Petua PemakananSihat

10 Sebab Yang Akan Buat Anda Tertarik Makan Buah Pisang

Khasiat Buah Pisang - women online magazine

Tahukah anda pisang mempunyai banyak khasiat yang dapat membantu menyihatkan tubuh badan. Baca lagi untuk ketahui info lanjut..

Khasiat buah pisang ini terlalu banyak, antaranya mengandungi potassium yang tinggi, untuk saiz pisang sederhana. Ia mengandungi 422 miligram mineral tersebut yang mencukupi 12 peratus daripada keperluan sehari. Selain itu, khasiat buah pisang juga mengandungi tiga gram serat yang boleh menimbulkan rasa kenyang serta memenuhi 20 peratus keperluaan vitamin C dan B6 harian.

Apa lagi ya khasiat buah pisang?

1.Mengurangi Masalah Penghadaman

Buah pisang dapat membantu mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Serat yang terdapat dalam pisang akan terbahagi menjadi dua bahagian,  iaitu serat larut dan tidak larut. Serat larut akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama, sementara serat tak larut akan membantu ‘membersihkan’ sisa-sisa makanan yang terdapat di usus besar sehingga melancarkan pembuangan air besar.

2. Menjaga Tekanan Darah Agar Tetap Normal

Kandungan potassium dalam pisang dapat menjaga tekanan darah. Semakin banyak potassium yang diambil, semakin banyak sodium dikeluarkan oleh tubuh. Ini adalah kerana mineral tersebut bersifat diuretik yang mengarah ginjal untuk mengeluarkan sodium yang berlebihan sehingga mengurangkan tekanan darah. Tekanan darah yang terkawal memberikan manfaat bagi kesihatan jantung.

3. Baik Untuk Bakteria Usus

Probiotik atau bakteria ‘baik’ dapat memperbaiki sistem penghadaman yang ditemui dalam makanan tertentu seperti yogurt. Selain itu, khasiat buah pisang adalah mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh bakteria ‘baik’ sehingga sistem penghadaman tetap sihat.

4. Mempercepatkan Kelajuan Metabolisme

Buah pisang mampu membantu tubuh untuk menjadi lebih langsing. Pati resisten dihadamkan secara lambat sehingga membuatkan orang yang memakannya berasa lebih kenyang untuk tempoh lebih lama. Pati ini juga membuatkan organ hati lebih banyak membakar lemak. 

5. Sumber Energi & Perbaiki ‘Mood’

Kandungan karbohidrat dalam buah pisang boleh dijadikan sumber energi untuk tubuh. Jika anda mengambil dua biji pisang sehari, ia dapat meningkatkan daya ketahanan tubuh dan menambah energi dalam melakukan aktiviti sehari-hari. Selain itu, pisang juga dapat membantu meningkatkan suasana hati sehingga mood anda menjadi stabil dan terus positif sepanjang hari. Jadi, sesiapa yang ‘bad mood’ tu bolehlah makan pisang ok!

6. Ubat Jerawat

Jerawat menganggu penampilan anda? Hapuskan jerawat dengan masker buah pisang. Caranya mudah sahaja, anda haya perlu melumatkan isi pisang yang sudah masak, kemudian sapukan pada kulit wajah yang berjerawat. Biarkan selama 15 hingga 30 minit, lalu bersihkannya. Lakukan tips ini secara rutin sehingga jerawat tersebut hilang.

7. Menghaluskan Kulit Wajah

Kulit wajah anda kelihatan kusam dan terasa kasar. Masker pisang dan madu ini boleh dijadikan merealisasikan impian anda untuk memiliki kulit wajah yang halus dan tampak berseri.  Hancurkan pisang masa dengan alat pengisar, kemudian campur dengan dua sudu madu. Sapukan pada muka, dan biarkan selama 10 hingga 25 minit, kemudian barulah anda cuci bersih wajah anda.

8. Mengurangi Rasa Sakit Ketika Menstruasi

Sering berasa sakit setiapkali menstruasi ataupun datang ‘period’?  Khasiat buah pisang ternyata dapat membantu anda meredakan kesakitan tersebut.  Anda disarankan makan dua tiga biji pisang menjelang dan ketika menstruasi.

9.  Mencegah Penyakit Jantung

Pisang dapat mencegah penyakit jantung kerana kandungan vitamin C dan flavonoid ada buah pisang yang bersifat antioksidan dapat mencegah proses oksidasi lemak yang boleh menyebabkan penyakit jantung.

Kalium dalam pisang juga merupakan tonik yang baik untuk jantung. Manakala serat pektinnya  turut berpengaruhi dalam membantu menurunkan kolesterol.

10.  Mampu Membantu Menurunkan Berat Badan

Bagi anda yang sedang berdiet, jangan ragu-ragu untuk menikmati buah pisang. Karbohidrat kompleks yang terkandung dalam pisang tidak akna menaikkan kadar glukos dengan drastik. Selain itu, pisang juga rendah lemak sehingga sesuai digunakan dalam program diet anda asalkan ia tidak diolah menjadi ‘banana milk shake,’ ‘goreng pisang’ ataupun ‘chekodok pisang’. Kandungan serat pada pisang dapat melancarkan proses metabolisme sehingga dapat menurunkan berat badan.

Kredit foto: studiodxavier 

<< Selain sebagai penyedap masakan, ternyata khasiat bawang putih ini tidak ternilai! Klik sini untuk baca..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

‘Tummy Selfie’ Trend Baru Dunia ‘Selfie’

Next post

Subaru Forester 2.0 XT Yang Serba Baru & Cukup Mantap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *