Kena Tahu! 7 Jenis Makanan Pencegah Penyakit Yang Sangat Berkesan
Kredit Foto: Sekadar Gambar Hiasan
Makanan Pencegah Penyakit. Cara makan yang baik dan sihat mampu mengurangi risiko pelbagai penyakit.
Ini adalah kerana hampir semua makanan mempengaruhi tubuh manusia. Bahkan, kebanyakan penyakit adalah disebabkan pengambilan makanan yang mengandungi kadar lemak berlebihan.
Jadi, sebab itulah kita perlu lebih teliti dalam memilih makanan. Pilihlah makanan yang mengandungi nutrisi tinggi yang baik untuk kesihatan.
Berikut beberapa jenis makanan pencegah penyakit yang sangat efektif.
1. Salmon & Tuna
Ikan salmon dan tuna kaya dengan DHA dan Omega 3 yang dapat mencegah masalah jantung serta tekanan darah rendah. Pengambilan ikan salmon dan tuna sekali dalam seminggu akan menurunkan risiko serangan jantung, menurunkan tekanan darah,mengurangi arthritis, mencegah asma serta mencegah kanser perut dan payudara.
Cubalah campur sedikit potongan daging salmon dan tuna ke dalam campuran salad anda.
2. Lobak Merah
Sayuran yang mengandungi beta karoten ini dapat membantu mengawal kandungan gula pada darah, menghindari diabetis, meningkatkan daya ketahanan tubuh dan melindungi arteri. Lobak merah juga membantu menyerap kolesterol kerana sayuran ini merupakan serat tinggi yang baik untuk menyerap kolesterol.
Pengambilan lobak merah pada setiap hari juga berupaya menurunkan risiko kanser paru-paru serta mencegah penyakit mata seperti katarak.
3. Bawang Putih
Selain bawang merah,bawang putih juga tidak ketinggalan mempunyai seribu satu khasiat untuk mencegah penyakit. Kehadirannya dalam masakan, di samping melazatkan serta mengharumkan masakan, bawang putih ini boleh mencegah kanser perut kerana mengandungi antioksidan.
Selain itu, berupaya mencegah penyakit jantung, tekanan darah tinggi, mencegah penggumpalan darah, memerangi pelbagai infeksi, gangguan perut dan juga kanser.
Baca Juga: Khasiat Bawang Putih
4. Limau
Limau banyak mengandungi vitamin C yang dapat mencegah selsema,lemah badan, kanser paru-paru dan payudara. Limau juga mengandungi ‘potassium’ dan vitamin B yang boleh mencegah stroke, penyakit jantung dan dipercayai mampu menyuburkan lelaki. Untuk memperoleh manfaat optimum daripada buah ini, sebaiknya makan buah segar ini daripada memimum jusnya.
5. Brokoli
Ramai yang tidak tahu bahwa penyajian brokoli mengandung 97% vitamin C, yang baik untuk masalah jantung. Antioksidan memelihara pengaliran darah normal dan mengurangi tekanan darah. Fiber dapat menurunkan kolesterol dan mengatur peningkatan gula darah, baik untuk penderita diabetes. Brokoli juga dipercayai mencegah kanker usus, kanser paru-paru dan kanser payudara kerana ia turut mempengaruhi peningkatan hormon.
Baca Juga: Khasiat Brokoli
6. Epal
Buah ini sangat popular dan universal. Pengambilan sebiji epal pada setiap hari dapat menjauhkan anda daripada jatuh sakit. Epal mengandungi vitamin C dan A yang efektif untuk menurunkan kadar kolesterol dan risiko kanser serya mencegah kelebihan lemak. Pengambilan epal dua biji sehari juga dikatakan dapat mengurangi rasa kebas dan sakit-sakit sendi.
7. Avokado
Anda yang suka makan avokado, teruskannya kerana buah ini kaya dengan vitamin A, B,C dan E. Ia mengandungi ‘potasium’ yang cukup bermanfaat untuk memperbaiki system penghadaman yang kurang baik.
Selain itu,buah avokado juga turut mengandungi ‘monounsaturated fat’ serta mengeluarkan banyak kolagen yang bermanfaat untuk membuat kulit menjadi mulus dan kelihatan awet muda. Buah ini juga turut berguna bagi menambah kesuburan.
Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini.
<< Ingin tahu rahsia elak menjadi gemuk setelah banyak menghadiri rumah terbuka? Semak di sini.
No Comment