Petua PemakananSihat

5 Tips Cepat Tidur

Tips Cepat Tidur - woman online magazine

Kredit : fbifm

Tips Cepat Tidur. Anda yang sukar melelapkan mata di malam hari, wajib baca artikel ini. Ia sangat membantu anda, sila semak!

Bukan semua orang dapat tidur dengan mudah. Pantang disorongkan bantal, tak sampai lima minat dah terlelap.Untunglah!Bagi anda yang sukar melelapkan mata, memang perit. Adakalanya sampai dua tiga jam berbaring di katil, namun rasa mengantuk tetap tidak kunjung tiba.

Untuk mengatasi masalah tersebut, apakata anda cuba makan 5 jenis makanan yang dikatakan dapat membantu anda tidur dengan lebih cepat ini. Antara makanannya ialah…

 

  1. Pisang

Buah pisang dikatakan mengandungi zat tepung yang kaya magnesium serta kalium yang membuatkan otot menjadi lebih relaks sehingga menjadi lebih mudah untuk anda tertidur.

 

  1. Mozzarella Cheese

Mozzarella cheese mengandungi triptofan iaitu asid amino yang mendorong tubuh menghasilkan hormon serotonin yang boleh membuatkan tubuh berasa lebih santai dan tidur anda pun jadi menjadi lebih nyenyak.

 

  1. Almond

Kacang yang sedap ini juga boleh anda jadikan kudapan agar tidur lebih cepat dan nyenyak. Kandungan magnesium di dalamnya membuat otot-otot mengendur sehingga Anda merasa lebih tenang, tidur pun lebih cepat.

 

  1. Salmon

Sewaktu anda berasa penat, cubalah makan ikan salmon yang telah diolah menjadi makanan kegemaran anda. Memadai dengan memakan 50 gram ikan salmon, ia sudah boleh membuatkan anda menjadi lebih bersemangat dan tidur anda pun menjadi lebih lena. Ini disebabkan kerana kandungan asid Omega-3 yang terkandung di dalamnya cukup bermanfaat.

 

  1. Oatmeal

Oatemal merupakan sumber karbohidrat yang membantu anda berasa cepat mengantuk dan tidur dalam keadaan yang tenang.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui lebih lanjut tentang khasiat teh hijau buat kesihatan wanita di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Nasi Tomato Bersama Ayam Masak Merah

Next post

Teknik Cantik Make Up Untuk Kulit Gelap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *