SenamanSihat

Jom,Pecahkan Lemak Dengan Berenang!

manfaat berenang - woman online mmagazine

Kredit : momtastic

Aktiviti air ini mempunyai banyak kelebihan yang memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan.Berenang juga merupakan salah satu senaman terbaik untuk membakar kalori, melangsingkan dan menguatkan tubuh.

Manfaat berenang sebagai senaman ini akan membuatkan tubuh terasa segar. Bagi anda yang takut dengan air, cubalah atasi ketakutan anda itu mulai daripada sekarang kerana berenang memiliki manfaat yang luar biasa untuk tubuh. Berenang juga merupakan senaman yang menyenangkan, lakukan secara rutin maka anda akan mendapatkan efek dan manfaat berenang untuk tubuh anda.

Berikut di antara manfaat berenang:

  1. Membentuk Otot

Ketika berenang, anda menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot pada tubuh.Bermula dari kepala, leher, anggota badan bahagian atas,dada, perut, punggung, pinggang, anggota badan bahagian bawah dan telapak kaki. Ketika bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan energi yang lebih besar kerana perlu melawan massa air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot-otot tubuh.

  1. Melatih Sistem Pernafasan

Salah satu senaman yang dapat melatih sistem pernafasan dan memperkuat nafas adalah berenang. Aktiviti air seperti berenang memerlukan pernafasan yang kuat agar mampu menyelam dalam waktu yang lama. Sistem kerja pernafasan secara sendirinya akan terlatih menjadi lebih panjang ketika berenang.

  1. Sihat Untuk Jantung Dan Paru-Paru

Berenang boleh membantu kesihatan jantung dan paru-paru. Gerakan mendorong dan menendang air dengan anggota tubuh terutama tangan dan kaki dapat membantu pengaliran denyutan jantung, pembuluh darah dan juga paru-paru.

  1. Melangsingkan Tubuh

Berenang sangat efektif dalam membentuk tubuh yang ideal. Selain bersenam, renang juga merupakan satu terapi rutin untuk membakar kalori. Bagi wanita kurus juga, renang boleh menjadi terapi untuk mereka menaikkan berat badan.

  1. Meredakan Kesakitan Sendi

Postur tubuh terutama bahagian pinggang boleh diperbaiki dengan berenang. Senaman renang ini boleh mengurangkan masalah yang menyerang tulang belakang. Gerakan ‘motoric’ secara konsisten baik tangan ataupun kaki kerana ia boleh memperkuatkan otot.

  1. Mengurangkan Stress

Banyak gerakan dalam air dan berenang ini mampu meningkatkan hormon endorfin dalam otak sehingga suasana hati menjadi lebih tenang. Keadaan ini boleh menurunkan tahap stress yang dialami Bersentuhan dengan air pun membuat tubuh lebih sejuk sehingga mempengaruhi perasaan dan fikiran.

  1. Melancarkan Perjalanan Darah Buat Ibu Mengandung

Bagi ibu hamil atau mengandung, manfaat berenang dapat membantu melancarkan perjalanan darahnya kepada janin serta membantu menguatkan otot-otot dan juga dapat membantu pernafasan. Menjadi lebih mudah bagi ibu mengandung untuk mengatur pernafasan sewaktu proses melahirkan bayi nanti.

Tips Ekstra!

Jika anda ingin berenang pastikan anda melakukan beberapa tips di bawah ini :

  • Lakukan pemanasan 10-15 minit.
  • Sekiranya di kolam umum, bilas anggota tubuh setelah selesai berenang.
  • Selain bilas, sebaiknya mandi dengan sabun dan air bersih setelah selesai berenang.

<< Ketahui cara kuruskan pipi anda yang chubby di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mekap Tahan Lama - Pilih Mekap Jenis ‘Waterproof’

Next post

Harus Tahu! 6 Cara Mudah Buat Bibir Anda Nampak ‘Penuh’ Dan Seksi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *