ProblemSihat

Anda Sering Sakit Kepala? Mual, Pedih Perut Dan Kerap Sendawa Angin? Itu Petanda Gastrik!

Sakit Gastrik - women online magazine

Gastrik atau istilah perubatannya gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau pengalas atau mukosa perut yang mempunyai rawatan efektif.

Puncanya ialah daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H.pylori) yang juga menjadi penyebab utama kepada ulser perut. Oleh itu, janganlah kita memandang remeh pada penyakit gastrik ini walaupun ia baru di peringkat permulaan.Sekiranya ia dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh menghidapi penyakit gastrik kronik dan boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut.

Tanda- tanda penyakit gastrik

 

Pada peringkat gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan dan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar serta muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi.

Ubat-ubat yang boleh diambil:

  • Antacids. Ubat-ubat ini melawan asid (anti-asid).

Antara jenama terkemuka ialah seperti Actal, Gelusil, Mylanta. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet yang dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang berfungsi sebagai ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini boleh menghalang berlakunya gastrik.

  • H2receptor antagonists seperti Zantac (Ranitidine), Tagamet (Cimetidine), Axid (Nizatidine) dan Pepcidine (famotidine) proton pump inhibitors seperti Losec (Omeprazole) dan Lansoprazole.

Bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan berkesan, biasanya diberikan kepada pesakit yang mengalami gastrik teruk atau ulser perut.

  • Prostaglandin analogues seperti Cytotec (Misoprostol).

Selain mengambil ubat – ubatan, cara yang berkesan merawat gastrik ialah pesakit perlu mengubah gaya hidup serta menjaga pemakanan supaya dapat mengelak gastrik kembali menyerang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:

1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat.

2. Pastikan apabila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum.

3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

4. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh,minuman bergas dan air limau.

5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan yang mengandungi yis seperti roti, donat, pau, dan pizza.

6. Elakkan makan terlalu kenyang

7. Elakkan cuka, dan makanan yang pedas.

8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, cempedak atau nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

11. Minum susu segar atau susu tepung full cream bukan susu low fat atau susu yang menguatkan tulang pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

 

Ketahui 9 Makanan Bantu Kurangkan Sakit Gasrtik:

Pisang

Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik. Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Bolehlah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.

Susu Sejuk

Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik. Bolehlah buat ‘banana milk shakes' untuk legakan gastrik.

Bunga Cengkih

Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman. Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

Halia

Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

Bawang Putih Bakar

Bakar bawang putih bersama kulitnya selama 1 hingga 2 minit. Kemudian buang kulit dan basuh bahagian yang hitam. Bawang putih dikatakan bagus untuk sakit dada dan gastrik.

Buah Kurma

Pengambilan buah kurma secara konsisten menunjukkan bahawa bahan ethanolic yang dikeluarkan dari jus kurma amat mujarab untuk merawat penyakit gastrik ulser disamping ia mempuyai bahan antioksidan. Atau campurkan sedikit buah kurma dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.

Getah Betik

Titikkan tiga titik getah betik muda ke dalam segelas air panas. Suamkan air tersebut dan kemudian minum selepas sarapan pagi.

Kunyit

Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut. Campurkan dengan sedikit air masak lalu ditapis. Tambahkan sedikit madu dan sebaiknya masukkan sebiji kuning telur. Minum campuran ini dan Insya-Allah gastrik anda akan beransur hilang.

Pucuk Jambu Batu

Ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan tiga sudu ketumbar, rebus dengan tiga gelas air dan masak hingga menjadi  segelas. Bahagikan air ini kepada tiga bahagian, minum satu bahagian air rebusan ini, tiga kali setiap empat jam.

Foto: Sekadar gambar hiasan

<< Nak miliki perut rata, tiada lemak berlipat? Baca tipsnya di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Tabiat Buruk Yang Boleh Buat Rambut Anda Banyak Gugur

Next post

Kecohnya! Bila Harga Petrol RON95, Diesel Naik 20 Sen Seliter

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *