ResepiSajiSelera

Resepi Nasi Lemak Paling Sedap

resepi nasi lemak - women online magazine

Kredit foto: blakeyboi

Resepi Nasi Lemak. Nasi lemak sangat sedap bila dimakan panas-panas. Cubalah resepi nasi lemak istimewa buat seisi keluarga.

Nasi lemak tetap menjadi makanan tradisional orang Malaysia. Sememangnya sukar untuk melupakan keenakan nasi lemak kerana bau santannya yang wangi dengan sambalnya yang sangat mengancam.Anda ingin menyediakan juadah nasi lemak yang istimewa buat suami tercinta,tetapi kurang pengetahuan mengenai cara membuat nasi lemak.

Kini jangan risau kami akan berikan bahan-bahan untuk menyediakan resepi nasi lemak, berkrim sehingga menjilat jari! Sedapnya! Boleh juga di bawa untuk juadah semasa bercuti di tempat-tempat seperti pantai.

Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan yang di perlukan adalah:

  • 3 cawan beras (atau ikut sukatan anda)
  • Santan pekat (secukupnya)
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • Garam (secukup rasa)

 

Baca Juga: Resepi Sambal Telur Puyuh & Resepi Sambal Terung Pipit 

 

Caranya:

  1. Basuh beras hingga bersih, campurkan santan dan letakkan daun pandan dan sedikit garam sebagai perasa.
  2. Masak seperti biasa.

 

Untuk bahan sambal udang untuk nasi lemak:

  • 300gm udang (gaulkan bersama serbuk kunyit, tepung jagung dan garam)
  • 1 biji bawang besar (di potong nipis)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 biji tomato
  • Cili merah dan daun sup (sebagai hiasan)

Bahan-bahan kisar:

  • ½ biji bawang besar
  •  1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang butih

 

Baca Juga: Resepi Sambal Udang Petai

 

Caranya:

1. Panaskan minyak, gorengkan udang selama 30 saat dan toskan.

2. Tinggalkan sedikit minyak, untuk menumis bahan-bahan kisar hingga naik.

3. Masukkan cili kisar hingga pecah minyak, selepas itu, masukkan pati ikan bilis, sos tiram dan kicap manis. kacau sebati.

4. Masukkan udang, cili merah, tomato dan bawang besar. Letakkan garam sebagai perasa jika pedas boleh masukkan sedikit gula.

5. Akhir sekali masukkan air asam jawa.

6. Hiaskan dengan daun sup dan hidangkan.

 

Baca Juga: Khasiat Daun Sup

 

 

Nota Kaki: Selamat Mencuba dan jangan lupa SHARE Resepi Nasi Lemak ini dengan kawan-kawan anda.

<< Ketahui resepi nasi ayam yang di sukai rakyat Malaysia di sini.

Previous post

Mesti Baca! 5 Aktiviti Yang Boleh Menambah Ketinggian Anda!

Next post

Mesti Tiru! 7 Rahsia Kecantikan Wanita Korea

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *