CantikSolekan

Teknik Mudah Solekan Kulit Berminyak

cara solekan ringkas buat kulit berminyak - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Adakah kulit wajah anda sering berminyak ? Jom ketahui cara solekan ringkas buat kulit berminyak di sini.

Bagi yang mempunyai kulit berminyak, mereka mudah berjerawat terutama jika terdedah kepada persekitaran yang kotor. Disebabkan masalah jerawat, mesti anda susah untuk melengkapkan gaya dengan sebarang solekan yang mampu membuatkan anda Nampak lebih terserlah.

Dalam masalah berjerawat, pemilihan kosmetik haruslah dititi beratkan.  Pastikan ia selamat, sesuai digunakan dengan kulit anda serta  mempunyai kesan sampingan. Pemilihan warna yang sesuai buat anda yang mempunyai kulit jenis  berminyak ialah ungu dan merah jambu.

Ini kerana warna-warna ini akan membangkitkan pesona diri anda. Bagi solekan yang ringkas, tumpukan di bahagian mata bagi menyerlahkan lagi kecantikan anda. Jom, pelajari teknik solekan ini agar ketrampilan anda jadi lebih memikat!

1) Bersihkan Wajah Anda

  • Sebelum wajah dirias, amat penting untuk wajah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, sapukan seluruh wajah dengan sedikit pelembap bagi mendapatkan kesan sapuan bedak yang lebih baik.

2) Bahagian Mata Anda

  • Untuk menyerlahkan bahagian mata, anda harus gunakan teknik solekan smokey eyes. Gabungkan pembayang mata ungu gelap dan sedikit biru gelap agar mata anda lebih galak campurkan juga sedikit warna hitam. Selepas itu, gunakan eyeliner bagi mendapatkan bentuk mata yang lebih menarik.

3) Bahagian Kening Anda

  • Kemudian, lukis kening dengan pensel rona coklat gelap untuk mendapatkan bentuk kening yang kemas dan menawan. Gunakan loose powder untuk lakukan shading di bahagian tulang rahang pipi agar wajah lebih bujur. Selepas itu, layangkan perona pipi rona plum.

4) Bahagian Bibir Anda

  • Oles bibir dengan kombinasi warna plum. Akhiri dengan sapuan pengilat bibir tanpa warna untuk mendapatkan bibir menawan.Gayakan dress rona merah jambu dengan cardigan hitam, hasilnya anda tampil segar dan menawan.

Kredit foto kepada groupon

<< Jom ketahui cara solekan asas membuatkan wajah anda super cantik di sini.

Previous post

7 Cara Menghalau Semut Tanpa Stres

Next post

Teknik Diet Sihat Sepanjang Ramadan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *