ResepiSajiSelera

Resepi Nasi Hujan Panas Istimewa

resepi nasi hujan panas - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan.

Resepi Nasi Hujan Panas. Ingin tahu mengapa nasi hujan panas berwarna-warni?

Nasi hujan panas ini lebih kurang serupa dengan nasi minyak, mungkin nasi hujan panas ini diberi nama berikutan merujuk kepada pelangi yang membentuk selepas hujan turun pada hari yang cerah.

Nasi hujan panas ini berwarna-warni macam pelangi cukup lazat dihidangkan bersama ayam kurma dan jelatah. Nasi hujan panas juga telah dijadikan hidangan di majlis keramaian, majils kesyukuran, majlis kenduri dan sebagainya.

Di sini, Chef WOM.my mahu berkongsikan resepi nasi hujan panas bersama ayam kurma yang lazat berkrim dan jelatah. Jom kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan Nasi Hujan Panas

  • 4 cawan Beras Basmathi
  • 5 cawan air
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan-bahan tumis Nasi Hujan Panas

  • ½ inci halia
  • 2 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • ½ biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang + bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Bahan hiasan Nasi Hujan Panas

  • Bawang goreng
  • Kismis
  • Gajus

Cara-cara memasak Nasi Hujan Panas

  1. Cuci beras basmathi dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan-bahan untuk nasi hujan panas sehingga naik bau wangi. (boleh menumis terus dalam rice cooker).
  3. Masukkan beras dan gaulkan bersama bahan-bahan menumis hingga sebati
  4. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan supaya nasi hujan panas menjadi wangi
  5. Setelah nasi kering letakkan 1-2 titik perwarna di tempat yang berasingan. Bila nasi sudah masak, gembur-gemburkan nasi itu.
  6. Hiaslah dengan bahan hiasan tadi mengikut kesukaan anda.

 

Dapatkan Juga: Resepi Nasi Arab

Bahan-bahan untuk Masak Ayam Kurma

  • Ayam yang dipotong kecil
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
  • 1 inci halia + ½ biji bawang besar (di hiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih + ½ biji bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bunga lawang + 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu besar serbuk kurma ayam + daging (dibancuh dengan air)
  • ½ cawan santan
  • Serbuk perasa + garam
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak Ayam Masak Kurma

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau bersama bunga lawang + kulit kayu manis dan halia.
  2. Masukkan bancuhan serbuk kurma ayam + daging dan kacau sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan air secukupnya untuk empukkan ayam. Tutup kuali seketika.
  4. Kemudian masukkan santan, bawang dan ubi kentang di dalam kuali.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa, gaulkan sebati hingga didih dan hidangkan.

 

Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan untuk Jelatah

  • 1 batang timun + lobak merah (dipotong memanjang)
  • 1 biji nenas masak (dipotong dadu)
  • 2 batang cili merah dibuang bijinya (dipotong memanjang)
  • 2 sudu cuka atau perahan limau
  • 3 sudu gula pasir + sedikit garam

Cara-cara untuk membuatnya

Satukan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan kacau rata semuanya hingga sebati.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang gemar memasak.

<< Pasti anda nak tahu resepi nasi tomato ini serta bahan-bahannya. Anda boleh mencubanya di rumah sekarang..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jom Raikan Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2015

Next post

Wajib Baca! 5 Cara Nak Tinggikan Badan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *