Petua PemakananSihat

Pisang Kaki Punya Sejuta Khasiat!

Pisang Kaki - Women Online Magazine

Pisang kaki ialah sejenis tumbuhan berbuah jenis Diospyros dalam kalangan keluarga Ebenaceae. Buah pisang kaki berwarna jingga kekuningan atau jingga kemerahan, kaya dengan glukos, profil protein yang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan dalam perubatan dan kimia.

Pisang kaki adalah sejenis tumbuhan berkayu yang tumbuh menegak dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 10 meter jika tidak dicantas. Buah muda pisang kaki berwarna hijau mempunyai struktur yang agak keras tetapi akan menjadi semakin lembut apabila buah tersebut mulai masak.

Khasiat Pisang Kaki

  • Buah pisang kaki kaya dengan zat Vitamin C, Beta Carotene (Pro Vitamin A), Zat galian dan bahan antioksidan yang lain.
  • Pisang kaki baik untuk kesihatan di mana ia kaya dengan zat seperti Vitamin C, Sukros, Fruktos, Glukos dan Iodin  yang sesuai dalam mengawal tekanan darah tinggi dan meningkatkan pengaliran darah serta melicinkan peredarannya dalam koronari.
  • Buah ini dapat mengelakkan masalah sembelit dan juga dapat meredakan masalah sedu.
  • Baik dimakan untuk kesihatan paru-paru dan jantung kerana mengandungi serbau warna putih iaitu bahan manitol, glukos dan vitamin C.
  • Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawat strok.
  • Mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mengandungi hampir dua kali ganda serat pemakanan.
  • Pisang kaki yang segar juga mempunyai kandungan mineral seperti kalium, mangan, copper dan fosfurus yang baik.
  • Pisang kaki mempunyai vitamin B-Complex bertindak sebagai Co-facotrs bagi fungsi metabolik dalam badan.

Cara Menanam Pokok Pisang Kaki

Cara menanam pokok pisang kaki dengan menggunakan anak benih yang disemai. Pokok pisang kaki memerlukan cantasan dari peringkat awal penanaman untuk mendapatkan bentuk pokok yang seimbang. Tanaman pokok pisang kaki tidak mempunyai masalah serangan penyakit dan serangga yang kritikal serta memerlukan baja organik yang baik.

Info Extra!

Pesakit diabetes sama sekali tidak boleh memakan buah pisang kaki kerana kandungan gulanya lebih tinggi berbanding buah lain.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Vitamin Ubat Jerawat Paling Mujarab!

Next post

Harus Cuba! Tips Paling Simple Untuk Penjagaan Rambut Kering

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *