Mesti Baca! 4 Punca Berat Badan Anda Naik Mendadak
Kredit foto: pixmule
Punca Berat Badan Naik Mendadak.Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan naik mendadak ini.
Bahkan ada yang sanggup mengikat perut dan berhabis wang ringgit semata-mata tidak mahu mempunyai berat badan yang berlebihan. Padahal semua itu, kurang efek jika tidak disertai dengan cara mencegahnya. Penting bagi anda mengetahui apa sahaja punca berat badan naik mendadak atau yang membuatkan tubuh menjadi gemuk.
Ramai yang tidak sedar ataupun tahu apa punca yang telah membuatkan berat badan mereka naik mendadak kerana meremehkan soal kualiti tidur.Tahukah anda, tidur memberikan pengaruh besar terhadap berat badan anda.
Berikut adalah beberapa kesalahan yang berkaitan dengan waktu tidur yang menjadi punca berat badan naik mendadak!
1. Tidak Cukup Tidur
Biarpun anda telah membiasakan diri anda masuk tidur tepat pada waktunya, namun disebabkan sering terbangun di malam hari, itu bermakna kualiti tidur anda tidak baik. Kualiti tidur yang tidak mencukupi boleh menjadi punca berat badan naik mendadak atau menjadikan anda cepat gemuk. Tidur anda terganggu boleh disebabkan oleh perasaan cemas, takut, stress dan sebagainya.
Apabila mengalami stress, anda mempunyai kecenderungan untuk makan dengan lebih kerap. Makanan yang memiliki kandungan unsur karbohidrat tinggi akan menambah serotonin dalam otak, sehingga menimbulkan kesan yang menenangkan. Sebaiknya carilah aktiviti lain untuk meredakan stress selain daripada makan!
Selain itu, bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, sebaiknya cubalah untuk lebih relaks sebelum anda melelapkan mata.Matikan TV, radio, gajet dan sebagainya.
Baca Juga: Bahaya Kurang Tidur
2. Tidur Bukan Keutamaan
Ramai yang meremehkan waktu tidur dan memilih melakukan aktiviti lain daripada tidur. Padahal kurang tidur boleh menyebabkan seseorang itu menjadi lebih cepat gemuk. Ada yang mengatakan orang yang kurang tidur cenderung mengambil lebih banyak kalori dibandingkan mereka yang cukup tidur. Jika anda telah terbiasa kurang tidur, anda juga akan terbiasa mengambil lebih banyak kalori yang membuatkan anda cepat gemuk.
Baca Juga: Tips Tidur Lena
3. Bangun tengahari!
Jika anda termasuk dalam kategori mereka yang suka bangun lambat, segeralah mengubah tabiat buruk anda itu. Cubalah bangun pagi dan lakukan senaman ringan agar anda tidak berasa mengantuk. Usahakan untuk tidur lebih awal.
4. Tak Boleh Tidur Selagi Tidak Mengunyah!
Salah satu kebiasaan yang tidak baik ialah mengunyah di malam hari. Ramai yang mempunyai hobi untuk mengunyah sebelum tidur. Bahkan, mereka juga tidak boleh tidur selagi tidak mengunyah sesuatu. Membiarkan kebiasaan ini sudah tentu akan membuatkan membuatkan anda cepat gemuk dan kalori yang anda ambil setiap hari menjadi berlebihan.
Info Ekstra!
Untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti anda boleh mempraktik beberapa tips di bawah. Ia mungkin boleh membantu anda dalam melakukan pembaikan kualiti tidur anda.
- Tukar Cadar Setiap Minggu
Memang nampak remeh, tetapi keselesaan pada sentuhan cadar yang dipakai dapat merubah mutu keselesaan tidur anda. Dengan cadar, sarung bantal serta selimut yang bersih dan berbau harum, sudah pasti akan membuatkan anda berasa lebih asyik ketika mahu melelapkan mata.
- Buat Stretching
Stretching tidak semestinya dilakukan sebelum melakukan senaman. Sebelum tidur, sebaiknya anda melakukan stretching ringkas. Ia berguna untuk meregangkan bahagian otot-otot yang penat selepas seharian melakukan aktiviti. Sebaiknya anda berbaring di atas lantai atau karpet kira-kira tiga minat.
Pengaruh graviti yang lebih kuat ketika tubuh anda menyentuh lantai akan membuatkan otot-otot anda kembali regang. Secara tidak langsung, rasa penat itu akan hilang secara perlahan-lahan, dan jatuh diserap oleh graviti bumi.
Baca Juga: Tips Menghilangkan Rasa Mengantuk Di Pagi Hari
- Tidur Dalam Gelap
Otot-otot mata juga perlu beristirahat. Keadaan bilik tidur yang gelap tanpa cahaya akan menjadikan mata menjadi lebih relaks. Selain itu, rasa mengantuk akan menjadi lebih cepat terasa dalam situasi yang gelap. Jika dalam keadaan lampu yang masih menyala sudah pasti anda lebih sukar untuk mengalami rasa mengantuk.
Jika anda fobia dengan suasana gelap, gunakan lampu berkuasa rendah supaya anda berasa lebih tenang.
Baca Juga: Warna Cat Bilik Tidur
- Minum Air Panas Suam
Minuman yang panas suam akan menjadikan badan anda terasa lebih relaks. Tetapi, elakkan minum minuman yang memiliki banyak kandungan kafein. Sebaiknya, minum susu. Ia bukan sahaja menyihatkan tubuh serta menguatkan tulang anda, malah tidur anda pun menajdi lebih lena.
Baca Juga: Kebaikan Minum Air Suam
- Matikan Telefon Bimbit
Jangan biarkan telefon bimbit atau segala gajet menganggu waktu tidur anda. Anda perlu beristirahat setelah seharian beraktiviti. Kualiti tidur yang bagus akan membuatkan anda menjadi lebih segar dan juga produktif pada keesokkan paginya.
- Alunan Muzik
Muzik yang diputar dengan lembut akan meransang mata untuk segera terlelap. Pastikan volumenya seperti orang yang sedang berbisik. Keadaan ini akan membuatkan anda terbuai dengan perasaan sehingga mengundang rasa mengantuk.
Nota Kaki: Pls SHARE artikel menarik ini dengan kawan-kawan anda.
<< Ketahui cara agar tubuh tetap fit dan sihat dengan menyemak beberapa nutrisi penting.
No Comment