ProblemSihat

Lakukan Sekarang! Langkah Mudah Menjaga Kesihatan Diri Ketika Jerebu Melanda

7 Langkah Mudah Menjaga Kesihatan Diri-Women Online Magazine

Kredit Foto: Huffingtonpost

Menjaga Kesihatan Diri. Perubahan cuaca dan suhu yang tidak menentu membuat seluruh tubuh lebih mudah dijangkiti penyakit.

Suhu yang kadang tiba-tiba berubah dari panas menjadi sejuk, langit cerah tiba-tiba diselubungi jerebu membuatkan tubuh memerlukan perhatian yang lebih ekstra untuk mengukuhkan benteng pertahannya.Pelbagai penyakit yang boleh menyerang anda pada ketika negara kita ditimpa musibah jerubu ini. Antaranya seperti flu, batuk, demam, sakit tekak,sakit kepala, gangguan pernafasan, diare dan masih banyak lainnya. Apa lebih membimbangkan bayi dan kanak-kanan akan lebih mudah terkena virus penyebab penyakit.

Di samping itu, adakah anda menjaga kesihatan anda dan mengamalkan gaya hidup sihat? Jika jawapannya ya, tahniah diucapkan. Jika tidak, WOM.my telah menyediakan 7 langkah mudah menjaga kesihatan diri anda.

 

Antara 7 Langkah Mudah Menjaga Kesihatan Diri Adalah :

1. Lakukan pemeriksaan kesihatan bulanan dengan pakar.

  • Percayakah anda, kekerapan rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan kesihatan antara 2-3 kali sepanjang hayat. Malah ia dilakukan atas tuntutan pendidikan dan kejayaan, bukannya kesedaran sendiri.
  •  Sedangkan pemeriksaan kesihatan seharusnya 4 tahun sekali, ini kerana luaran diri anda tidak akan mencerminkan kesihatan anda. Disamping itu,ia juga bertujuan untuk mengelakkan dari penyakit seperti serangan jantung, darah tinggi, kencing manis dan penyakit kanser dapat dicegah pada peringkat awal.

 

2. Kurangkan Aktiviti Luar & Pakai Topeng

Ketika musim jerebu ini, anda disarankan untuk tidak membuat sebarang aktiviti luar bagi mengelak risiko jerebu.Jika anda terpaksa menunggang motosikal ataupun terpaksa melakukan aktiviti luar, jangan lupa untuk pakai ‘mask' atau topeng penutup hidung. Anda bakal berhadapan dengan masalah pernafasan serta gangguan penglihatan.

 

2. Minum 8 gelas air masak sehari

  • Tahukah kamu membuang air kecil 6-7 kali sehari adalah normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya. Pundi kencing kamu berfungsi sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350-550 militer air.
  • Info bagi individu yang kerap bangun malam untuk membuang air kecil adalah tidak normal. Jika kamu kerap membuang air kecil pada waktu siang ia akan membantu untuk menyingkirkan sisa toksin dari badan secara semulajadi.
  • Jika kamu minum 5 gelas air kosong sehari ia akan mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45%, 79% bagi kanser payudara dan 50% kanser pundi kencing.

(Mengantuk selepas makan tengah hari adalah tanda badan kita kekurangan air)

 

3. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu

  • Senaman bukan sahaja menyihatkan ia juga memberi tenaga dan memberi kesegaran pada tubuh. Untuk wanita yang inginkan tubuh badan yang ideal anda boleh mengamalkan senaman 5 kali seminggu.
  •  Senaman juga baik untuk jantung dan menguatkan tulang, Mesti ada yang merasa mengapa perlu bersenam ? Bersenam membantu menurunkan berat badan dan melancarkan aliran darah, tetapi ia amat penting buat penghidap diabetes kerana mampu meningkatkan kadar penyerapan insulin dan mengawal paras gula

 

4 .Hadkan pengambilan kolestrol

  • Hadkan pengambilan lemak tepu iaitu kurang daripada 10% jumlah pengambilan kalori harian. Ini akan membantu badan anda sihat tanpa kolestrol dan lemak. Jika badan anda mengalami kolestrol yang berlebihan ia akan mengakibatkan obesiti atau masalah jantung.
  • Hadkan penggunaan minyak dan lemak seperti minyak kelapa, santan di dalam masakan anda. Jika ingin gunakan santan anda boleh tukar kepada susu rendah lemak.
  • Ingat, pastikan anda buang dahulu lemak ayam dan daging. Pastikan juga kulit ayam itu di buang. Ini penting untuk anda bagi mengelakkan pengambilan lemak berlebihan dalam badan. Jika hari ini anda tidak ubah maka tidak akan ada perubahan pada hari esok.

 

Baca Juga: Cara Mudah Turunkan Kolesterol

 

 

5. Lindungi kulit dari sinar matahari

  • Melanin merupakan pigmen semulajadi dalam kulit yang boleh menyerap sinar ultraungu (UV) dan menjadikan kulit akan berubah warna. Ia membantu melindungi dari sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Kebanyakkan manusia mempunyai pigmen yang sedikit.
  • Tahukah anda risiko yang akan anda hadapi jika tidak melindungi kulit dari sinaran matahari antaranya:

• Penuaan pra-matang- kekedutan, kulit menjadi kasar dan wujudnya tompok-tompok kesan pancaran matahari pada kulit.

• Kanser kulit- boleh berlaku jika terlalu banyak pendedahan kepada matahari.

  •  Untuk makluman anda, kanser kulit tidak datang dan pergi seperti penyakit-penyakit lain. Ia akan kekal dan terus tumbuh membesar. Jangan menungu sehingga kanser tersebut menjadi teruk dan ia akan kekal dan terus membesar. “Pencegahan lebih baik dari rawatan”

 

6. Amalkan diet yang betul

  • Agak sukar untuk wanita yang berkerjaya menyediakan makanan yang ‘betul’ untuk menjaga kesihatan sendiri dan keluarga, apatah lagi menepati jadual pemakanan yang sepatutnya. Namun kita, harus menitikberatkan kesihatan di kemudian hari dengan itu anda perlu berusaha mengamalkan diet yang betul
  • Anda boleh mengamalkan permakanan buah-buahan dan jus untuk mencernakan sistem perut anda dan secara tidak langsung ia akan memberi khasiat buat tubuh anda. Buah- buahan kaya dengan khasiat untuk menyahkan bakteria di dalam badan.

 

Baca Juga: Jus Buah-Buahan

 

 

7. Berhenti merokok

  • Adakah anda mahu sihat untuk jangka masa panjang? Jika ya, berhentilah merokok kerana risikonya sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar. Kesannya juga hampir menjejaskan tahap kesihatan setiap organ dan tisu badan.
  • Tahukah anda apa faedahnya, jika anda berhenti merokok ?. Pasti jika anda berhenti merokok anda akan di hindarkan dari menghidapi penyakit yang berkaitan dengan perokok. Ini adalah kerana satu dari dua perokok akan mati lebih awal di sebabkan penyakit berkaitan tabiat ini. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan diri dari bahan-bahan berbahaya kerana asap rokok mengandungi hampir 4,ooo bahan kimia dan 50 daripadanya yang boleh menyebabkan kanser. Jika anda hendak maklumat terperinci bahaya merokok anda boleh rujuk artikel dari kami sebelum ini.

Baca Di Sini: Kesan Rokok Kepada Wanita

 

Nota Kaki: Terus menyokong WOM.my dengan berkongsi/SHARE  artikel ini kepada rakan anda padahari ini juga.

<< Ketahui punca mengapa berlakunya jerebu di Malaysia di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kebaikan Luar Biasa Buah Delima Merah atau Red Pomegranate

Next post

Wajib Cuba! Cara Mengecilkan Punggung Dengan Mudah & Berkesan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *