SenamanSihat

Mesti Baca! 5 Aktiviti Yang Boleh Menambah Ketinggian Anda!

Cara Nak Tinggi - women online magazine

Kredit foto: telegraph

Cara Nak Tinggi.Siapa yang nak tinggi, sila angkat tangan!

Bagi anda yang kurang tinggi, sudah pasti mahu tahu cara nak tinggi, kan… Tidak dinafikan berat badan yang ideal dengan ketinggian badan merupakan tunjang penampilan. Bahkan tidak ada seorang pun di antara kita yang mahu tampil dengan tubuh gemuk yang tidak sesuai dengan ketinggian tubuh. Justeru itu, WOM.my berikan beberapa tips buat anda yang ingin tahu cara nak tinggi mengikut kesesuaian bentuk tubuh anda.

 

Aktiviti Atau Senaman Yang Menyokong Mengoptimalkan Badan Yang Ideal

Selain itu, pemilihan senaman yang tepat juga banyak membantu. Ini adalah cara nak tinggi dengan berat badan yang ideal yang perlu anda ambil peduli. Tambahan pula senaman ini agak berbeza dengan senaman untuk mengurangkan berat badan dengan cara membakar lemak.

 

Baca Juga: Cara Buang Lemak Di Perut

 

Senaman untuk menambah ketinggian badan lebih menekankan perangsangan pada tulang punggung.Ada beberapa aktiviti atau senaman yang boleh dilakukan untuk mengoptimalkan tinggi badan. Aktiviti yang dilakukan itu juga adalah untuk meninggikan badan, memperpanjangkan tulang belakang,meningkatkan fleksibiliti dan memperkuatkan otot-otot perut.

Berikut antara aktivitinya:

  • Stretching

Merupakan gerakan dengan cara meregangkan badan, sehingga tulang punggung dapat tertarik dan memanjang. Apabila dilakukan secara teratur akan merangsang menambah kepanjangan tulang punggung.

 

  • Kicking

Merupakan gerakan dengan cara menendang kaki. Fungsi daripada gerakan ini untuk membantu pertumbuhan tulang kaki sehingga memanjang dengan optimal.

 

  • Hanging

Merupakan gerakan bergantung dengan kedua tangan. Gerakan ini sangat membantu untuk rangsang pada tulang punggung.

 

  • Berbasikal

Gerakan berbasikal akan membantu tulang pinggang dan kaki dengan cara memijak pedal basikal dan tidak jinjit. Kedudukan punggung tegap dan tidak membongkok.

 

Gerakan dalam berenang akan meregangkan seluruh tulang di badan.Berenang dalah gerakan paling optimal untuk menambah ketinggian badan.

 

Baca Juga: Manfaat Berenang

 

Apa Yang Mempengaruhi Ketinggian Badan Anda:

1. Keperluan Zat Yang Mencukupi

Pastikan nilai zat yang anda ambil itu memadai serta seimbang. Zat yang baik terdiri daripada lemak, protein dan vitamin. Selain itu, jangan abaikan pengambilan mineral seperti zat besi dan kalsium.

 

Baca Juga: Tanda-Tanda Anda Kekurangan Zat Besi

 

2.  Hormon Tumbesaran

Hormon tumbesaran tubuh sangat mempengaruhi perkembangan tulang.

 

3. Faktor Genetik

Ibu bapa yang memiliki tinggi badan yang ideal biasanya akan menurunkan ketinggian badan yang ideal juga kepada anaknya.

 

4. Lingkungan Keluarga

Tahap sosial ekonomi yang rendah membaawa kepada terjadinya zat yang tidak mencukupi. Kekurangan kasih sayang juga boleh mengurangi nafsu makan.

 

Nota Kaki: Lakukan cara meninggikan badan dengan cara sihat dan tidak membahayakan diri sendiri. Jangan mengambil sebarang suplement atau produk tanpa nasihat doktor kerana ia akan membahayakan kesihatan anda. SHARE artikel yang cukup bermanfaat dengan kawan-kawan anda.

<< Hati-hati dengan fenomena jantung berdebar kerana ada rahsia di sebalik semua itu. Info lanjut, klik link ini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Nasi Ayam Istimewa

Next post

Resepi Nasi Lemak Paling Sedap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *