Kebaikan & Kelebihan Mandi Susu
Walaupun ramai tahu kepentingan susu, namun hanya 38 peratus sahaja yang minum susu setiap hari. Ada yang berpendapat minum susu susu setiap hari akan menyebabkan kegemukan dan kanser.
Hakikatnya,pengambilan susu setiap hari dapat membekalkan tenaga kerana ia lengkap dengan pelbagai nutrisi penting seperti Vitamin D,kalsium, kalium, fosporus, protein, vitamin A, D dan B12.
Kebanyakan orang dewasa tidak suka minum susu disebabkan rasanya dan menyangka ianya hanya sesuai untuk bayi serta kanak-kanak.
Ramai ibu bapa berasa risau khasiat susu berperisa tidak setanding dengan susu putih atau susu tidak berperisa.,namun ternyata kebimbangan ini tidak lama kerana Majlis Tenusu Kebangsaan United Kingdom menjelaskan, minuman susu berperisa membekalkan sembilan keperluan nutrisi setanding dengan susu tidak berperisa.
8 Kebaikan Susu
- Mengelakkan osteoporosis,hipertensi dan juga kanser kolon.
- Susu juga boleh melindungi dari kerosakan gigi dan masalah kaviti.
- Lemak susu tidak menyumbang kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya.
- Susu mengandungi banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas.
- Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Apabila anda mengalami pedih ulu hati,minumlah segelas susu untuk melegakan keradangan.
- Mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain.
- Susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengembalikan cecair badan yang hilang semasa senaman.
- Susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam badan anda.
- Susu penuh dengan nutrien. Ia mengandungi :
- Vitamin – untuk sel-sel darah merah
- Kalsium – untuk tulang yang kuat
- Karbohidrat – tenaga
- Magnesium – untuk lenturkan otot
- Kalium – baik untuk sistem saraf
- Protein – untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan
- Riboflavin – untuk kulit sihat dan berseri
- Zink – untuk meningkatkan sistem imun
Kelebihan Mandi Susu
Pastinya anda pernah mendengar kecantikan yang dimiliki oleh Cleopatra yang dilaporkan gemar mandi susu untuk kecantikan. Cleopatra bukan sembarangan wanita kerana walaupun memiliki kecantikan yang memukau, beliau juga pemerintah terakhir Mesir purba, mempamerkan kebijaksanaan biarpun dalam perkara harian termasuk pemilihan bahan penjagaan untuk kulit.
Beliau dikatakan gemar berendam dalam mandian susu kambing yang ditabur dengan kelopak bunga mawar kerana bunga mawar berfungsi untuk mengurangkan bau susu yang sedikit kuat.
Kajian mendapati bahawa kebaikan susu kepada kulit adalah ia mampu membersihkan kulit dan memberikan nutrien.
Susu mengandungi dua jenis asid semula jadi iaitu laktik dan alfa hidroksi (AHA) yang kini banyak dicampurkan dalam bahan kecantikan kerana keberkesanannya memberi rawatan antipenuaan secara lembut.
Antara Kelebihan Mandi Susu:
- Membuang sel-sel kulit mati pada tubuh
- Melembabkan kulit
- Mengurangkan masalah jerawat dan menghilangkan kesan jerawat
- Membersihkan liang roma
- Mengurangkan masalah radang kulit
- Menghasilkan kulit halus mulus
- Memulihkan kulit yang rosak akibat pencemaran persekitaran
- Memutihkan kulit
Cara untuk menggunakan kelebihan susu bagi mendapatkan kulit dan rambut yang cantik:
Kulit
- Campurkan susu dengan oat untuk digunakan sebagai penyental badan.
- Susu segar boleh dicampurkan dengan madu untuk menghasilkan ‘humektan’ iaitu sejenis bahan yang mampu membantu kulit untuk mengekalkan lembapan. Ia boleh digunakan sebagai masker untuk disapu pada muka, leher dan bahagian dada.
- Untuk mendapatkan kuku yang sentiasa cantik,tahan lasak,tidak mudah patah atau terkopek,rendamkan keseluruhan pergelangan tangan dalam susu suam selama tiga minit sebelum dicuci dan disapu dengan krim tangan. Lakukan seminggu sekali bagi melihat hasilnya.
- Susu juga boleh mengu¬rangkan mata yang tidak bermaya serta sembap. Caranya adalah rendam bebola kapas dalam susu sejuk dan letakkan pada kelopak mata yang bengkak selama kira-kira tiga minit.
- Susu juga dapat menjadikan kulit muka lebih lembut dan muda. Hanya sapukan susu ke seluruh wajah menggunakan bebola kapas beberapa kali dalam seminggu.
Rambut
Susu dapat menghasilkan rambut lebih sihat, bersinar dan lebat kerana ia mengandungi protein dan asid amino yang bertindak sebagai pelembap semula jadi. Caranya adalah campurkan lima sudu besar susu tanpa lemak ke dalam air mencukupi bagi menghasilkan sebatian. Kemudian sapukan pada rambut yang bersih dan lembap dan bungkus rambut dengan tuala lembab yang telah dipanaskan untuk membantu serapan nutrien susu ke dalam folikel rambut. Biarkan rambut selama tiga minit dan cuci rambut dengan bersih.
- Susu juga boleh disapu pada kulit kepala supaya ia bersih dan sihat. Campurkan satu sudu garam bersama suku cawan susu tanpa lemak dan gunakannya untuk mengurut kulit kepala yang kering selama 60 saat. Biarkan selama satu minit sebelum syampu seperti biasa.
Kredit foto: naturesfare
<<Ketahui khasiat kacang tanah yang dikatakan baik untuk kesihatan anda
No Comment