Ada Apa?Buletin

Spritzer Terima Anugerah Penjenamaan Dunia

Air Mineral Spritzer - Women Online Magazine

Spritzer, pengeluar air mineral semulajadi utama di Malaysia baru-baru ini telah diiktiraf di Anugerah Penjenamaan Dunia apabila dianugerahi Jenama Terbaik 2015 Peringkat Kebangsaan dalam kategori Air.

Acara tersebut memberi pengiktirafan kepada sebilangan jenama terbaik peringkat global dan negara di atas usaha dan pencapaian mereka. Anugerah Kebangsaan tersebut diberikan kepada jenama-jenama terbaik di setiap negara mereka – jenama-jenama yang terkenal dan diadili cemerlang di tanah air mereka.

Upacara yang telah diadakan di Paris itu menyaksikan 50 jenama dari 22 buah negara menerima pengiktirafan berdasarkan kategori. Mereka dipilih daripada lebih 2,500 jenama dari 35 negara yang dicalonkan untuk anugerah berkenaan. Penerima anugerah diadili berdasarkan empat aliran: penilaian jenama, kajian pasaran pengguna, undian awam secara dalam talian serta undian Majlis Penasihat Forum Penjenamaan Dunia yang terdiri daripada tokoh-tokoh dalam dunia penjenamaan.

Pengarah Eksekutif Spritzer Bhd., Dr Chuah Chaw Teo berkata: “Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan dan bukti ekuiti jenama kukuh yang dinikmati Spritzer dalam kalangan pengguna. Sebagai sebuah syarikat Malaysia yang menerima anugerah antarabangsa, ia menunjukkan bahawa kami berada di landasan yang betul dalam usaha membina jenama kami. Ia sangat bermakna kepada kami kerana membuktikan bahawa usaha keras, keazaman, ketabahan dan inovasi berterusan kami dalam membina portfolio jenama Spritzer bukannya tidak dihiraukan.”

“Diundi dan dipilih sebagai jenama air terbaik di Malaysia membuktikan bahawa kami menyampaikan janji jenama syarikat untuk menyediakan air mineral semulajadi yang tulen dan selamat untuk diminum kepada rakyat Malaysia. Ini menunjukkan bahawa pengguna mendapati jenama Spritzer boleh dipercayai dan layak menerima kesetiaan mereka, dan kami ingin mendedikasikan anugerah ini kepada mereka. Pencapaian ini telah menjadi inspirasi dan motivasi besar kepada semua yang telah berusaha tanpa lelah dalam membina dan mengekalkan jenama serta kedudukan Spritzer,” tambah Dr Chuah.

Anugerah Penjenamaan Dunia yang penuh prestij ini dianjurkan oleh Forum Penjenamaan Dunia (WBF), sebuah organisasi global tidak berasaskan keuntungan yang bermatlamat meningkatkan standard penjenamaan bagi manfaat komuniti penjenamaan serta pengguna. Ia menganjurkan dan menaja pelbagai program pendidikan, termasuk usahasama dengan universiti dan muzium terkemuka.

Spritzer – jenama air mineral semula jadi No. 1 yang dinikmati kebanyakan rakyat Malaysia ekoran rasa hebat dan enak, telah meraikan 25 tahun kecemerlangan dan kejayaan pada tahun lalu. Air Mineral Semulajadi Spritzer dihasilkan di sebuah kilang automatik penuh berteknologi terkini yang dikendalikan oleh sepasukan pakar termasuk ahli mikrobiologi, pakar teknologi makanan, ahli kimia dan jurutera.

Rahsia kejayaan jenama Spritzer ialah sumber air atau akuifer yang digunakan. Sumber airnya terletak di bank tanah seluas 330 ekar (bersamaan dengan 266 padang bola) yang dikelilingi persekitaran hutan tropika semulajadi yang asli dan bersih, jauh dari segala pencemaran, sekaligus menyediakan perlindungan sempurna terhadap integriti, kualiti dan keselamatan air mineral semulajadinya. Dari sumber ke botol, Air Mineral Semulajadi Spritzer tidak terkena sentuhan tangan. Penemuan geologi baru-baru ini di kawasan berstruktur batuan unik ini telah mendapati bahawa bentuk tanah di lokasi tersebut berusia antara 200 hingga 214 juta tahun.

Dua buah universiti di United Kingdom telah mendapati Air Mineral Semulajadi Spritzer mengandungi amaun terapeutik silikon terlarut atau Asid Ortosilisik (OSA), sejenis mineral surih penting yang telah terbukti membantu mensintesis kolagen di dalam badan yang seterusnya memberi manfaat terhadap kulit, tulang, rambut dan tisu-tisu penghubung lain seperti salur darah dan sendi.

Silikon atau OSA juga didapati menyingkirkan aluminium – sejenis neurotoksin – dari badan dengan berkesan. Aluminium disyaki merupakan salah satu penyebab Penyakit Alzheimer. Spritzer telah digunakan dalam ujian klinikal manusia di Universiti Keele, England dan hasil kajian telah diterbitkan dalam Jurnal Penyakit Alzheimer yang berprestij. Penemuan penyelidikan tersebut menunjukkan pengambilan air mineral semulajadi yang kaya dengan silikon seperti Spritzer dalam tempoh yang lama mampu mengurangkan pendedahan harian individu terhadap aluminium, sekaligus mengurangkan aras neurotoksin berkenaan dalam badan. Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa penurunan aras aluminium dalam badan mungkin memberi manfaat terhadap fungsi kognitif pesakit Alzheimer.

<< Ketahui cara melangsingkan tubuh dengan khasiat limau kasturi di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Mengesan Gigi Anak Anda Yang Sudah Mula Rosak Serta Tips Mencegahnya

Next post

Cegah Insomnia Dengan Khasiat Buah Mata Kucing

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. April 10, 2015 at 9:14 pm — Reply

    25 tahun ye? Lama juga brand spritzer ni di Malaysia. Dan memang brand ini ada kekuatan tersendirinya dan boleh letak harga premium.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *