SajiTips

7 Cara Menghalau Semut Tanpa Stres

cara menghalau semut di rumah - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja

Jangan stres makanan atau minuman anda di masuki semut, kerana di sini ada jalan penyelesaiannya.

Semut sering mengerumi sesuatu makanan yang manis dan membuatkan kita sukar untuk menghapuskannya lalu membuang segala makanan yang tercemar akibat perbuatan semut ini. Terdapat pelbagai semut di Malaysia ada yang putih, hitam, merah dan perang.

Antaranya, semut yang bernama Coptotermes Formosanus Shiraki atau Semut Kongkiak adalah sejenis semut perang yang merupakan hama tanaman. Semut ini lebih besar daripada kerengga, bentuk semut ini besar, berbisa dan boleh dijumpai di tanah perkuburan, bukit berwarna kemerahan.

Semut Marabunta atau biasa dikenal dengan Semut Tentera (semut legion) merupakan jenis semut pemangsa agresif dalam mencari makan. Semut Marabunta menyerang secara berkelompok dengan jumlah yang sangat besar.

Jom kita ketahui cara untuk menghalau semut dari rumah anda;

1. Gunakan minyak masak, sapukan di sekeliling badan pemanas air tu ataupun balang tempat simpan gula

2. Selain itu, boleh masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) ke dalam bekas gula. Bau asam keping tidak akan menghilangkan atau menukar rasa manis gula, jangan risau.

3. Anda boleh juga meletakkan bunga cengkih pada laluan semut. Anda juga boleh meletakkan bunga cengkih di dalam kabinet supaya semut tidak membuat sarang.

4. Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

5. Boleh juga masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6.  Kulit telur juga boleh digunakan, bakar kulit telur hingga menjadi abu, tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

7. Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumunan. Kalau duduk kampung, senang sikit nak dapatkan daun sirih.

Kebiasannya untuk keperluan pengetahuan asas, kita juga perlu tahu informasi seperti di bawah ini contohnya:

Kesimpulannya, semua bahan yang anda perlukan pasti ada di dapur rumah, jadi tidak perlu binggung-binggung dengan masalah semut ini. Selamat mencuba.

<< Jom ketahui cara berkesan menghalau lipas dari dapur anda di sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Petua Menghalau Lipas Di Rumah

Next post

Teknik Mudah Solekan Kulit Berminyak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

5 Comments

  1. April 29, 2014 at 11:55 am — Reply

    masalah semut didapur memang biasa sangat. terima kasih perkongsiannya, nampak mudah nak buat tip-tip ni.

    • April 29, 2014 at 1:34 pm — Reply

      terima kasih di atas kesudian untuk komen.. insyallah post ini bakal memberi manfaat kepada semua pembaca..

  2. May 8, 2014 at 10:45 am — Reply

    Terima kasih di atas perkongsian yang menarik .. lepas ini kuranglah masalah semut yang berkeliaran di rumah saya.. guna racun penyembur pun tidak elok untuk badan..

  3. Nor Liza
    June 12, 2014 at 5:23 pm — Reply

    Semut memang ada di mana-mana. Petua yang WOM berikan memang telah diamalkan oleh nenek moyang kita. Baik kita guna barang yang memang ada di sekitar kita.

  4. February 8, 2015 at 4:02 pm — Reply

    Tue la masalah semut nie sangat memeningkan kepala…
    Baru j bersihkan tempat, dua tiga hari lepas tue dia buat sarang pulak… mintak2 petua nie berhasil la…

    Terima kasih di atas perkongsian… 😉

Leave a Reply to Denaihati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *