Petua PemakananSihat

Cara Buang Lemak Di Perut

Buang Lemak di Perut - Woman Online Magazine

Kredit: belanjaonlinejakarta

Cara Buang Lemak Di Perut. Masalah lemak di perut memang boleh buat kita rasa menyampah!

Selain tak seronok dipandang mata, keadaan tersebut juga boleh membuatkan kita kurang selesa dalam berpakaian ataupun beraktiviti.

Ketahui lebih lanjut cara buang lemak di perut dan inilah beberapa jenis makanan yang boleh membakar timbunan lemak di perut anda.

 

  1. Jus Tembikai

Jus tembikai mengandungi air yang berfungsi sebagai ‘hydrator’ semulajadi. Selain itu, jus tembikai juga mempunyai banyak nutrisi dan salah satunyu likopen yang mampu melawan kanser serta asid amino yang berfungsi sebagai ‘arginin’. Arginin dikatakan menurun lemak tubuh dan juga meningkatkan massa otot.

 

  1. Teh Hijau

Terlalu banyak khasiat teh hijau, selain mengurangkan risiko kanser ia juga bagus untuk menjaga kesihatan jantung. Di dalam teh hijau juga tedapat kandungan ‘catechin’ iaitu antioksidan yang dikatakna mampu mengurangkan lemak di perut.Anda disarankna minum teh hijau sebelum bersenam kerana ia boleh meningkatkan pembakaran lemak semasa aktiviti senaman berlangsung.

 

  1. Ikan Salmon

Ikan Salmon kaya nutrisi seperti protein dan asid lemak Omega 3 yang diperlukan oleh jantung. Ia juga rendah kalori dan tidak berlemak.

 

  1. Oatmeal

Selain sesuai dinikmati ketika bersarapan pagi, oatmeal juga elok dimakan pada siang dan juga malam hari. Pengambilan oatmeal dikatakan mampu membantu kelenjar tiroid untuk mengeluarkan hormon yang dapat meluruhkan lemak di dalam perut.

 

  1. Yogurt

Bakteria baik yang terdapat did alam yogurt mampu membuang racun di dalam perut anda sehingga penyerapan nutrisi makanan pun dapat berjalan dengan lebih lancar. Yogurt merupakan salah satu makanan yang dapat membakar lemak dengan cepat. Yogurt boleh mempercepatkan metabolisme di dalam perut.

 

Info Ekstra

Penyebab Lemak Di Perut

  • Kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.
  • Gaya hidup kurang sihat.
  • Program diet yang salah.
  • Pengambilan kalori yang tidak seimbang dan kurang bersenam.
  • Hormon stress.
  • Faktor keturunan.
  • Merokok.

<< Ketahui kebaikan berjalan kaki untuk kesihatan anda di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui 5 Cara Paling Mudah Turunkan Kolesterol

Next post

Faizal Tahir Tercalon di Anugerah MTV Muzik Eropah (MTV Europe Music Awards)

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *