FamiliPermata Hati

Punca & Cara Merawat Bayi Cirit Birit

Bayi Cirit-Birit - Women Online magazine

Foto: theintelligentnest

Diare atau cirit birit merupakan penyakit yang mengganggu sistem penghadaman kerana andanya bakteria jahat di dalamnya.

Meskipun tidak terlalu berbahaya, pastikan anda tidak meremehkan bayi anda yang cirit birit. Jika tidak segera diubati dan diatasi, ia boleh menyebabkan dehidrasi pada tubuh. Silap haribulan, anda akan kehilangan bayi anda buat selama-lamanya!

Berikut ini cara semulajadi untuk mengatasi bayi cirit birit

Pastikan bayi anda memiliki istirahat yang cukup. Tidurkan di tempat yang tenang dan nyaman. Istirahat yang cukup boleh membantu si manja anda cepat pulih dan sembuh dari cirit biritnya.

Pastikan anda  menjaga pola makan dan pengambilan zat yang dimakan. Hindari makanan asam, pedas dan makanan lain yang mengundang bayi cirit birit lebih parah.

Susukan bayi anda, paling kurang dalam 10 minit sekali apabila dia terbangun. Keadaan ini boleh membantu bayi anda agar tetap terjaga dan terhindar dari dehidrasi akibat cirit birit Pastikan untuk selalu menjaga kebersihan payudara anda agar cirit biritnya tidak menjadi bertambah parah.  Jika bayi anda menikmati air susu ibu tersebut melalui botol susu sentias bersih.

Penyebab Bayi Cirit Birit

Ia boleh disebabkan oleh banyak perkara,bermula dari infeksi usus hinggalah perubahan pola makan, antara lain:

  • Infeksi parasit, bakteria, atau virus. Bayi dan anak kecil yang banyak memegang atau menyentuh benda-benda yang belum tentu bersih akan lebih mudah dijangkiti kerana sering memasukkan tangannya yang kotor ke mulut. Selain itu, daya ketahanan tubuh mereka yang masih dalam tahap berkembang membuat mereka lebih mudah diserang penyakit.
  • Keracunan makanan.
  • Terlalu banyak mengambil jus buah.
  • Alergi terhadap ubat-ubat tertentu.
  • Alergi terhadap makanan tertentu.

Bayi yang sudah boleh menerima makanan padat dan sedang mengalami cirit birit, elakkan diberi makanan yang berminyak, yang berserat tinggi, yang manis seperti kuih muih dan produk-produk susu. Ini kerana jenis makanan tersebut boleh menyebabkan cirit biritnya menjadi semakin parah.

Mencegah Bayi Cirit Birit

Berikut ini adalah beberapa langkah pencegahan yang dapat dilakukan untuk bayi cirit birit:

  • Mencuci tangan bayi atau anak kecil secara rutin, terutama setelah bermain.
  • Orang dewasa yang merawat bayi atau anak kecil juga perlu menjaga kebersihannya agar tidak membawa ‘mikroorganisme' yang dapat menyebabkan infeksi pada bayi.
  • Jaga agar lantai dan benda-benda yang dipegang bayi atau anak anda selalu bersih.
  • Jika bayi anda minum susu perahan atau susu formula, selalu pastikan kebersihan dan steril botol  susu yang digunakan.
  • Perhatikan kebersihan makanan dan minuman yang diberikan pada bayi atau anak anda. Hindari memberikan makanan yang biasa dimakan oleh orang dewasa.

Kesimpulan

Jika keadaan bayi atau anak yang cirit birit itu tetap juga tidak sihat dalam tempoh dua hari, teruslah berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

<< Atasi masalah bayi muntah selepas menyusu di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Selamat & Cukup Mudah Untuk Putihkan Kulit

Next post

Ketahui Kebaikan Jika Anda Cuci Gigi @ Scaling

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *