Ada Apa?X-Tra

Apakah Warna Pernafasan Anda? Ketahui Di Sini…

Teknik Pernafasan - Woman Online Magazine

Kredit : bigtime7

Hari ini saya akan berkongsi tentang sesuatu yang sangat “unconventional” dan belum pernah dikongsikan sebelum ini. Bagi mereka yang sudah biasa membaca artikel saya, anda pasti sudah biasa dengan saranan saya agar anda mengenakan pakaian yang sama warna dengan warna personaliti bagi meningkatkan rasa keyakinan diri ataupun mengenakan pakaian atau aksesori mengikut warna hari berdasarkan apakah matlamat yang ingin dikecapi.

Mengikut pengalaman saya, ramai yang akan bertanya apakah yang boleh dilakukan selain memakai sesuatu warna; kerana terdapat sesetengah warna yang mungkin tidak digemari ataupun tidak sesuai dipakai oleh sesetengah individu.

Jadi hari ini ingin saya kongsikan alternatif yang boleh anda pertimbangkan berkaitan aplikasi warna dalam kehidupan seharian.Selain dari memakai, anda boleh memilih untuk membuat “colour breathing”. Yes, it is what you think it is! So, kalau anda ingin tahu apa yang perlu dilakukan bagi mempraktikkan “Colour Breathing” ini, sila rujuk langkah-langkah di bawah:

  • Posisi selesa – Pilih posisi yang selesa sebelum anda memulakan latihan pernafasan ini. Ianya boleh dilalukan sama ada secara duduk, berdiri mahupun dalam keadaan terbaring. Yang penting adalah anda selesa dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada latihan ini.
  • Pernafasan “Yoga” – Sekiranya anda pernah menghadiri sebarang sesi yoga anda akan tahu bahawa setiap pergerakan yoga perlu diiringi dengan pernafasan yang betul. Oleh sebab itu mereka yang baru bermula akan diajar untuk bernafas dengan betul terlebih dahulu sebelum melakukan pergerakan yoga. Perkara yang sama perlu dititik beratkan di sini.

Pernafasan perlu dilakukan dengan betul dan teratur bagi memberikan pengalaman yang positif. Teknik pernafasan yang betul bagi tujuan latihan ini adalah seperti:

  1. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan pastikan perut anda dikembungkan.
  2. Lepaskan nafas anda perlahan-lahan dan pastikan perut anda dikempiskan.
  • Ulangi langkah-langkah (i) dan (ii) di atas sebanyak 10 kali.

3) Visualisasi Warna – Teruskan teknik pernafasan seperti di atas tetapi kali ini apabila anda menarik nafas, bayangkan warna yang anda kehendaki memasukki badan anda bermula dari atas kepala hingga ke hujung kaki. Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali secara perlahan-lahan.

Kelebihan “Colour Breathing”

Mungkin anda tertanya-tanya apakah kelebihan melakukan colour breathing ini? Selain dari apa yang telah saya sebutkan tadi iaitu ianya boleh diaplikasi tatkala anda memilih untuk tidak mengenakan sesuatu warna untuk pakaian, teknik colour breathing ini boleh memberikan hasil dan impak yang sama seolah-olah anda memakai warna tersebut.Selain itu, baiknya teknik ini adalah anda boleh mempraktikkannya di mana jua anda berada kerana ia hanya memerlukan anda untuk membayangkan warna yang anda mahu tanpa memerlukan sebarang peralatan.Saya suka sarankan pada anda yang membaca artikel ini agar tidak hanya menerima bulat-bulat apa yang saya sampaikan di sini tetapi cuba membuat eksperimen sendiri untuk alami proses tersebut dan lihat apakah impak yang anda dapat selepas melakukan teknik “colour breathing” ini. Selamat mencuba!

Artikel ini ditulis oleh Puan Shuhada Alauddin, Pengasas MYRYL
<< Baca juga artikel kenapa mesti mencari kerja baru di tahun baru di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Antara Manfaat Ikan Tuna Adalah Mampu Cegah Kegemukan

Next post

Rasanya Memang Pahit, Namun Khasiat Peria Memang Terbaik!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *