FamiliPermata Hati

5 Cara Mengatasi Anak Nakal

Mengatasi Anak Nakal - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: media2.onsugar

Mengatasi Anak Nakal.Ramai ibubapa yang tidak mampu bersabar dalam mengendalikan anak nakal. Ibubapa sering cenderung melakukan kekerasan kepada anak sebagai salah satu penyelesaian terbaik dalam mendisiplinkan anak yang nakal.

Cara mendidik anak nakal memang tidak mudah dan memerlukan sedikit usaha tambahan jika dibandingkan dengan mendidik anak yang mempunyai personaliti yang baik dan mudah diatur.

Sebahagian besar ibubapa menganggap bahawa hal ini adalah penyelesaiaannya, tetapi sejauh manakah kebenarannya? Benarkah mendidik anak yang nakal dengan kekekerasan akan membuat mereka lebih berdisiplin? Jawapannya tentu tidak!

Mendisiplinkan anak yang nakal dengan kekekerasan akan membuat anak semakin tidak takut dengan sesiapa, bahkan menjadi keras kepala. Dalam hal ini, ibubapa harus menerapkan cara yang berbeza dalam mengatasi anak yang nakal. Diingatkan, mendidik dengan kekerasan akan memberi kesan sangat buruk pada pertumbuhan anak.

5 Cara Mengatasi Anak Nakal

1. Berikan Contoh Yang Baik

Cara menengking atau memarahi dan menasihati tanpa memberikan contoh yang baik sama bukanlah cara yang terbaik. Sekiranya ibubapa memberikan contoh yang baik, anak yang nakal akan menilai dan mengikuti pola perilaku yang baik.

Malahan, dia akan malu untuk melakukan perkara yang nakal kerana malu dengan sikap nakalnya yang jauh dari keadaan keluarga yang kondusif. Lakukan pendekatan secara peribadi untuk merapatkan hubungan anda dengan anak.

 

2. Bersikap Tenang

Usah terkejut melihat kelakuan anak yang diluar dugaan kita, sebaliknya ibubapa perlu bersikap tenang, kerana jika mengatasi anak yang nakal dengan cara yang salah seperti meluahkan emosi pada anak, ia akan memberi kesan yang sangat buruk untuk psikologi anak. Bertenanglah dan cuba menyelesaikan masalah ini sebaik mungkin.

 

3. Bicara Halus

Jangan terlalu sering menengking anak kerana ramai pakar psikologi berkata bahawa membentak anak-anak ynag nakal dengan kekerasan sangat buruk untuk psikologi anak.

Jika setiap tingkah laku anak terus dibentak maka anak tidak akan menganggap bentakan tersebut serius kerana sudah terbiasa. Berbeza dengan cara kita yang halus ketika kita menegur maka anak akan merasa takut. Jadi teguran yang baik kepada anak yang nakal boleh mengubah perilakunya.

 

4. Pendidikan Agama

Ibubapa perlu memberikan pendidikan agama sejak awal kerana ia sangat penting. Di dalam pendidikan agama telah disenaraikan kemestian bersikap baik, jadi agama boleh menjadi pendidikan terbaik.

 

5. Hukuman dan Penghargaan

Cubalah memberi hukuman yang wajar dengan menasihati atau menegurnya jika salah dan memberikan penghargaan jika melakukan hal baik atau dapat meraih prestasi. Jangan bimbang terhadap pencapaian anak, kerana anak akan merasa tidak dihargai dan menjurus kepada sikap nakal itu.

 

Nota Kaki: Jika suka SHARE lah artikel ini ya.

<< Ketahui cara selamat memotong kuku bayi yang baru lahir di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Tauhu Sumbat Sedap Habis!

Next post

Wajib Baca! 19 Tips Perjalanan Jauh

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *