu membuahkan sel telur wanita jika kualiti sperma yang sihat tidak dimiliki oleh lelaki tersebut, sekalipun hubungan intim dilakukan pada waktu subur.Untuk mendapatkan sperma yang sihat anda perlu mengetahui punca-punca yang menyebabkan sperma lemah. Tujuannya anda boleh mengatasi situasi ini pada masa akan datang.

 

Baca Juga: Waktu Subur Wanita Untuk Mengandung

 

Ciri-Ciri Sperma Yang Sihat

  • Kuantiti

Sperma yang sihat biasanya akan menghasilkan lebih daripada 15 juta/milliliter.Setiap daripada seorang lelaki berejakulasi paling kurang dalam 4 juta sperma yang ada di dalam air mani yang keluar. Jadi, semakin banyak jumlah sperma yang dihasilkan, bermakna semakin besar pula peluang untuk seorang wanita itu mengandung.

 

  • Kualiti

Kualiti sperma yang sihat pada seorang lelaki adalah yang mempunyai kepala berbentuk oval dan berekor panjang. Semakin banyak sperma yang berbentuk normal seperti ini, semakin besar kemungkinan anda untuk dikategorikan sebagai seorang lelaki yang subur.

 

  • Gerakan

Untuk mencapai dan menembusi sel telur, sperma seharusnya mampu berenang dan bergerak dengan cepat melalui leher rahim wanita dan saluran tuba.Bagi lelaki yang subur, terdapat 40 peratus atau lebih sperma yang akan bergerak masuk ke rahim untuk membuahkan sel telur. Kepantasan sel sperma ketika berenang sangat penting, kerana perjalanan sperma mencapai sel telur mengambil masa yang agak panjang.

 

Baca Juga: Ketahui 15 Titik Ghairah Lelaki Untuk Mendapatkan Seks Hebat

 

10 Punca Sperma Lemah

Pada zaman teknologi ini maka secara tidak sedar, lelaki banyak terdedah kepada punca penyebab sperma lemah. Kaum wanita perlu mengambil perhatian berkaitan perkara ini supaya anda boleh menasihati suami anda atau rakan tentang permasalahan ini.

 

Antara penyebab sperma lemah adalah kerana: 

1.       Berkeadaan Panas

Kebiasaanya testis lelaki akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam tubuh. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.

 

2.       Kerap Berendam Air Panas

Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. Jangka masa 30 minit berada di dalam jakuzi atau tab mandi air panas sudah cukup menurunkan produktiviti sperma anda. Jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama.

 

Baca Juga: Kelebihan Mandi Air Panas

 

3.       Suhu Badan Yang Meningkat Tinggi

Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. Berdasarkan kajian, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa akibat suhu badan yang tinggi.

 

4.       Radiasi Komputer Riba

Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan laptop akan meningkatkan suhu  sehingga mampu mencapai  35°c. Ia akan memudaratkan sperma jadi pastikan laptop anda tidak diletakkan di atas paha terlalu lama.

 

5.       Memakai Seluar Yang Tidak Sesuai

Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut. Maka akan menganggu sistem pembiakan dalam menjalankan fungsinya.

Baca Juga: Risiko Jika Pakai Seluar Ketat

6.       Pembesaran Pembuluh Darah

Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. Keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah.

 

7.      Radiasi Telefon Bimbit

Radiasi daripada telefon bimbit yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin lelaki.

 

8.       Kegemukan

Kegemukan di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, fungsi seksual dan ketidaksuburan sistem reproduksi.

 

9.       Perokok Tegar

Elakkan diri daripada mengambil bahan seperti tembakau kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Sebaiknya juga elakkan mengambil alkohol.

 

Baca Juga: 6 Jenis Makanan Boleh Buat Anda Berhenti Merokok

 

10.   Masalah Lain

Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, kesan atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

 

<<  Jika anda berminat untuk mengetahui Penyakit yang lelaki, klik sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Cara Betul Buat Duit Online

Next post

Resepi Nasi Tomato Bersama Ayam Masak Merah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *