Petua PemakananSihat

Pelbagai Kehebatan Khasiat Buah Mahkota Dewa

khasiat mahkota dewa - women online magazine

Kedengaran seperti nama produk tetapi tahukah anda Mahkota Dewa sebenarnya merupakan sebiji buah?

Pokok Mahkota Dewa dikenali sebagai salah satu tanaman herba di Indonesia. Nama lain bagi buah Mahkota Dewa ini ialah:

  • Makuto Rojo
  • Makuto Ratu
  • Ubat Dewa
  • Pau (Ubat Pusaka)
  • Crown of God
  • Boh Anggota Dewan
  • Simalakama (bahasa malayu)

Pokok mahkota dewa kebiasaanya ditanam sebagai pokok untuk berteduh. Ini adalah kerana pokok Mahkota Dewa berukuran hanya 3 hingga 4 meter. Buah mahkota dewa berwarna merah terang yang tumbuh dari batang utama hingga ke bahagian ranting.

Apakah Khasiat Mahkota Dewa Kepada Manusia?

Namun begitu, buah Mahkota Dewa tidak boleh dimakan begitu sahaja, ia perlu melaui beberapa proses pengeringan dan sebagainya. Hal ini adalah kerana tumbuhan ini ialah tumbuhan  beracun yang boleh membawa maut.

 

Antara khasiat lain bagi buah Mahkota Dewa ini ialah:

 

Bagaimana pula untuk menyediakan herba menggunakan buah mahkota dewa?

 

Herba Mahkota Dewa untuk mengubati penyakit diabetes mellitus

Bahan-Bahan:

  • 5 atau 6 biji buah Mahkota Dewa yang dihiris
  • 5 gelas air suam

Cara Membuatnya:

  • Rebus bahan-bahan tadi sehingga tinggal hanya 3 gelas air rebusan.
  • Tapiskan air rebusan.
  • Minum segelas air rebusan 3 kali sehari.

 

Herba Mahkota Dewa untuk mengubati gatal-gatal

Bahan-Bahan:

  • Daun Mahkota Dewa yang segar

Cara Membuatnya:

  • Giling daun tadi sehingga halus.
  • Letakkan di bahagian yang gatal.
  • Balut bahagian yang gatal menggunakan bahan-bahan tadi.
  • Gantikan balutan 2 atau 3 kali sehari.

 

Bagaimana Mahu Mengenali Pokok Mahkota Dewa?

  • Daun pokok Mahkota Dewa berbentuk panjang, lurus dan lonjong. Pada hujung daun, ia berbentuk runcing, di tepi daun berstruktur rata dan mempunyai permukaan daun yang licin dan tidak berbulu.
  • Bunga pokok mahkota dewa berwarna putih dan harum. Bunga ini berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.
  • Buah mahkota dewa terdiri daripada kulit, isi, cengkerang dan biji. Buah ini berbentuk bulat dan mempunyai diameter 3 hingga 5 cm. Permukaan buah ini licin, beralur dan berwarna hijau ketika muda dan berwarna merah setelah masak. Isinya berwarna putih, berserat dan berair.
  • Cengkerang buah merupakan kulit dari biji buah mahkota dewa. Ia perlu direbus dahulu sebelum digunakan sebagai ubat.
  • Biji buah Mahkota Dewa merupakan bahagian yang paling beracun. Berbentuk bulat lonjong dan berdiameter 1 cm. Ia berwarna coklat dan berwarna putih di bahagian dalam.

Kredit foto: wikimedia

<< Ketahui khasiat halia di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kenali Tanda-Tanda Awal Anda Diserang Kanser Usus

Next post

Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Menggunakan Pelembab Muka?Baca Di Sini!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. siti kholijah
    December 15, 2015 at 2:01 pm — Reply

    salam,

    saya berminat untuk mendapatkan maklumat pengedar buah atau daun mahkota dewa.

    terima kasih.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *