ProblemSihat

11 Tips Cegah Kaki Bengkak Ketika Hamil

kaki bengkak ketika hamil - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Kaki Bengkak Ketika Hamil. Proses kehamilan adalah suatu perasaan yang tak dapat digambarkan. Banyak perkara yang perlu diambil kira terutamanya faktor kesihatan termasuklah soal kaki bengkak ketika hamil.

Bakal ibu akan kerap mengalami kaki bengkak ketika hamil. Bengkak ini dikenali sebagai edema. Ia hanya terjadi ketika hamil kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa. Apabila bayi anda semakin membesar, uterus atau rahim akan memberi tekanan pada saluran darah di pelvis.

Ini akan menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan di bahagian bawah. Salur darah ini terletak di bahagian kanan badan. Tekanan yang diterima akan  menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

 

Baca Juga: Punca Janin Meninggal Dalam Kandungan

 

Tekanan daripada darah yang terkumpul seterusnya akan memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil yang dipanggil kapilari untuk masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Kebiasanya, air ini akan diserap oleh badan.Anda mungkin mendapati kaki bengkak ketika hamil adalah lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan akan sedikit surut pada waktu pagi.

Pada penghujung kehamilan pula, tangan anda  berkemungkinan menjadi bengkak.Edema atau kaki bengkak ketika hamil adalah perkara biasa, terutama ketika trimester ketiga. Di antara 50 hingga 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas di negara kita juga boleh memburukkan lagi keadaan.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada bahagian muka, tangan atau tapak kaki, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan  doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia di mana ia adalah suatu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.

 

Baca Juga: Cara Berpantang Yang Bagus

 

Anda juga dinasihatkan untuk tidak mengambil ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air dan sodium sebagai cara untuk membuang cecair dari dalam badan kerana ia tidak sesuai diambil semasa hamil. Ubat ini berbentuk diuretik.

Untuk mengawal kaki bengkak ketika hamil, anda bolehlah mencuba kaedah ini.

  1. Tinggikan kedudukan kaki kerana ia akan membantu melancarkan peredaran darah. Jika anda berada di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda supaya anda boleh meletakkan kaki di atasnya. Ketika di rumah pula, cubalah berbaring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada bahagian bawah.
  2. Elakkan dari duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Jangan cuba menyilangkan kaki semasa duduk.
  3. Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berkumpul di kawasan buku lali atau tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  4. Rajinkan bersenam terutamanya berjalan, berenang atau dengan menggunakan basikal senaman. Elakkan daripada membuat senaman berat.
  5. Jika anda berjalan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  6. Anda boleh mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
  7. Anda juga boleh berenang dan berjalan di dalam air kerana daya apungan dari air akan mengangkat bayi dan membolehkan ia mengatur peredaran darah secara normal. Atau berendam di dalam tab mandi dengan menggunakan air suam.
  8. Elakkan dari menggunakan sepatu yang mengikat kaki anda atau ukurannya yang lebih kecil dari saiz kaki anda kerana ia boleh menyekat peredaran darah anda.
  9. Seimbangkan pengambilan menu makan anda terutama makanan yang mengandungi garam.
  10. Rendam kaki dalam air sejuk.
  11. Minum air secukupnya kerana ini boleh membantu untuk mengurangkan pengumpulan air di bawah di kawasan kaki.

Selamat mencuba kepada para ibu sekalian.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Biarpun anda sedang hamil, namun anda dan suami boleh menikmati seks yang hebat. Baca di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Kebaikan Telur Separuh Masak

Next post

Resepi Puding Trifle

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *