ProblemSihat

Fenomena Jantung Berdebar, Bukan Setakat Bila Anda Jatuh Cinta…

Jantung Berdebar - women online magazineTiba-tiba jantung anda berdebar? Kadang kala sehingga anda tidak dapat mengawal pergerakan, buat itu tak kena, buat ini tak kena.

Selalunya orang kaitkan jantung berdebar bila jatuh cinta. Tapi tahukah anda, banyak lagi perkara yang boleh buat jantung anda berdebar. Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai ‘heart’ merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Tetapi AWAS jika fenomena jantung berdebar kerap mengganggu aktiviti harian anda, itu bukan lagi tanda jatuh cinta tapi tanda jatuh sakit.

Fenomena jantung berdebar

  • Fenomena jantung berdebar adalah tanda cepatnya metabolisme dalam tubuh dan gangguan pada kelenjar tiroid. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid yang dapat menstimulasi metabolisme setiap sel di dalam tubuh.
  • Dehidrasi membuat jantung untuk berdegup dengan cepat, dehidrasi menyebabkan cecair di dalam tubuh semakin berkurang dan hal tersebut boleh merosakkan keseimbangan elektrolit dalam badan anda. Jadi tak hairanlah apabila jantung berdegup sangat cepat dan mengganggu pergerakan anda.
  • Penyakit jantung jelas sekali antara salah satu penyebabnya, penghidap akan mempunyai rangkaian organ yang terganggu dan itulah yang membuat dorongan elektrik dari badan tidak stabil untuk mengarah jantung untuk berdegup.
  • Tekanan darah tinggi adalah salah satu penyebab jantung anda berdegup terlalu kencang dan ini adalah kerana dinding arteri anda semakin sempit dan tebal sehingga aliran darah akan sukar melalui arteri tersebut dan jantung akan selalu berdegup kencang.
  • Mempunyai perasaan hasad dengki atau rasa tidak puas hati juga boleh mengundang kepada fenomena jantung berdebar. Penyakit hasad atau tidak puas hati dengan orang lain adalah karektor yang berkaitan dengan kelemahan pankreas (mengikut Hukum Keseimbangan). Pankreas mengawal pemikiran kita yang berkaitan dengan diri orang lain. Jadi, jagalah hati dan perasaan anda supaya tidak membahayakan organ dalaman tubuh anda.
  • Faktor pemakanan juga antara penyebab fenomena jantung berdebar. Elakkan memakan makanan yang mempunyai sodium. Sodium banyak terdapat dalam garam masakan biasa di dapur. Jantung akan terganggu rentaknya jika terdapat gangguan terhadap kandungan sodium di dalam darah. Garam bukit adalah alternatif kerana kandungan sodium terendah iaitu kurang 5%. Selain garam dapur, bahan perasa makanan seperti mono sodium glitumat MSG turut mengandungi banyak garam dan banyak digunakan dalam makanan ringan.
  • Jika anda yang mengalami masalah debaran, cuba semak adakah anda kerap mengambil makanan ringan atau makanan dari restoran makanan segera. Debaran yang melampau boleh menghilangkan tumpuan atau dikenali sebagai Hipothalamus. Apabila debaran disertai dengan rasa terkejut, anda akan mudah terkucil. Keadaan ini berkaitan dengan isyarat elektrik di bahagian buah pinggang .Ia mengawal kecemasan atau rasa terkejut yang berpusat di bahagian kelenjar adrenal. Debaran yang menyebabkan perasaan terkejut beberapa kali akan menggangu kelenjar adrenal atau menggagalkan kelenjar adrenal untuk membantu buah pinggang berfungsi.

Tubuh kita perlu berfungsi dengan normal, jadi berilah perhatian terhadap kesihatan jantung anda.

Apa yang perlu anda lakukan:

Pilihlah makanan yang sihat yang tidak mengandungi lemak dan kolesterol seperti daging dan makanan bergoreng. Pilihlah makanan yang mengandungi banyak serat seperti oats, sayur dan buah-buahan.

Obesiti akan menekan jantung dan membuat jantung bekerja lebih keras.

Stress boleh menyebabkan jantung kita menjadi tidak normal. Oleh itu, hindarilah stress kerana ia hanya akan merugikan tubuh kita.

Makanan laut terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan jantung, makanlah makanan laut secara bijaksana dan tidak berlebihan.

Sukan ringan adalah rutin yang jauh lebih bermanfaat daripada sukan berat. Sukan dapat melatih jantung kita agar kuat dan berjalan menjadi lancar.

Kredit foto: onsugar

<< Ingin tahu cara berkesan hilangkan jerawat batu? Baca di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kenapa Mesti Gugurkan Kandungan Secara Haram?

Next post

Nak Cantik Suntik Saja Vitamin C. Tapi, Fikir Dulu! Ada Bahaya Menanti

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *