Petua PemakananSihat

Khasiat Teh Hijau Cukup Menakjubkan Buat Kesihatan

Khasiat Teh Hijau - woman online magazine

Kredit : medicalnewstoday

Khasiat Teh Hijau.Teh hijau bukan sekadar nikmat ketika dihirup. Malahan mempunyai pelbagai khasiat yang menakjubkan buat kesihatan anda.

Berikut beberapa khasiat teh hijau yang wajar anda ketahui. Antaranya…

 

  1. Menjaga Daya Ingatan

Teh hijau mampu menjaga penurunan fungsi otak. Anda yang minum dua gelas sehari akan terhindar daripada masalah kognitif jika dibandingkan dengan mereka yang jarang meminumnya. Teh hijau mengandungi antioksidan yang tinggi dan mampu melawan radikal bebas yang menyerang otak, penyebab penyakit Parkinson dan penyakit Alzheimer.

 

  1. Menghindari Penuaan Semulajadi

Teh hijau juga boleh membantu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan kerana ia mengandungi antioksidan dan anti-inflamasi.

 

  1. Mencegah Stress

Bukan hanya kopi yang boleh menghilangkan stress, tetapi teh hijau juga boleh menghilangkan kepenatan berfikir dan stress. Anda cuma perlu minum secawan teh hijau panas kerana ia akan membawa fikiran anda kembali relaks.

 

  1. Membakar Lemak

Meskipun tidak boleh melangsingkan badan dengan cepat, namun pengambilan teh hijau boleh membakar lemak dan menigkatkan metabolisme tubuh. Kandungan theanine dalam teh hijau dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan, terutama di bahgaian perut.

 

Info Ekstra!

Jangan Minum Teh Hijau Sekiranya…

  • Anda sedang makan atau baru lepas makan kerana zat yang terkandung dalam makanan dapat dicuri oleh zat stimulant teh.
  • Elakkan minum the dicampur dengan gula kerana ia menyebabkan kandungan zatnya menjadi berkurangan.
  • Jangan minum teh yang sudah semalaman kerana banyak zat yang sudah hilang dan basi sehingga meninggalkan efek yang tidak baik buat tubuh.
  • Hindari minum teh ketika mengandung atau menyusui. Ini adalah kerana kafein dan zat stimulant pada the boleh merangsang kontraksi rahim. Untuk ibu menyusui pula, ia akan menganggu pengeluaran kelenjar penghasilan air susu.

<< Ketahui lima jenis jus yang boleh buat anda kurus di sini.

Previous post

Jadilah Seperti Miss Mangga Mascara!

Next post

Ketahui Jenis-Jenis Vitamin Untuk Kulit Kering

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *