CantikKulit

Ketahui Punca Sebenar Kulit Muka Anda Berminyak

muka berminyak - women online magazine

Kredit Foto: twitsnaps

Muka Berminyak. Mempunyai kulit muka berminyak boleh membuatkan wajah kurang berseri. Bahkan menyukarkan anda untuk memilih solekan yang tepat.

Mekap bukan sahaja mudah luntur, tetapi muka kelihatan seperti berkilat, lebih-lebih lagi apabila terkena cahaya matahari. Tentulah nampak tak cantik! Cara yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan mencuci muka secara teratur, diikuti dengan penggunaan toner khusus untuk muka berminyak. Hal ini adalah penting kerana jika anda tersalah memilih toner, ia akan menyebabkan kuantiti minyak di muka anda semakin bertambah.

Namun, apakah punca yang membuatkan kulit muka berminyak?

1. Makanan yang berlemak
Sebagaimana yang diketahui ramai, makanan yang mengandungi lemak tidak baik untuk kesihatan. Jadi, kurangkan makanan berlemak kerana makanan menghasilkan minyak yang banyak. Selain menyebabkan muka berminyak, ia juga akan menyebabkan terhasilnya jerawat di kawasan muka.

 

2. Hormon tidak seimbang

Minyak berlebih pada muka merupakan salah satu tanda akil baligh. Bagi orang dewasa pula, muka berminyak akan terjadi disaat anda haid. Oleh itu, anda perlu mengawal setiap aktiviti anda dan makan makanan yang tidak berminyak.

 

3. Salah memilih kosmetik

Pemakaian kosmetik akan menghasilkan minyak pada muka. Hal ini adalah kerana kosmetik mempunyai bahan kimia dan boleh menimbulkan efek sampingan bagi kulit yang jenis sensitif. Jadi, pilihlah kosmetik yang diperbuat daripada bahan-bahan mineral.

 

4. Keturunan

Kadangkala faktor keturunan juga boleh menyebabkan anda turut mengalami masalah muka berminyak. Hal ini tetap bleh diatasi dengan menggunakan kosmetik yang sepatutnya atau mengamalkan petua-petua orang lama.

 

Petua Mengatasi Kulit Muka Berminyak

1. Limau Nipis

Kulit muka berminyak boleh diatasi dengan menggunakan limau nipis. Potong limau nipis kepada beberapa bahagian, kemudian gosokkan ke kulit muka anda. Tetapi ingat, jangan gosok terlalu kuat sehingga menyebabkan rasa pedih di kawasan muka anda. Tunggu selama 15 minit, kemudian bilas wajah dengan air. Lakukan secara rutin sehari sekali.

 

2. Pisang, Susu, dan Madu

Buah berkulit kuning ini sangat efektif untuk mengatasi masalah muka berminyak. Lumatkan pisang kemudian campurkan dengan susu dan madu. Gaul sehingga sebati dan jadikan ia sebagai masker. Bersihkan dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.

 

Baca Juga: Manfaat Kulit Pisang

 

3. Daun Seleri

Potong kecil daun seleri dan masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Sejukkan terlebih dahulu, kemudian cuci muka dengan menggunakan air tersebut. Biarkan ia kering dengan sendirinya dan bilaslah seperti biasa. Lakukan sekali sehari.

 

4. Timun

Selain untuk menyegarkan mata, timun juga sangat baik untuk merawat kulit muka berminyak. Kisar timun tadi dan jadikan ia seperti masker selama setengah jam. Kemudian bilaslah seperti biasa. Lakukan 2 kali seminggu.

 

5. Air Garam

Campurkan air suam bersama sedikit garam. Cuci muka menggunakan air tersebut. Minyak di muka tidak akan muncul lagi. Lakukan setiap hari agar anda mendapatkan hasilnya.

 

6. Minum Air Putih

Minum 2 liter air putih sehari akan menjaga taha metabolisme tubuh anda. Ini dapat membantu mengurankan kadar minyak di dalam tubuh.

 

7.Putih Telur

Gunakan putih telur sebagai masker. Caranya ialah dengan pecahkan telur dan pisahkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur hingga berbuih ringan kemudian sapukan di kawasan muka anda. Selepeas itu, bersihkan menggunakan air suam.

 

8. Gunakan Kertas Penyerap Minyak

Jika anda melihat muka anda berminyak, tetapi anda berada di pejabat atau di pusat membeli belah anda boleh gunakan kertas penyerap minyak. Ia mudah dan cepat. Jangan gosok kerana boleh mengakibatkan iritasi dan solekan anda mungkin comot. Jadi, tekapkan sahaja kertas penyerap minyak di kawasan yang berminyak.

 

Nota Kaki: Semoga petua mengatasi kulit muka berminyak ini bermanfaat untuk anda dan jangan lupa SHARE ya.

<< Ketahui sejuta kebaikan Vitamin B Complex di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Cara Terbaik Buang Minyak Masak Terpakai

Next post

6 Tips Menjadi Menantu Idaman Mertua

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *