ProblemSihat

Kenali Tanda-Tanda Awal Anda Diserang Kanser Usus

kanser usus - women online magazine

Kanser usus merupakan pembunuh nombor tiga di kalangan wanita,selepas kanser payudara dan serviks.

Manakala di kalangan lelaki,kanser usus ini merupakan kanser yang kerap berlaku. inilah kanser paling kerap berlaku.Kanser usus kanser yang bermula dalam usus kerana makanan bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum yang terdapat di dalam usus.Rektum ialah bahagian terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.

Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang berfungsi mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.

Tanda-Tanda Kanser Usus

  • Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.
  • Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.
  • Najis bercampur dengan darah.
  • Najis berwarna kehitaman
  • Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper daripada biasa.
  • Perut rasa memulas.
  • Terasa asyik hendak buang air besar walaupun sebenarnya tidak perlu.
  • Perut rasa tidak selesa seperti senak,sakit atau kembung.
  • Muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Berat badan turun tanpa sebab.
  • Kerap penat dan letih lesu.

Faktor Kanser Usus

1. Umur

Warga emas mempunyai risiko yang tinggi kerana 90% kes kanser usus di negara kita membabitkan golongan berumur 50 tahun ke atas.

2. Kehadiran Polip Dalam Usus

Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser.

3. Keturunan

Sekiranya terdapat ahli keluargaa anda yang mempunyai sejarah menghidap kanser usus,maka anda juga berisiko untuk mendapat penyakit ini.

4. Menghidap Kanser

Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko untuk mendapat kanser usus.

5. Pemakanan

Pemakanan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada terjadinya kanser usus. makanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat meningkatkan lagi risiko diserang kanser usus.

6. Merokok

Asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Oleh itu,golongan perokok mempunyai 30-40% risiko untuk menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.

7. Minum Alkohol

Terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.

8. Berat Badan Obesiti

Individu obesiti serta tidak mengamalkan gaya hidup aktif mempunyai peluang tinggi untuk menghidapi kanser usus.

 

Rawatan Kanser Usus

  • Pembedahan

Rawatan yang kerap dilakukan adalah melalui pembedahan. Sebahagian dari kolon dan rektum yang sihat dan nodus limfa akan dibuang. Sebahagian kecil pesakit perlu melakukan kolostomi iaitu sebahagian usus dibawa keluar untuk pengeluaran najis samada sementara atau pun kekal. Kesan sampingan pembedahan ini adalah rasa sakit apabila disentuh pada kawasan pembedahan,sembelit atau cirit birit. Keadaan ini hanya akan berlaku buat sementara waktu sahaja.

  • Rawatan Laser

Rawatan laser yang tinggi boleh digunakan untuk membunuh sel kanser. Cara yang mudah adalah mungkin ia digunakan sebelum pembedahan untuk mengecutkan ketumbuhan supaya senang dibuang atau selepas pembedahan untuk memusnahkan sel yang tertinggal. Kesan sampingan rawatan laser ini adalah anda akan letih dan lesu,kerosakan pada kulit tempat rawatan diberikan,hilang selera makan, loya dan cirit birit. Kadangkala ia juga akan menyebabkan perdarahan di dalam najis atau penyumbatan usus.

  • Penggunaan Ubat

Penggunaan ubat juga diperlukan untuk membunuh sel kanser selepas pembedahan. Ubat itu berfungsi sebagai membuang buang sel yang tertinggal Kesan sampingannya adalah loya, muntah, cirit birit atau terjadi rekahan di mulut.

Kredit foto: urgentcarefl

<< Ketahui lebih banyak lagi tentang khasiat Minyak Kelapa Dara di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Antara Kebaikan Soya, Mampu Mengurangkan Garis-Garis Kedutan

Next post

Pelbagai Kehebatan Khasiat Buah Mahkota Dewa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *