10 Rahsia Kulit Wajah Menawan Ala Artis
Kredit Foto: Grom Airiss
Wajah Menawan.Nak wajah menawan secantik para selebriti? WOM.my tahu rahsianya.
Sebagai wanita, anda pasti suka pada kulit wajah menawan secantik artis, kan? Malahan, ada yang sangat menitikberatkan kecantikan tubuh badan. Bagi anda yang suka dengan petua-petua semulajadi bolehlah mengamalkan tips wajah menawan ini.
Jerawat dan jeragat memang ditakuti terutamanya kepada golongan wanita,terutamanya golongan yang hendak meningkat remaja. Sebagai langkah anda boleh gunakan kulit buah rambai yang kering kemudian dikisar halus. Campurkan dengan air mawar atau lebih mudah dengan air masak. Sapu ke muka. Amalkan 2 kali seminggu.
Baca Juga: Masalah Jerawat Pasir
2. Segarkan kulit muka
Untuk segarkan kulit muka pula anda boleh mencuba jus epal hijau yang diperah selepas di kisar. Sapu ke muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Insya-Allah kulit wajah anda akan berasa segar selepas itu.
3. Hilangkan tanda hitam pada badan
Jika anda hendak hilangkan tanda hitam pada badan, ambil beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari.
Baca Juga: Bintik Hitam Di Wajah
4. Kulit cerah dan licin
Untuk kulit cerah dan licin pula, anda boleh cuba mengamalkan sebiji limau nipis dibelah dua. Gosok pada muka dan seluruh badan semasa mandi dan amalkan setiap hari.
Baca Juga: Daun Pegaga Hilangkan Parut
5. Menghilangkan parut
Manakala untuk menghilangkan parut pula , lakukan amalan seperti gunakan sedikit asam jawa dicampur dengan air dan diramas. Kemudian, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Kalau anda berminat untuk menegangkan kulit muka pula anda boleh menggunakan tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan atau lumatkan timun. Kemudian, campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan tidak terlalu cair. Sapukan ke muka dan biar sehingga kering. Bilas dengan air.
Jika anda hendak merawat kulit berkedut anda boleh mencuba amalan ini. Parut sebatang lobak merah dan campur bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu disapu ke kulit sekali sehari.
8. Tegangkan Kulit Muka
Untuk tegangkan kulit muka anda boleh campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Tumbuk sehingga lumat. Sapu di muka dan leher. Amalkan dua kali seminggu.
9. Masalah Kulit Berkedut
Jika anda ada masalah kulit berkedut, anda boleh mencuba tips ini iaitu ambil satu sudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah. Amalkan dalam masa 2 minggu.
Baca Juga: Rahsia Awet Muda
10. Hilangkan Parut Demam Campak
Akhir sekali jika anda pernah mengalami demam campak, tapi kesannya masih sukar untuk di hilangkan anda boleh cuba dengan cara hilangkan tanda hitam demam campak menggunakan daun semambu.
Gilingkan hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Amalkan selama 3 hari. Daun semambu juga boleh direbus untuk di minum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka pun boleh jadi cantik seperti selebriti.
<<< Kenali 5 jenis jerawat di sini
No Comment