SajiSelera

Dapatkan 3 Resepi Bubur Nasi Bayi, Lazat Dan Penuh Khasiat

Bubur Nasi Bayi - women online magazine

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Bubur Nasi Bayi. Memberikan makan berzat yang sesuai dengan usia bayi adalah perkara penting dan perlu anda berikan perhatian.

Seawal usia enam bulan, sistem penghadaman bayi telah bersedia untuk menerima makanan tambahan selain susu ibu. Pada usia enam hingga lapan bulan, sistem penghadaman bayi baru matang.

Tekstur makanan paling sesuai ialah cair, puri, kisar atau lenyek. Beri makanan pepejal dua hingga tiga kali sehari disertai dengan susu ibu lima hingga enam kali sehari.

Baca Juga: Elak 7 Jenis Makanan Untuk Bayi

Panduan Makanan Pejal Pertama Bayi

Sebelum pergi lebih jauh kepada beberapa asas penyediaan menu makanan, jom semak beberapa pesanan tentang makanan pertama bayi ini.

1. Berikan makanan pejal hanya selepas bayi anda berusia enam bulan

2. Berikan makanan pejal dua hingga tiga kali sehari.

3. Biarkan bayi anda menentukan kuantiti yang dapat diterima pada satu-satu masa. Mulakan dengan makanan pejal yang dikisar menjadi puri bersama susu ibu. Contohnya buah-buahan dan sayuran yang sesuai termasuk epal, pisang, labu, lobak merah, kentang, bayam dan brokoli.

4.  Pastikan tiada gula atau garam ditambah pada makanan.

Baca Juga: Makanan Untuk Bayi 7 Bulan

5. Berikan satu-satu resepi selama empat hingga tujuh hari sebelum bertukar resepi lain bagi memastikan bayi anda betul-betul serasi dan tiada alergi terhadap makanan tersebut.

Berita Baik!!

Para ibu yang baru hendak memperkenalkan makanan kepada  bayi anda, sudah pasti tercari-cari resepi yang sesuai dan berkhasiat dan Chef WOM.my sedia berkongsi resepi Bubur Nasi yang cukup enak ini

Bubur Nasi Bayi - women online magazine (3)

BUBUR NASI KENTANG BERSAMA LOBAK DAN KURMA 

Bahan-bahan:

1 cawan kecil beras

1 lobak

1 kentang

2-3 kurma

Cara-cara memasak

1.Basuh dan masakkan beras tersebut sehingga lembut.

2.Masukkan lobak dan kentang, dan apabila bahan-bahan tersebut sudah lembut,masukkan kurma.

3.Kacau hingga semua bahan lembut dan bolehlah tutup api dan disuapkan kepada si manja anda.

Bubur Nasi Bayi - women online magazine (2)

BUBUR AYAM BERKEJU 

Bahan-bahan:

Ayam dua atau tiga ketul

Beras segenggam

Sekeping cheese (boleh menggunakan cheesedale)

Air secukupnya

Cara-cara masak;

1.Basuh beras sebersih-bersihnya dan masak sehingga menjadi bubur.

2.Kemudian,masukkan ayam dan masak sehingga lembut.

3.Apabila bubur tadi sudah masak dan semakin likat,masukkan cheese dan kacau sehingga sebati.

4.Sedia untuk dihidangkan.

Baca Juga: Menu Makanan Untuk Anak Lebih Bijak

BUBUR NASI PETOLA

Bahan – bahan:

20gm beras

10gm petola (dibuang kulit dan dihiris halus)

1 batang lobak kecil (dihiris halus)

1 biji tomato

5gm isi ayam (dihiris halus)

Air secukupnya

Cara memasak:

1. Beras dicuci bersih dan ditanak sehingga menjadi bubur.

2. Kemudian masukkan petola, lobak kecil, tomato dan isi ayam ke dalam nasi yang telah menjadi bubur tadi. Kacau sehingga sayuran empuk dan sebati.

3. Akhir sekali masukkan semua bahan yang telah di masak  ke dalam pengisar dan kisar sehingga menjadi pekat.

4. Sedia untuk disuapkan kepada bayi.

Info Ekstra:

Cara menyimpan makanan bayi:-

1. Letak dalam bekas kecil-kecil, dan kalau boleh satu bekas untuk sekali makan.

2. Sejuk bekukan.

3. Hanya stimkan sahaja ataupun boleh juga direndam dengan air panas apabila anda mahu menggunakannya.

Anda boleh membawa stok bubur nasi bayi ini ketika keluar. Mudah bukan? Namun begitu, anda disarankan mempelbagaikan jenis makanan untuk bayi meliputi beberapa jenis kumpulan makanan iaitu bijirin, sayur, buah serta protein.

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Anak anda susah nak makan atau suka sangat pilih-pilih makanan? Ketahui menu berkhasiat untuk anak anda di sini…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jalan-Jalan Ke Kuala Gandah, Tengok Gajah!

Next post

Kena Tahu! 7 Jenis Makanan Pencegah Penyakit Yang Sangat Berkesan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *